Thursday, December 27, 2012

hantu datang lagi!!!

... assalamualaikum ...
lama pulak rasanya tak update blog. dah berhabuk sarang labah-labah dah nie.
dah..nyah semua dari blog nie. labah-labah ker, semut itam ke, tikus ke..semua pi main jauh-jauh

dah dekat hujung sem nie. maknanya exam final makin dekat la kan. bukan makin dekat dah nie, memang minggu depan dah. tak jauh pun perginya nie. alahai....sibuk nak exam nie la macam-macam hal kan. malas ker tidak tu persoalan kedua..yang penting memang kene baca
kenapa pulak si kama nie merapu-rapu kat sini. lama sangat agaknya tak update blog kot

minggu lepas balik kampung. memang tak dirancang pun sebenarnya. ingatkan nak balik lepas exam. tapi bila cousin cakap dia nak tunang, terus beli tiket balik kampung. dekat ngan chrismas kan, manalah tahu tiket habis.

masa kat kampung banyak plak citer baru yang timbul. tapi tak semua kan nak kene tulis kat blog. opsss...rahsia di situ.
malam nie nak update pasal 'oooooo'
apa tu? ntah la...asanya macam nie kot bunyi hantu  
hantu? kenapa pulak cakap pasal hantu nie?
nak cerita banyak memang tak tahu nak cakap. tapi memang nie la nak citer kat sinie.

sebenarnya dah lama dengar pasal hantu kat umah nie. maklumlah bekas rumah tu orang cakap tempat hutan dulu-dulu. kat belakang rumah plak tempat telaga lama yang kene timbus. korang fikirlah sendiri apa agaknya  keadaan kat umah tu.

kitorang banyak kali gak la kene usik. ingatkan dah brenti sebab dah berapa tahun senyap lepas ummi panggil orang datang umah tengokkan keadaan kat sana. tapi bila balik hari tu, kisah nie timbul balik. mungkin sebab diorang bosan kot kene simpan lelama kat mana-mana.

kalau dulu-dulu, abah penah nampak pompuan masak kat dapur, bau masakan ngan pewangi. fuhh..memang bau abah cakap. ummi plak penah main tutup lampu ngan sapala entah kan. lepas tu ummi mimpi yang 'mereka' marah bila kitorang halau 'diorang' dari rumah. kak long plak penah nampak budak kecik depan tv masa tengah malam kitorang tidur lam bilik. seram plak ingatkan masa tu. mana taknya, kama ada sekali lam bilik tu tapi alhamdulillah tak nampak apa-apa. lepas tu, kak long ada gak dengar bunyi congkak main tengah malam. sapalah nak main masa orang tidur kan. abang plak nampak wajah manusia yang bercampur-campur kat ruang tamu. wajah tu plak wajah keluarga kami yang dah meninggal dunia dan campur ngan wajah ummi dan abah. apalah agaknya jadi tu memang tak dapat nak bayang skang nie.

kama plak...tak la banyak macam diorag kene. dalam banyak-banyak, memang kama paling kurang kene. maklumlah bukan selalu ada kat umah. tapi penah jugaklah dengar pompuan nyanyi. masa tu meremang bulu roma tetiba. ada kes plak masa tidur dalam bilik, terasa kaki kene pegang dan kene sentap aka renjat kat sapa pun memang tak tahu. yang pentingnya rasa tangan orang pegang tu memenag jelas hingga sekarang.

yang nie semua kisah dulu-dulu. tapi bila balik kampung tempoh hari banyak pulak kisah baru yang timbul. bunyi orang kacau air memalam la..bukan nye sekali, banyak kali plak tu. yang pastinya tak der sapa yang bangun buat air masa tu. ada plak kes yang dengar orang berjalan masuk rumah tapi berhenti tetiba. bila tengok tak der orang. tapi bunyi pintu pagar dibukak tu memang jelas. ada lagi kes dengar orang bercakap dengan jelas tapi bila tengok tak der saper pon kat situ. alahai...datang lagi ker kes nie.

penat nak layan semua nie. tapi bila orang tanya tak takut ker kama dok sorang kat umah, kama banyak gak la fikir. takut? memang ada skit. tapi kama selalu fikir yang Allah tahu kemampuan kama pada masa tu. kalau kama lemah sangat Dia tak kan bagi kama nampak yang tak sepatutnya orang lihat kan. yang penting nya tu rumah sendiri dan kama dah biasa dari kecik lagi dok sorang kat umah. mungkin sebab tu la kot.

tapi....apa yang penting kan sinie. makhluk lain memang wujud bersama kita di bumi. antara kita tahu mereka kat mana dan kalau kita tak kacau meraka tak kan kacau kita.

banyakkan zikir dan selalu beristighfar..:D

p/s: nasib ada +Nurul Artikah kat sebelah nie tolong teman kalau tak asanya tak update blog pasal nie malam-malam buta nie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...