Wednesday, March 28, 2012

without you...im nothing


Ya Allah
kenapa aku rasa gelisah jer kebelakangan nie
rasa macam kehilangan sesuatu yang sangat berharga buat diri
hati jadi tak keruan
langsung tak tenteram

air mata senang jer jatuh
basahkan pipi sampai dah sebak di dada
tapi masih tak tahu
apakah puncanya

Ya Allah
aku sangat sayangkan ummi dan abah
itu saja yang dapat aku katakan
tanpa mereka
aku rasa sangat lemah dan lumpuh
tak tahu apa yang jadi pada masa akan datang

aku rasa macam dekat jer
tapi tak tahu apa yang dekatnya
tapi dekat tu rasa dekat sangat
rasa nak lepas sesuatu sangat susah
rasakan seolah-olah aku sendiri yang tak mampu nak melawannya

Ya Allah
jika sesuatu berlaku pada kami
aku redha dengan apa yang jadikan
tapi aku mohon
biarlah jadikan aku seorang yang sangat sedia dalam apa jua

untuk kedua-dua
ummi dan abah

Without you
I am lost, I am vain,
I will never be the same
Without you, without you

I won't run, I won't fly
I will never make it by
Without you, without you
I can't rest, I can't fight
All I need is you and I
Without you

Without you
You! You! You!
Without
You! You! You!

Without you, without you
I can't take one more sleepless night
Without you, without you

If you're not here, I'm paralyzed
Without you, without you
I can't look, I'm so blind
I lost my heart, I lost my mind
Without you

Without you
You! You! You!
Without
You! You! You!

I am lost, I am vain,
I will never be the same
Without you, without you
Without you

hati nie rasa sangat senang jer resah
senang jer nak titiskan air mata
bila tengok jer muka ummi dan abah
rasa sebak sangat
rasa nak sayang sangat-sangat
rasa tak nak berpaling jer muka kat tempat lain
rasa nak cium jer puas-puas
rasa nak....
rasa nak...

Ya Allah
tabahkan lah hati aku ini
kuatkanlah imanku ini
janganlah Engkau pesongkan hatiku
sesudah berikan cahaya hidayahMu padaku

Ya Allah
jika benarlah Engkau nak ambil balik apa yang telah dipinjamkan
tariklah dalam keadaan aku yang sangat bersedia
dalam keadaan aku yang sangat tenang
dalam keadaan aku yang sangat tabah
qada' dan qadar Mu tak mampu aku nak mengubahnya

tapi Ya Allah
Engkau selalu katakan
yang kami boleh berdoa selagi mampu
dan Engkau akan kabulkan semua permintaan kami

Ya Allah
aku nak pohon sangat-sangat
Engkau panjangkanlah
usia orang tuaku
usia ku
usia keluarga ku

aku ingin berbakti selagi mampu untuk kedua orang tuaku
selagi yang aku mampu
Engkau panjangkanlah usia mereka
untuk aku berbakti
membalas semua jasa mereka padaku
walau aku tahu yang aku memang tak mampu nak membalas kesemuanya

Ya Allah
aku pohon padaMu
berikanlah masa buat kami bersama
aku ingin berbakti selama mungkin pada ummi dan abah
nak menjaga mereka di hari tua ini
aku nak aku yang jaga mereka
aku yang membela mereka semula
seperti mereka membelaku semasa kecil

jika aku sendiri tak dikurniakan keluarga sendiri
aku redha asalkan dapat berbakti buat orang tuaku
jika aku dikurniakan sebuah keluarga
aku mohon padaMu
kurniakanlah seorang suami yang dapat melayan orang tuaku
seperti mana aku melayan mereka
menyayangi orang tuaku
seperti mana aku menyayangi mereka

Ya Allah
aku sayang sangat
sayang sangat sangat

~ masih lagi menitis air mata walau sedang berkarya ~

Tuesday, March 27, 2012

kerjanya melepak jer ke

asal jer cuti hujung minggu mesti keluar jenjalan
dengan saper lagi la kan kalau bukan ngan budak-budak chomel nie
buat hilang penat kerja katakan
hari minggu memang tak lekat la kat umah masing-masing
ada-ada jer kerja yang nak kene buat
keje apa nie?
keje window shopping la katakan

Jumaat - 9 Mac 2012

baru nak keluar jenjalan 
 yana terus tdor kat umah
senang kan nak pergi balik shopping
 kat sony centre
nak survey kamera tok budak berdua nie
yana dah belikan kat tingkat bawah
 untuk budak chomel nie la
yang lumix tu yana punya
tok cik sue dia punya sony
pening dok tengok kamera berdua nie
nasib beli jugak last-last
 apa lagi lepas shopping kamera
melantak jap eh
nie kama punya idea
nak makan sangat kfc
 budak berdua nie ikut sama makan
memang minggu nie semua makan fast food
baru jer makan mcd..makan plak kfc
memang temok ler kan kitorang nie

lepas habis dok pusing-pusing satu kb mall
tak der nak buat kan
lagi pun hari dah makin gelap


.: ingatkan nak pergi makan tutti frutti..tak sempat pulak..tak per lain kali :.


Sabtu - 10 Mac 2012

pepagi lagi kami keluar
nie semua sebab yana la
nak sangat tengok pelakon kegemaran dia nie
nak mai kat malaysia bukan nyer selalu kan
kita layan jer si yana nie
yana nak jumpa sangat ngan oki setiana dewi
siap panggil akak lagi
bila tau sama umur..ternganga dak yana jap
senyum memanjang jer yana bila dah dapat autograph dari oki
mana tak nya...beratur panjang kot
sesak giler dalam tu
yana tersepit-sepit plak tengok
tergelak pon ada
nasib dok atas pentas...bleh tengok orang sesak kat bawah
sampai jer yana terus beli dua buah buku oki
salah satu ada sign oki yang dia ambik tadi
senyum memanjang jer la kan
ambil kesempatan japa walau tak beli pon buku nie sebenarnya
eh..kita sama la plak kan
ambik buku buat bergambar jer yana oiiii
lepas keluar sesak jumpa oki..berehat jap kat luar
pusing-pusing ambik gambar
pertama kali masok pustaka kat kota bharu nie
comel jugak la
dapat merasa pon jadik la kan
best jugak kalau lepak-lepak kat sinie
entah bila nak datang sinie lagi pon tak tau la kan
entah-entah tak datang langsung
lepas jenjalan apa lagi
jom isi perut dulu 
 sambil dok tunggu order sampai
kita snap pic dulu
 favorite kek
~ tiramisu ~
kalau tak pilih yang nie memang tak sah
 sue pilih kek apa ntah
tapi kek nie memang kek yang terbaru
dikatakan lah..yang lain tak tahu betol ke tak
 kek paling banyak kene bebel
memang kek yana la jawabnya
muak giler sampai tak terhabis
tahan jugak la tak nak membazir
banyak keju kalau tak silap
 lepas makan kita pergi shopping lagi
tak habis-habis ngan shopping
minyak wangi la..itu la..ini la
yang penting, henna tok pakai malam karang
 pertama kali naik bazar tok guru
banyak jugak barang kat sana
memang dah rambang mata pon
 destinasi terakhir kami
ke pantai ler
dari pagi keluar tak balik-balik
 amboiii..siap posing yer
bosan dok umah keje jer
sekali sekala nak jugak ler hilang tension dalam kepala nie
makan lagi
tak habis jugak ngan makan
makanan santai memang best
dah macam berapa orang nak makan pulak tengok

.: kitorang keluar pepagi lagi..balik dah magrib kat umah..ayoyoo..jangan tiru aksi macam nie:.

Sabtu - 24 Mac 2012

 pepagi lagi kuar pi kb mall
nie semua gara-gara nak beli phone sony xperia s
dah habis dijual
perhggg..giler ar rakyat kelantan nie
memang masyok habis kan membeli
dah puas pusing masok popular jap
sue nak habiskan voucher dia yang ada skit jer lagi tu
sambil dok tunggu sue membeli
pi pusing ngan yana kat segmen buku-buku pra-sekolah
untuk kanak-kanak la semua nie
cun habis..geram tengok
asa nak beli buat koleksi jer tau
teringat pulak masa kecik-kecik dulu main anak patung kertas 

 dah habis pusing kb mall
kita pusing tesco pulak
tak der beli banyak barang pon
kama pon beli barang buat kek jer
 macam biasa la kan
dah makin tinggi hari..lapor ler perut nie
coolblog ngan secret recipe memang terbaik

tiramisu jah jadi pilihan tetap
coklat indulgence pilihan budak berdua yang chomel nie
nak jugak sama kan
sambil borak makan sanap jap 
alahai..apa yang dok ketawa sangat ngan yana nie 
~ sue yang ciut miut memanjang ~
 ~ yana yang chomel ~
haish...tak habis dok termenung

.: bila agaknya nak keluar lagi kan :.
.: oh yer..yana cakap bowling tak main lagi :.
.: maksudnya ada chance la tu kan kuar lagi :.

p/s: jenjalan pon jenjalan jugak..report jangan lupa buat tau..(*_^)

Tuesday, March 20, 2012

sony marah aku ker!!!

nie semua gara-gara phone xperia s yang baru keluar
tapi sony bukan marah kat aku ker apa
hahahaha...sony bagus apa
setiap apa yang aku tanya mesti dia jawab

yang kelakarnya..dalam masa terdekat pulak tu asyik dok tanya soklan
siyes..kalau la aku jadi pihak sony pon bosan jugak kot kalau dok tanya soklan dari orang yang sama
tapi..itulah istimewanya sony
apa-apa jer dok tanya mesti dia jawab
 
 
yang tak bleh nak tahannyer..bila soklan terakhir aku tanya
dia jawab okey jer
tapi bab yang 'THANK YOU' tu nampak besar bukan main
siap tebal lagi..marah ker wak..:D
jangan ler memarah kita
kata nak jual produk kan
mesti layan pelanggan
 
anyway..gud luck sony..
phone baru yang korang keluarkan akan jadi milik ini jua
InsyaAllah..:D

Monday, March 19, 2012

main perasaan betol dengan xperia

akhirnya...lega jugak hati nie nk merasa phone baru. 
dah memang lama betol phone yang ada skang nie.
bak kata orang lama.. 'hidup segan, mati tak mau'
kalau tengok, dah kira macam hancur, lepas tu sambungkan balik.
tapi, jangan lupa...phone nie jugak la yang banyak berjasa tau.
dah..dah..bukan nak citer phone lama da.
skang nie kita masok buku baru la kan.
XPERIA S
memang dah lama sangat dok cari phone yg sesuai. 
kalau boleh biarlah phone nie sampai kerje nanti.
biar sampai orang kata dah hancur lebur baru beli phone baru plak.

ingatkan ada banyak warna..manalah tahu kan..boleh merasa phone merah
tapi dia kuar dua warna jer..hitam, puteh
kalau fikirkan..hitam dah banyak orang guna
dah tak nampak elegan
chewaahhh..elegan plak dah
tak yah nak elegan sangat lah
bukan apa..dah ramai sangat guna hitam kan
so, kenelah tukar selera warna puteh.
amacam...nampak okey tak..
okey la kot
kalau nak merah sangat..beli jer cover warna merah
habis citer
tapi..skang nie pening giler dok fikirkan tepon nie
kalau ikutkan harga pasaran dia RM 1899
mahal kan bunyik nyer..tapi nie satu set
termasuk segala bagai accessories dia
RM 534???!!!
kalau tak beli accessories tak bleh ker?
macam dah terlebih pulak tengok nie.
nak guna phone jer kan..bukan guna apa pon
kalau bab accessories nie...memang kurang skit la
 
car charger
kalau tak guna benda nie lam kete pon boleh jer kan
cas siap-siap kat umah..lepas tu guna ler sampai habis
kan senang tengok tu
 
xperia smart tags
memang superb giler tengok nie
comel dan banyak plak function dia
boleh guna kat mana-mana
dengar lagu..guna gps..dan macam-macam la
tapi...
kalau tak beli memang tak boleh guna phone ker
naper yang jadi mahal sangat tu
sebab benda nie baru ker
mungkin la kot
okey la..
kalau nak..lepas nie kan boleh beli tags nie satu
kalau tak beli masa satu set tak boleh ker...
 
LiveSound hi-fi headset
memang perlu la kan headset nie
boleh dengar lagu ker apa ker
tapi dia punya ciri tak suka la
kama lagi suka yang satu lagi..yang besar skit
kalau guna nie tak selesa la kat telinga
cam nak tercabut jer
lagipun kecik sangat
kalau tak beli ngan satu set tak boleh ker...

okey..ada dua benda lagi
screen protection ngan hdmi cable
kalau tok protection tu memang la perlu
sayang kan mula-mula nie
takut calar la katakan
tapi bab hdmi cable nie asanya....mmmmm
memang banyak sangat fungsi hdmi cable nie
siap boleh guna buat sambung kat tv lagi
bila dah siap ambik gambar..boleh tengok kat screen besar
lagi gempak gambar tu
dan banyal lagi la fungsi dia
masalahnya....
tak boleh ker kalau tak beli masa satu set nie
kalau nak nanti boleh beli jugak kan..

pening sangat dok fikir
nak tu memang nak la
dah phone lama nie memang buat hal tak hent-henti
ada jer tak kene bila ada orang call ngan sms

tak per..tak per..
jumaat nie nk pergi kat sony center
tanya semua apa yang patut tanya
harap-harap dapat pulang dengan senyuman

p/s: kita beli nie sama plak ngan kawan kita...dah citarasa sama..apa nak buat..tapi kita suka sangat kalau ada teman yang boleh kongsi rasa..:D

Saturday, March 10, 2012

melayan adik-adik di kb mall

dah lama kitorang merancang nak keluar sesama. bila dah sampai masanya nie, memang lepaskan angin sakan la nampaknya. semua dah terlebih meroyan bila keluar. perancagan kitorang tu memang nak ketawa rasanya. yer la...mana tak kelakarnya. padahal keluar bertiga kat kb mall jer. merancang tu nampak macam nak keluar negeri. pagi kitorang nak pi mana, petang pulak nak pi mana. lepas tu, sebelum balik umah kene pi mana. nie baru satu hari. tak termasuk hari kedua lagi.

sebelum terlupa...seminggu sebelum hari lahir tempoh hari. ada la dapat call dari red modani. katanya pi ambik hadiah la kan tok hari lahir tu. terlupa dan tak sempat punya pasal, pi la ambik semalam. ingatkan dah hangus..yerla...lama sangat masa tu. rupanya dapat jugak. dapat hadiah hari lahir dari red modani gituu...nie sebab ada member card dia..lagi pon memang best pakai kasut red modani

bila bukak kotak hadiah..comel plak dok tengok. mug heater yang biasa dok bagi hadiah..rasanya dah banyak pon kat umah mug nie. apa-apa majlis mesti ada mug nie. tapi tak per...tq sesangat sebab dapat. dia cakap nie nombor yang terpilih sahaja. bertuah pulak asanya. mungkin tahun nie jer kot..
 anyway...tq red modanie.;))
lepas tu, kami jenjalan macam tak ingat dunia. sampai dah berlagu perut nie..lapar sangat. dah niat dari umah kot nak makan kt kfc. hari nie nak makan jugak kat sana. tempoh hari dah makbulkan yana punya permintaan, makan kt mcd. jadi dah bleh la makan kt kfc.
 
lepas kitorang makan..ada satu tempat yang memang kene pergiii...dah lama diorang dok rancang. aku nyer rancangan hampeh. tak termakbul lagi. tapi, tak per. akan makbul jugak.

apa yang diorang rancang?
okey....yana ngan sue rancang nak dapatkan camera. so, memang kitorang keluar nie ada makna yang tersendiri la kan. pusing punya pusing...ayoyo.. sebenarnya camera yang diorang nak tu dah habis stock. sebab tu modal lama. tapi ada model baru yang lagi comel la kan. pi la cari kat kedai lain. sama jugak. tak der. dah habis.

su decide beli camera lain, yang pun beli camera lain. tapi dua-dua camera nie comel seh...boleh la aku dok posing banyak-banyak kan. warna pon mengancam. comel glerr..
lumix (sue) ... sony (yana)

p/s: balik malam dah tido awal gara-gara pusing satu hari kat sana..hari nie nak pusing kat mana lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...