Friday, January 27, 2012

Ya Allah ... mengapa aku menangis?

Ya Allah...
kenapa semalam aku tak dapat bendung hatiku
dengan tiba-tiba fikiran tidak menentu
perasaan yang bercampur baur
dengan dada yang berombak kencang

pernah tak kamu alami apa yang saya alami.
tetiba jer semalam, sewatu nak lelapkan mata ni, sebak jer dada
air mata dengan tiba-tiba mengalir laju di pipi
tak tahu sebab apa, kenapa, dan bagaiman ini semua boleh terjadi

memang fikir tak munasabah
kebiasaanya kalau menangis mesti ada sebab
kasihan tentang seseorang, dengar cerita sedih, tengok cerita sedih
tapi ini tak
langsung tak ada kene mengena pon

lebih kurang jam 1.30 pagi, fikir-fikir baik tidur sebab esok nak pi kerja
masa tu lah tetiba jer dada berombak kencang
pernah tak kamu rasa macam tu?
pernah tak alami perkara macam nie?

lepas jer badan nie rebah atas katil
air mata bercucuran di pipi
kanan kiri semuanya lencur
dalam tangisan masih lagi tertanya kenapa mata ini berair?
kenapa mesti menangis?
apa sebabnya?
di mana munasabahnya kat sini?

tapi, apa yang penting
semuanya datang sekilas
fikiran bercampur baur
ingat pada semua
keluarga
sahabat handai
paling utama
dosa dan pahala

fikiran masih lagi buntu
adakah aku hampir kearahMu Ya Allah
adakah umurku tidak sebegitu panjang Ya Allah
adakah kaum kerabatku yang akan pergi
adakah rakan taulan ku yang Engkau akan bawa
adakah? adakah? adakah?

atau
adakah aku terlampau leka membilang dosa dari pahala
adakah aku sengaja melakukan kemungkaranMu Ya Allah
adakah sedikit pahala ku yang dikumpul sehingga sekarang

adakah ini adalah tangisan terakhir aku buat semua
adakah ada sesuatu yang bakal terjadi
yang akan membuatkan aku tak mampu
nak mengalirkan air mata
adakah juga aku terpaku tatkala
sesuatu kejadian berlaku

saat itu
terasa hendak diluahkan pada seseorang
seseorang yang rasa selesa sangat
tapi apa kan daya
berada jauh dari sisinya
kalau dikongsi
mungkin dapat meringankan sedikit bebanan di dada
namun, alhamdulillah
selepas 'menangis' semalam rasa selesa sangat hati ni
tak tahu kenapa selesa sangat
pastinya sangat selesa

mungkin
mungkin ini semuanya terjadi sedemikian rupa
aku yang di sini masih lagi menanti jawapan yang pasti
semuanya masih tak terjawab sehingga ke saat, detik ini
apa yang pasti

Engkau sahaja Yang Maha Mengetahui

p/s: jika kalian mengalami hal yang sama seperti ini, percayalah ada pesanan penting yang Allah nak mengingatkan untuk kita

Tuesday, January 24, 2012

berdebar kencang

ntah apa la dalam kotak fikiran sekarang nie. apa yang tahu macam mana nak LI esok. alahai....berdebarnya. tempat dah pi tengok ngn su semalam. boleh la. bukan seperti yang digambarkan. sama seperti yang selalu dok bermimpi tu. tapi tak per la. 
kuatkan semangat kama.

terfikir masa ngan su kat dalam kereta semalam. apa la yang kitorang kene buat selama hampir enam bulan kat sana nie. nak kata gempak sangat kilang dia, macam biasa jer kitorang tengok. ntah apa la yang kitorang kene buat nie kan. jangan sampai buku yang nak ditulis nie tak der paper yang kene catit. alamaknya conteng jer la. 

tak bleh..tak bleh. memang gementar tahap gaban nie. dokumen semua kene siapkan dulu malam nie. siap ngan gambar 4 keping lagi. nie pon baru jer balik ambik gambar yang tempah siang tadi. terlupa plak nak buat semalam sambil kuar ngan su.

okeyla kama. ko mampu buatnyer. jangan takut. nilah dikatakan cabaran dalam padang. bukan atas buku. sekaranglah ko kene buktikan yang ko mampu kama. BUKTIKAN!!!

Monday, January 2, 2012

main dengan bayang-bayang

tengah malam-malam nie lambat plak nak tidur kan. mana taknya baru balik makan kol 1 pagi. nak tidor pon tak boleh. kenyang ler..bruuppp... nak soh perut nie elok skit, jenjalan blog-blog sambil tonton zoom tv india. live gitu..dah peminat hindi kan. terjah semua pasal hindi.

sambil dok jenjalan tadi, rasa menarik jer kat blog hafiz nie sebab dia ajar cara-cara nak buat bayang-bayang kat gambar. apa lagi, terus cuba la kan. tak seberapa sangat tapi boleh la cubaan pertama kan.

sekali lagi thanks to hafiz sebab ilmu yang dia bagi nie.
sesapa yang nak try leh cuba pi kat blog dia. macam-macam ilmu yang kama dapat.

 selamat mencuba yer..:D

Sunday, January 1, 2012

jom sihatkan badan!!!

aduhaiii badan. makan, minum, tidur, makan lagi, minum, tidur. lama-lama naik pecah jugak badan nie. kalau ada masa ada gak pergi jogging kat kawasan umah nie. kalau tak, jangan ingat tak jogging tau.

senaman nie banyak jenis. tak semstinya kene jogging. kalau ada yang nak pi gym pon boleh gak. tapi kalau kama senaman kat umah la paling best. hehehehe..senaman kama nie memang banyak guna tenaga. sampaikan berpeluh satu badan nie. muka dah habis lencur nie. macam mandi la katakan.

senaman paling kama suka adalah menari. tarian jugak boleh dikatakan senaman. sebabtulah kama suka. sambil menari boleh keluarkan peluh. kebanyakan tarian yang kama ikut semuanya lagu hindi. kalau nak senang lagi download jer kat youtube tu. macam-macam ada.

buat masa sekarang nie kama memang suka dengan lagu dari filem Ra.One, chammak challo. lagu nie dah makin famous, best sangat rentak dia. yang comel nyer suara Akon sebenarnya tu. geli hati dengar dia nyanyi hindi. adooiiiii.. tarian dia memang simple dan senang ikut.

tak kisahla video apa pun. yang penting ada jugak kita bersenam kan. walau kat umah tak der halangan untuk kita bersenam..:D

selamat tahun baru 2012

alhamdulillah...kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara, berdiri di bumi Allah.
masuk tahun baru bererti bukan untuk melupakan semua apa yang berlaku di tahun lalu.
ambil segala pengajaran yang dapat kita kutip buat pedoman pada hari mendatang.

berdoalah agar pada tahun nie kita masih lagi diteguhkan iman 
dan berada di landasan yang betul.

panjatkan kepadaNya semoga 
dilimpahkan rezeki yang halal dan dikuatkan iman di dada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...