Saturday, May 26, 2012

bangkitlah wahai sahabatku sekalian


"eee...nak kene buat presentation la. takot nie cam ner. banyak lagi tak prepare"
"tak payah takut. yakinkan diri yang awak boleh buat"

"alamak...exam dua minggu lagi nie. aduhhh..mati aku. macam mana nie nak buat"
"jangan risau. focuskan diri. InsyaAllah..awak boleh buat punya"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banyak kan yang kita dengar keluhan dari kengkawan, secara tak langsung kita sendiri pun kadang-kadang pernah jugak memberikan keluhan yang sama. tapi ingat..apa-apa keluhan pun perlu berfikir dahulu sebelum buat.

"ala....awak kan pandai. boleh la cakap"
"awak kan boleh jer kalau buat spontan. tak macam saya. kaku jer"
"awak cakap sabar senag jer eh. awak dah pandai tak macam saya"

"okey...hellllooooo"

nie yang naik meradang tetiba plak kat sinie...dah..dah..jangan cakap lagi

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

sedarlah wahai sahabat ku sekalian. sekarang saya sedang diuji oleh Allah s.w.t dengan pinjaman kecerdikan yang tak seberapa. saya juga pernah mengalami keadaan yang sama seperti anda semua. saya bukanlah seorang yang dilahirkan dengan kecerdikan semula jadi. tapi, saya seorang yang sangat berusaha. berusaha untuk mencapai apa yang saya rasa perlu. itu pegangan yang saya pegang daru dulu sampailah sekarang ni.

jika anda kata saya pandai...alhamdulillah. saya bersyukur dengan pinjaman sementara ini. tahukah anda semua. kita sebenarnya sedang diuji. dan ujian saya adalah dengan kepandaian. Allah menguji saya untuk tidak riak dengan pinjaman ini. Allah menguji saya untuk membantu rakan-rakan sekalian dengan pinjaman ini. dan InsyaAllah...saya akan manfaatkan dengan sepenuhnya pinjaman ini sebelum ditarik semula oleh Yang Berhak.

dan ujian bagi anda sekarang pula dengan kekurangan dari segi 'kebijaksanaan'. saya bukan mengatakan anda bodoh...tapi anda akan 'bodoh' jika hanya mengerti untuk mengeluh tanpa berusaha. ujian yang didatangkan kepada anda sekarang ini adalah menguji bagaimana untuk anda berusaha menjadi lebih baik. ini juga adalah satu bentuk ujian walau kita sendiri tidak sedar. bukannya suka-suka ianya terjadi. sematkan dalam diri kita sentiasa...apa-apa yang berlaku disekeliling tentu ada hikmahnya.

dan sekarang saya ingin sangat mohon bantuan dari kawan-kawan sekalian...
bolehkah anda semua membantu saya....

anda mengatakan saya 'pandai' dalam segala benda...Alhamdulillah. saya bersyukur sangat dengan pinjaman ini. tapi, jika anda semua terlampau dan sentiasa memuji saya..anda sebenarnya bukan membantu saya bahkah menambah derita buat saya.

janganlah anda membantu saya menambahkan lagi 'aset-aset' yang senantiasa berganda ini. tahukah anda setiap perbuatan kita juga sentiasa diperhatikan oleh syaitan durjana. dikala anda 'memuji' saya, syaitan juga tengah 'memuji' saya. akan timbul juga rasa riak di dalam hati saya ini walaupun dalam keadaan saya tidak sedar. ini adalah ujian yang sangat berat buat saya. anda membantu saya riak dalam saya tidak sedar.

saya cadangkan...

daripada anda senantiasa mengeluh, daripada anda 'memuji' saya...apa kata jika kita sama-sama bekerjsama selesaikan masalah yang kita ada. saya bantu anda, dan anda juga bantu saya. ingatlah, mungkin apa yang saya tahu, anda tidak tahu. tapi, mungkin juga apa yang anda tahu, belum tentu saya tahu. dan apa-apa yang kita tahu, sama-samalah kita bantu. dan apa-apa yang kita tak tahu, janganlah kita buat tak tahu sahaja. tetapi, jadikanlah ia sebagai tahu bagi kita.

~ jadikan diri kita sebagai sebatang pokok. 
walaupun orang luar mencampakkan batu pada kita, 
kita membalas dengan buah kepada mereka ~

Sunday, May 6, 2012

buah hati ucu

seminggu bersukar ria ngan qayyum. dah per lagi. cuti la jawabnya. mana nak cari lagi masa kan. bukannya jumpa tiap-tiap hari. dah jarang-jarang balik apa lagi. ambik jer selama banyak masa yang ada. bak kata punjangga, 'masa untuk diberikan pada keluarga lagi berharga untuk masa bersuka ria'. entah pujangga mana main bedal jer nie.

qayyum balik. jalan-jalan la jawabnya. tiap-tiap hari ada jer tempat nak kene pergi. mana boleh tinggal qayyum kat umah. pikul sekali la kan. dari shopping habis kelantan dok pegi, makan angin keliling pantai habis bedal. kat mana lagi yang belom bawak qayyum sorang nie.

dah mula rindu ker. okey. fine. anak buah sorang nie jer. mesti la rindu. kalau panggil namanya terus senyum. pergi kat mana-mana ramai yang cakap qayyum nie 'manis mulut'. pening ker apa maksud dia. budak nie suka senyum kat orang la. tambah-tambah lagi ngan pompuan. amboiii..tak padan ngan kechik yer awak nie...XD
hadiah hari lahir qayyum yang pertama
mula-mula tergamam jer dia tengok. nak naik pon rasa takot-takot jer.
lepas tu, bila nampak jer terus nak main. pandai pulak dia tekan, bukak suis sendiri. padahal kaki tak sampai lagi nak tekan minyak, 
nak jugak dia angkat kaki naik.
tersenyum tengok qayyum naik nie.
haish3..ucu yang penat nie qayyum, bawak keliling satu umah.
 nak keluar jenjalan sempat lagi posing depan camera.
nampak jer orang nak ambik gambar dia, terus kaku kat depan.
standby la katakan yer... 
 apasal tak lap tu qayyum.
posing punya pasal tak kisah dah benda lain.
 bila dah penat main lam kete..terus jer tidur budak sorang nie.
yang geramnya dia tak nak tidur atas riba ker apa ker.
qayyum suka sangat tidur ikut suka dia.
nie kalau akihkan cara dia tidur maunya tak bangun.
tak jadi tidur terus la jawabnya. 
 jenjalan lagi qayyum sorang nie.
tak boleh dok umah yer.
tak per..dapat ucu yang nak jenjalan jugak.
kita layan sesama.
 nie apasal buat muka seposen plak dah.
haish3...naik geram tengok pipi tu qayyum.
gigit karang biar makin tembam pipi tu.
muka sedey la tengok anak laki sorang nie.
haish3..qayyum sorang nie.
tersengeh jer dia memanjang.
bila nak balik main ngan ucu lagi nie.
ucu tak puas lagi nak gigit pipi tembam tu.

p/s: balik nanti bawak ucu naik motor pi shopping kt kb..:D

Wednesday, May 2, 2012

salahker kalau beza umur

"kadang-kadang kita sendiri tak faham apa yang hati kita nak...dan kadang-kadang itu jugak lah orang lain yang faham dari apa yang kita tahu. dan mungkin kita sendiri tak tahu apa yang kita tak tahu dan nak dalam hidup nie".

semalam lepas balik jenjalan ngan anak buah, kira-kira nak tengok citer 'cinta buat emelda' la kan. yang isnin punya tak tengok lagi, selasa pon sama. malas dok tunggu tengok tonton, layan pulak citer 'menicntaimu' yang main kat tv3 dalam carekarama sabtu lepas. tak sempat nak tengok hari tu sebab kilat campur hujan lebat sangat. takut, terus tutup tv, masok tidor.

mula-mula memang sweet sangat tengok eman manan ngan sharifah amani couple lam drama nie. mesti ada yang cakap citer tu tak masal kan. hati ngan perasaan orang tak sama la wak. mungkin ada yang suka orang muda, tapi ada jugak yang suka orang yang dah berumur *erm...macam cakap kat diri sendiri jer kama* jodoh semuanya dariNya, kita tak berhak untuk menidakkannya. walau banyak kita berusaha untuk mengelak, dah namanya jodoh memang tak boleh nak lari.

tapi memang tak boleh nak gambarkan la kan bila tengok izwan (eman manan) dengan juliana (sharifah amani) bercinta. lebih-lebih lagi bila tengok izwan dok tengah angau nagn juliana. sweet sangat tengok diorang. siap bertelefon siang malam, dinner bagai lagi. comel sungguh.
dah la tengok sorang-sorang dalam bilik nie. dok senyum sendiri jer. tengah malam-malam nie nak tergelak jer kejer. lagi la ketawa bila couple nie dating. cara orang yang berumur dating nie lain skit la kan dari yang muda. lagi nampak matang dan ada 'isi'.
masa izwan bagi cincin kat juliana sebagai tanda (tak nak cakap hal yang disebaliknya) gugup jap jantung nie. yerla..izwan kan dah nak baya ayah juliana *dah memang kawan ayah dia pun* macam lain jer tengok masa tu. berdebar tu tak yah nak cakap la kan *maaf...terlebih jap*. comel la bila tengok dia buat mcam tu. 
- sebenarnya dok fikir bila la agaknya dapat macam tu kan -
- tanya ummi ngan abah tau..hehehehe -

tapi yang sedihnya dua-dua tak jadi kawen...rasa hampa kejap
kata-kata yang izwan cakap kat juliana memang rasa sedap jer dengar

... cinta adalah anugerah ...
mereka yang tidak menyukai cinta
menyebutnya satu tanggungjawab

dan mereka yang hanya ingin bermain dengan cinta
mengganggapnya sebuah permainan

dan mereka yang tidak pernah menikmatinya
menyebut cinta itu satu impian

mereka yang benar-benar menycintai
akhirnya tidak kesampaian
menyebutnya takdir

kesian tengok diorang tak jadi kawen
tapi mungkin ada hikmah disebaliknya
perlu ada persetujuan kedua-dua belah pihak
tapi kan kalau dua-dua jadi kawen
memang sweet sangat tengok
tak kisahlah perbezaan umur ker apa ker
yang penting kebahagian yang bakal dikecapi
- peace -

credit to: MENCINTAIMU TV3

p/s: cinta itu buta dan ia tak mengenal usia.
- suka tengok eman manan berlakon. hero malaya -

CINTA LIMA JARI

tahukah kenapa cincin tunang atau cincin kahwin disarungkan dijari manis
jangan bercakap soal cinta kalau tidak tahu CINTA LIMA JARI
"rapatkan kelima-lima jari..kanan dan kiri. 
ibu jari bertemu ibu jari dan kesemua jari bertemu. 
lipatkan jari tengah, kedua-dua jari tengah"

renggangkan kedua-dua ibu jari
kedua-duanya boleh direnggangkan
kedua ibu jari mewakili kedua orang tua kita
suatu hari nanti bila sampai ketika dan waktunya,
mereka pasti akan pergi meninggalkan kita

renggangkan kedua-dua jari telunjuk
kedua-duanya boleh direnggangkan
jari telunjuk mewaikili adik-beradik kita
mereka akan membina kehidupan masing-masing 
dan juga pasti akan meninggalkan kita pada suatu hari nanti

renggangkan kedua-dua jari kelingking
kedua-duanya boleh direnggangkan
jari kelingking mewakili anak-anak kita
mereka akan membesar, akan membawa haluan hidup masing-masing, 
berkahwin, beranak, dan juga pastinya 
suatu hari nanti mereka akan pergi meninggalkan kita

sekarang
renggangkan kedua-dua jari manis
kedua-duanya tidak boleh direnggangkan
sebab itulah cincin tunang ataupun cincin kahwin disarungkan dijari manis

sebab cinta jari manis adalah cinta yang bersumberkah daripada fitrah Allah
yang lahir daripada rohari
daripada sanubari yang ikhlas, jujur
bukan kerana ada apa-apa
tapi kerana kecintaan itu sendiri
barulah cinta itu akan menjadi indah, murni, suci
dan akan kekal selama-lamanya

tapi
persoalannya...
adakah masih ada CINTA JARI MANIS ???

credit to:
drama MENCINTAIMU TV3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...