Wednesday, August 29, 2012

salam lebaran 2012


$alam Lebaran 2012

mungkin terlambat skit tapi asanya dalam bulan syawal lagi kan. saper-saper yang nak beraya lagi tu silakanlah. yang ada rumah terbuka sepanjang syawal nie jangn lupa jemput ke umah

tetiba teringan beraya tahun nie. keluar pagi ambik sue (tengah) kat umah dia nak pergi umah yana (kiri). bukan main jauh lagi umah yana nie. padahal yang jauhnyer sebab jammed. panjang bukan main. tapi alhamdulillah...laluan yang kami lalui tu tak jammed pon. laluan sebelah yang jammed manjang. baik masa pergi mahupun masa balik.

ada kes plak dah masa balik dari umah yana nie. 'tercium' kete otang kat depan. atooiiiii...tak sedar terlepas break masa dok brenti masa jammed kejap. syok doh berbual ngan dak yana ngan sue. padahal tak sedar pon dah 'cium' yang depan. tersedarnya sebab tuan kete depan keluar tengok kete dia. alahai...tak der kesan calar pon. nasib dia pon tak marah sangat. orang luar gamaknya dengar dari perbualan.

"u main handphone ke?" ayat pertama yang keluar dari mulut tuan punya kete. apa lagi buat muka kesian dan buat kaku jer. tapi terus la cakap mintak maaf sebab asanya memang salah diri sendiri kan lalai masa bawak. siap cakap 'mintak maaf pak cik' lagi. masa interi dia dia keluar pon terus cakap 'mintak maaf mak cik'. yang kelakarnya siap tanya agi soh maafkan.

"pak cik, maaf eh pak cik. maaf eh"..."maaf eh mak cik". kejap jer kitorang bual tak sampai lima minit pon terus bersurai. sebab memang tak der kesan calar pon. asanya nielah kali pertama pi 'cium' kete orang lain sejak dapat lesen nie. alahai badan. nasib la ko eh.

dah yana plak siap cakap "ko panggil pak cik eh. aku tengok muda lagi" kitorang dok gelak jer lam kete. dah masa tu gabra bagai kan. pak cik pon pak cik la. asal semua lepas. masa lam kete dok gelak siap sakat sal pak cik tadi. mesti bengag pak cik tu sebab panggil dia pak cik.

habis semua tempat kitorang tepon nak pergi. semua keluar beraya kat tempat lain. last-last pi cari rumah terbuka program terbuka raya kat mana-mana. tak der rezeki kan. semuanya dah habis. apa lagi...kitorang pi beraya kat mall. ingatkan tak der orang raya-raya nie. banyak jugak eh. mengidam nak makan kfc. perghhhh.....ramai giler. nak makan punya pasai, tunggu saper-saper dah siap makan terus pi rembat meja.

Saturday, August 4, 2012

rutin puasa

dah jadi rutin tahunan bila musim puasa. benda sama jer akan buat hari-hari. kalau orang lain mesti sibuk dengan persiapan raya, baju raya, kuih raya kan semuanya. amboiii..raya sakan korang semua yer. tapi yang jadi musykil nie apesal la budak sorang nie tak sama dengan yang lain. persiapan raya? hhhmmmm...jangan ditanya. memang dah siap sebelum puasa lagi. opsss...dah terlebih excited nie. 

tak der lah..semua nie jadi macam dah biasa sangat. mungkin makin besar, pemikiran pun dah dewasa. tak kisah sangat baju raya berapa pasang atau nak kan yang baru. kadang-kadang yang baru tu satu atau dua jer. yang lain tu ulang-ulang daru tahun lepas. lagipun baju yang diulang tu tak pakai sangat buat rutin harian. jadi tak der seganlah nak pakai. eh? segan ker? buat apa nak segan dengan pakaian. jumpa orang tu senyum bukan nak tunjuk baju kan.
oh yer...rutin harian bulan puasa? dah macam tahun-tahun sebelumnya.
buat apa yer.....hhmmmmm...
kalau tiba bulan puasa nie, budak sorang nie tak tidur malam la gamaknya. jadi kelawar tetiba. malam dia jadi siang, siang dia jadi malam. kiranya tak ridur sampai la lepas sahur...eh..bukan...lepas subuh. jadi, lepas subuh tulah masa malam si budak nie.

apa yang dibuat budak sorang nie kan? hasih...tengok movie, drama, show yang ada kat dalam lappy nie. aha...budak nie tak bleh relax kalau tak tengok lappy, kalau tak dok depan lappy. tv? kalau nak cakap orang kata tipu pulak. tapi memang dah lama tak tengok tv. kalau nak kira sebulan dua boleh jadi jugak. ada tu ha tv kat luar sesorang dia kat situ. tak der orang sentuh pun. kalau bukak pun bila sedara datang, bukak la jugak bleh tengok berita. kalau nak ikutkan...memang tak berasap la tv tu.

tengok drama kat lappy nie bukannya berulang. banyak sangat sampai tak habis nak tengok. tapi, kalau habis pun tak per sebab boleh terus download yang baru kan. sebelum habis yang lama tu dah download yang baru. atooiiiii...apa nak jadi ngan budak nie. masa nak sampai ker sahur tu asyik dok layan drama la nie. kalau tak drama korea, movie hindi atau omputeh. tak pun variety show dari korea. tapi kalau show tengok petang jer. malam untuk movie. wah..siap sedia mana nak tengok. dah ada dalam jadula kiranya tu.

dalam tengah hari jam condong ke kanan banyak skit baru la mata terbukak. kalau dalam jam pagi-pagi tu mata memang tak terbukak langsung. orang sms ker tepon ker memang tak sedar. ngantuk sangat kiranya tu. lepas bangun dan buat apa yang patut, apa lagi tengok variety show yang ada lam lappy nie jer la. kalau dah habis, korek kat mana-mana sumber lepas tu download yang baru. kalau tak...haish..bosan.

dalam seminggu nak kira turun rumah boleh la kot sekali dua. kalau nak kira tu dalam dua minggu pun ada terperuk dalam bilik. memang jadi anak dara betul. keluar pun keluar bilik jer. tu pun masa berbuka, malam ngan sahur jer. aduhaiii...apa nak jadi dengan budak nie kan.

dah memang nielah rutin tiap-tiap tahun kalau bulan puasa kat umah nie. nak jadi apa pun tak tahulah ngan budak sorang nie.

jap...nak kongsi drama yang dah tengok dan akan tengok. semuanya best sangat.

~ Gentlemen's Dignity *tengah tengok*
~ Time Slip Dr Jin *belum lagi*
~ Golden Time *akan datang*

kalau tok variety show yang best bleh tengok...
~ strong heart ~ win win ~ hight after night ~ come to play ~ running man ~ happy together

selamat berpuasa dah hari raya aidilfitri ~ maaf zahir dan batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...