Tuesday, March 6, 2012

build web site sime darby?



hari nie berpeluang buat kerja ngan sime darby. best tu memang tak terkata la kan. banyak sangat ilmu yang dicurahkan buat kitorang semua. kene buat proposal untuk sime darby. apa yang diajarkan memang boleh bantu masa nak present. memang la pernah belajar ngan lecturer semua kan..tapi bila dah real nie tetiba jer otak dah jadik blur.

yang paling kelakar kene buat cash flow pulak dah. kali terakhir dok buat benda alah tu dua tahun lepas. mana la nak ingatnyer. dah kene soal macam-macam. nampak cam tak belajar jer. adoyaiiii. tak per kama..nama lagi belajar kan. esok kene bincang leq-log. focus giler-giler la maknanya nie. dah semuanya kene hantar petang esok. memang serabai la esok kan idup nie. 

apa yang paling best bila GM sana cakap dia nak buat program buat kitorang. cara-cara macam mana nak tackle pelanggan. biarkan kitorang kat satu tempat yang tak kenal sesapa pon, dengan tak der duit sesen pon...kitorang kene bawak balik pulangan buat dia. tak ke pening tu kan. alamak...macam mana nak buat nie. idea..fikir..mesti banyak punya jalan.

jadi tenaga pengajar bina website? lebih kurang macam gitulah GM tadi cakap. memang kene belajar balik la cam ner nak bina web site nie. jadi tutor la plak. tutor plak pasal web site...atooiii..kan ditanya plak soklan yang compiuh nak jawab cam ner plak...ko tibai jer kama. macam tak pernah buat.

~ tak sabar menanti hari esok ~

Friday, March 2, 2012

xperia ku

adoiiii...baru teringat nk beli phone xperia arc s..dah kuar yg baru

nie artikah punya pasal la dok tunjuk xperia s
buat hati dah pecah terberai nie..mana yaang comel nie..mana yang paling bagus nie
semua dah tak tahu nak fikir
tapi kalau ikutkan balik mesti la nak yang the latest kan
nak kene pergi survey cepat-cepat nie
kene tempah la maksud nyer nie

hari tu pon dah pergi tanya kt kedai
tempah bagai kene buat
xperia s kene tempah la kot nie
yang mana satu nie kama
xperia s (left)
xperia arc s (right)

buat pilihan betol-betol
kan ada jugak yang merana
jangan dok ikut kata orang tau
ikut kata hati
nanti jadi hal lain pulak dah

... hati kama ...
sabau yer
nanti kita pi survey
nak merah tau
oppss..okey fine
mana ada merah yunk
putih pon jadik lah

.: siap ko artikah...dah buat hati aku kembang kempis nie :.

city hunter time

amacam...opppss terlambat eh
aha..memang lambat pon nie
dah berkarat drama city hunter kat lam hard disk nie
memang sengaja simpan nak tengok kat umah
mana lah tau kot-kot bosan kat umah nie kan masa LI nie
memang bosan sangat nie
sampai dah habis citer nak tengok
ramai dah cakap city hunter best
tak per..sabar-sabar..nanti dapat tengok gak
aha..dah habis pon
berhempas pulas hampir empat hari kot asenyer..lupa plak
akhirnya habis gak
apesal eh tengok drama nie
sebab lee min ho? atau heroin dia?
tak taulah..apa yang best sebab dia action
asyik tengok loving jer, bosan gak kan
kadang-kadang kene la tukar angin skit

tapi masa dok tengok drama city hunter nie
terpandang plak hero yang macho
maaf la lee min ho
saya tak terpandang awak sangat

kalau lam citer mesti ada yang lebih menarik dari hero kan
ada-ada jer yang nak buat orang pandang
hahahaha..kalau lam drama nie
kama lagi suka tengok si 'sniper'
lupa plak nama dia
haish..nama tak penting
tengok jer dia lam tu kan senang

nak tau tak saper
jeng
jeng
jeng
...
..
.

ini dia



macho kan...asyik tengok dia jer
tang gaya ngan rambut dia memang tak boleh nk kalih lagi
mesti nak tengok pergerakan dia
walau asyik kalah jer bila lawan ngn hero
tak per la ... awak menang di hati saya

auwww....macho man..cool..=)

Thursday, March 1, 2012

lambaian terakhir

kanak-kanak kecil berpakaian serba putih berpaling ke arah belakangnya. dibadannya berjubah putih, berketayap putih, tersenyum ke arah ibunya. senyuman yang hambar, puitis...bukan kerana suka melihat ibunya tetapi hiba melihat wajah yang dirasakannya itu akan hilang sekejap sahaja lagi. dengan tidah disedari air matanya bercucuran. si ibu pula kehairanan melihat anaknya yang jauh berdiri di sana dengan wajah yang sayu. diikutkan hati si ibu, hendak sahaja berlari anak menggapai tangan anak lelakinya. tetapi entah kenapa kakinya kaku seakan dipaku untuk berdiri di situ.

wajah kanak-kanak kecil itu makin sayu dan muram. tanpa menghiraukan keadaan disekeliling yang gelap dan disinari suatu cahaya, si anak kecil itu melambai tangan ke arah ibunya sambil menangis.

"ibu! abang nak mintak maaf dekat ibu. maafkan semua kesalahan abang yer"
"kirimkan maaf abang pada ayah, kakak, dan semua saudara kita"

satu-satunya suara yang kedengaran di situ. si ibu kebingunan perihal anaknya. hendak disuarakan persoalan, dirasakan seolah disekat di leher. suaranya tiba-tiba hilang. apa yang mampu dilakukan si ibu, air mata yang membasahi pipi.

kanak-kanak lelaki itu tiba-tiba lesap sambil melambai tangan ke arah ibunya. si ibu cuba memanggil nama anaknya itu tetapi gagal.

***


"abang!!!"

si ibu membuka matanya. rupa-rupanya itu semua hanya mainan mimpinya. dia merasakan suatu pearsaan yang sangat takut sekali. disedarinya, seluruh badan berpeluh dan....pipinya dibasahi dengan air mata. disegerekan si ibu ke bilik anak lelakinya. diusap-usap ubun di kepala sambil bberbisik..

"ibu sayang sangat kat abang. ibu tak nak kehilangan abang"

air matanya tak henti-henti bercucuran. di hatinya sentiasa berdoa agar apa yang dialaminya itu tidak memberi maksud yang disebaliknya.

AMIN...WALLAHUA'LAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...