Monday, April 9, 2012

kisah katak dengan syaitan

lumrah manusia, apa yang dilarang itulah yang hendak lakukan. apa yang disuruh tidak pula mahu diikutnya. bila terlihat kesalahan orang lain, sekecil kuman pun boleh bertukar menjadi sebesar gajah, padahal kesalah diri sebesar banglo lima tingkat tak juga dilihatnya. ketika ini, makhluk yang paling gembira sudah tentunya syaitan. menggoda manusia untuk mengkeji sesama sendiri, mengutuk sesama sendiri. menambahkan dosa pada yang sedia ada. pahala yang tersedia dicantas pula oleh dosa-dosa yang laju mendatang.

diumpamakan dua ekor katak yang sama tapi diletakkan pada situasi yang berbeza.

katak A dimasukkan ke dalam air panas yang menggelegak. terus dilompatnya keluar. dimasukkan lagi katak A tersebut, tapi masih juga melompat keluar. diulangi dengan meletakkan katak A tadi, masih juga keluar. ia...ini kerana air tadi yang panas menggelegak.

berlainan pula pada katak B. diimasukkan katak B ke dalam air yang sejuk. dipanaskan air tadi perlahan-lahan. air yang sejuk tadi mula menjadi panas. tapi katak B tadi masih berada di dalamnya. katak B berasa selesa sangat di dalam air tadi kerana air tadi dipanskan secara perlahan-lahan. akhirnya, katak B tadi mati dalam air yang menggelegak.

tapi....apa pulak kaitannya katak dengan syaitan?

itu adalah perumpamaan kepada manusia. dosa yang besar takut sekali nak dilakukan. dimurkai Allah katanya. dosa-dosa besar itu semuanya dihindari. Alhamdulillah. sehinggakan syaitan rasa sangat amarah kepada manusia ini. pelbagai cara dan taktik digodanya tapi masih gagal.

tapi, mereka silap. syaitan akan goda umat Nabi Adam ini dengan pelbagai cara. syaitan menghasut manusia untuk melakukan dosa-dosa kecil yang dimana diambil enteng dan mudah bagi manusia. lama kelamaan dosa-dosa kecil ini menjadi sebati dengan manusia dan akhirnya dosa kecil ini 'memakan' pahala yang sememangnya kurang bilangannya dan menjadi dosa-dosa besar.

seperti katak tadi, air panas yang menggelegak dilompatnya keluar. tetapi air sejuk yang beransur-ansur panas didiaminya dengan tenang kerana menjadi makin sebati dengan kulitnya.

manusia juga sama. dosa yang besar tidak mereka lakukan kerana takut dengan Allah s.w.t. tetapi mereka sangat lupa akan dosa-dosa kecil dan kering yang sering dilakukan kerana sudah mulai menjadi sebati dengan diri.

ingatlah wahai manusia, syaitan tidak akan pernah berputus asa untuk menggoda hamba Allah melakukan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun.

~ peringatan buat diri sendir...tegur-menegurlah kita selagi mampu ~

credit to : IKIM fm

Saturday, April 7, 2012

cinta tuhan

hidup adalah cinta
cinta adalah jiwa
jiwa adalah nyawa
nyawa adalah manusia

kita lahir ke dunia
karena cinta ibu dan bapa
ibu bapa kita

kita wujud di dunia 
kerana cinta tuhan
tanpa tuhan kita tak bermakna

tanpa cinta
tiada kita
tanpa kita
tiada cinta

credit to: karipap-karipap cinta

p/s: tengok gitu-gitu jer film nie...rasa ngantok sangat..opsss..cuma lagu nie jer jatuh hati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...