Thursday, December 29, 2011

jom tengok k-pop stream online

tengah syok main tweeter..ternampak plak CNBLUESTORM.com nyer tweet soh tengok cnblue perform..apa lagi terus ler layan sampai ke malam.. 

untuk sesaper yg minat sangat ngan k-pop, korang leh bukak kat....

tapi ada problem skit skang sebab ramai sangat yg tengok kan
so, korang leh gak try kt sinie..

mesti best kan tengok malam nie...korang leh gak tengok schedule kt sini tok program yg seterusnya

untuk malam nie ngan berlangsungnya SBS Gayo Daejun..harap paham-paham lah yer sebab tak der usbtitle. maklumlah direct dari korea. lagi best kalau line korang guna yang kuat can streamyx ke unifii...;D

sempat lagi tengok iklan-iklan yang comel dan best...
selamat menonton...;D

Monday, December 26, 2011

alamak exam!!!

pejam-celik rupanya dah dekat ngan exam final. bukan final year yer. final sem untuk sem nie. nak tunggu final nie seminggu gak la study week...eh..study ke nie..rasanya macam apa eh. study..study...cuma....

hehehehe..study tu memang la perlu kan. kalau tak cam ner nak jawab. tapi study apa sebenarnya nie. study soklan ke study jawapan. tu yang mushkil. macam nie la..study ikut suka hati la gamaknya kan senang. tak boleh la nak paksa-paksa kan kalau tak boleh. nanti jadi apa la lepas tu. study bagai nak rak, tapi tak der apa-apa. yang penting, paham apa yang korang baca...

jom kita pakat-pakat pi study..;D

beraksi dengan DON 2

wah..rasa memang dah beraksi kat dalam panggung. apa nyer tidak, sejak dari mula citer lagi dah ada aksi. memang teruja la kan. tak der maknanya nak feeling lebih-lebih. dah la ni first time kama pi tengok wayang film hindi. dah namanya peminat SRK la kan. mesti pi tengok la DON 2 nie. mula-mula terfikir la jugak betul ke ada kuar kat sinie. mamber cakap ada nampak banner kat sana. fikir punya fikir memang la ada kan, dah SRK berlakon kan melaka. keluar punyala kat sinie. kat wayang jusco nie satu-satunya yang keluarkan wayang DON 2. jadi masa kitorang pi tengok memang ramai la bangsa india. bilik wayang pun yang kecik jer. mungkin ingat tak laku sangat kot. kat mana-mana mesti ada peminat punya la. kat luar negara siap meletup lagi. tapi tak per, asalkan dapat tengok. puas!!! memang puas hati. rasa nak pi tengok lagi!!!

masa nak-nak akhir film nie, siap terperanjat lagi kat dalam wayang tu. mana tak nya, sound effect dia memang superb la. film DON 2 nie tak rugi kalau nak tonton.*bagi sesetengah pihak la kot* sesiapa yang baru nak pi tengok, percayalah, tak rugi duit anda. kama pergi nie mungkin sebab kama peminat setia SRK kan. nasib baik ada kekawan yang comel nie sudi temankan pi tengok sekali. kalau pi tengok sorang....sob3..sob3...

cepat-cepat siapa yang nak pi tengok...memang tak rugi. nanti asyik terngiang-giang jer watak SRK. DON 2 tak macam film hindi lain yang sarat ngan lagu-lagu. dalam film nie ada dua jer, tu pun tak melarat sangat. tak la bosan kalau tengok. boleh dikatakan ala-ala 'mission impossible' versi hindi yang tak possible la kan. dalam film nie, watak SRK memang memainkan jiwa. dia boleh jadikan watak 'bad boy turns to goodly' memang superb la. ha..satu lagi, dalam film nie korang dapat tengok muka-muka pelakon tempatan lagi. ada siap boleh bercakap hindi lagi. yang kama kenal la, adi putra ngan shukri hashim. yang lain ramai lagi cuma tak kenal nama jer.

asalnya ingatkan boleh tengok pukul 8 lebih. tapi dah main plak film dia. kitorang beli yang kol 11.10 mlm punya. nak tunggu sampai boleh tengok nie dapat plak pi window shopping..opsss...bukan..shopping..ada la skit-skit buat bekalan masa depan kan. daripada buat benda lain boleh gak survey barang-barang dulu kan.

sebelum kitorang pi melayan citer DON 2 nie, sempat lagi dok ber'posing' kat depan tu. adooiiii....bila lak kan nak ambik. lepas nie mesti dah tak der banner dia.
 bersama 'poo'....comel kan..;D
 sorang lagi peneman wayang, 'ana'...si muka cute..;))
 
adoyaiii...nie nak sangat bergambar ngan SRK...tak jumpa tuan, gambar pon jadi la..
 
hahahaha...yang nie pooja soh ambik macam muka SRK tu..macam tak jadik jer..
buat tergelak ada la...
sebelum masuk dalam bilik wayang, sempat lagi posing ngan poster DON2
thanks guys sebab sudi teman tengok sekali...sayaaaaannnggg la korang

p/s: balik jer terus 'tweet' SRK sal tengok film dia..kan tak pasal tu...

Monday, December 19, 2011

keinsafan diri...bantulah hambaMu

semalaman hidup penuh bergelumang dengan dosa
sentiasa kuat bisikan berkata
"tak per..tak per..kali ni jer"

Masya Allah
sedang diliputi dengan dosa-dosa
masih lagi ingatkan pada Yang Maha Esa
tak pernah hati ini tak terfikirkan kuasaNya

tapi
masih lagi tak tertahan
mahupun menahan
dari tak melakukan dosa-dosa

besarnya dosa itu
kecilnyer dosa itu
seringkali diulang berkali-kali

"ingatlah pada Allah
nescaya kamu takut untuk melakukan dosa"

tak boleh
tak boleh
hatiku masih mengingatkanNya
sentiasa mengingatiNya
tapi masih jua melakukan hal yang sama

macam mana nie
bagaimana nie
tak tahu nak buat
tak tahu macam mana nak berfikir

adakah ku takut padaMu
ye.....sememangnya aku sentiasa takut padaMu

tapi kenapa aku sentiasa juga melakukan hal yang sama
padahal aku dah berjanji pada diri
berjanji dengan Mu

Masya Allah
janji ku padaMu aku mungkiri
inikan pula janji pada diri

Ya Allah
masih juga aku menyebutMu
tatkala dosa yang sama diulang lagi
masih jua dikejari
masih jua diingati

Ya Allah
tabahkan hati ku
jagalah imanku
jagalah hidayahku

Ya Allah
janganlah Kau pesongkan hatiku
sesudah Kau memberi hidayahMy padaku

aku bermohon padaMu
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
bantulah hambaMu

Saturday, December 17, 2011

tersirat di hari jumaat


5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody’s rushing
Got to get down to the masjid
Got to say “Salam!” to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam’s on the minbar, talking about something like “Fiqh Az-Zakat”
They’re whispering, chatting from the crowd, don’t they know that it’s haram
I stand up, you stand up, prayer’s about to start “Qad, Qaamat es-Salaah”
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don’t step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It’s Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy

*indahnya di hari jumaat*
*penghulu di segala hari*




dare to grab the challenge

sejak akhir-akhir nie rajin jer badan nak pi jogging. mana taknya, berat badan dok macm tu jer. geram plak tengok. nasib baik ada fuza yang nak jogging *padahal kama yang teman dia* kadang-kadang ada gak kekawan lain yang join sekaki. semalam kitorang berdua jer. macam dating plak kan. dating sambil jogging. elokla tu. kitorang lalu kat kawasan bandar. maklumlah rumah kat pinggir bandar. jadi, nak ke tak nak rempuh jalan tu la jugak. senam plak atas jalan raya besar. kene lebih hati-hati la kan. pusing-pusing dalam satu jam la jugak. tiap-tiap hari dari pukul 6 petang sampai kol 7 malam.

rezeki semalam. sedang kitorang dating jogging yang terlebih jauh dari biasa, mana taknya dah nak sampai dataran pahlawan. terserempak plak ngan sorang uncle, ada cucu jiran dia sekali, jalan-jalan. kata dia nak pi bli tosse. mula-mula dia tanya kitorang ni masih belajar atau tak. lepas tu, tanya rumah kat mana. gerun jugak pada awalnya, tapi bila dah borak panjang, baru tau niat dia yang sebenar.

uncle nie ada sorang anak pompuan, dalam 10 tahun macam tu. anak dia hyper active skit. banyak blajar ngan sekolah private la kan. tapi, anak dia pandai. uncle nie ajar anak dia, matematik, sains ngn bahasa inggeris kat dia, boleh diterima, dan pandai plak tu belajar pada tahan atas daripada yang sepatutnya. tapi, masuk bab bahasa malaysia, anak dia lemah sangat. boleh baca, tapi tak paham apa sebenarnya maksud yang buku nak.

mula-mula uncle tu cakap omputeh ngan kitorang. kama ingat dia orang luar la kan, manalah tahi dari India, datang sini melancong. rupanya dia nak test kot kitorang boleh interaksi ke tak ngan anak dia. mereka semua cakap omputeh la. jadi uncle nak anak dia tahu bahasa malaysia. yela kan...nanti kalau anak dia belajar sejarah ngan georafi, beban kene tanggung banyak la nanti.

ayat yang uncle bagi kat kitorang memang power
"did you dare to take challenge to teach my daughter? since she was a hyper active"

berfikir sejenak kitorang. terfikir jugak kalau kitorang tak dapat handle dengan baik. uncle tu soh kitorang firm ngan anak dia. jangan terlalu friendly, nanti anak dia buat hal lain. jadi kitorang pi la popular beli buku untuk mengajar anak uncle nie. tak taula dapat ke tak sahut cabaran nie.

kami cabar diri sendiri...kalau tak cuba tak tau kan dapat ke tak.
InsyaAllah, cuba sebaik mungkin.
chayok..chayok..;))

Friday, December 16, 2011

first try on animation

main hentam keromo jer buat
cubaan pertama yang boleh dikatakan 'bolehh laa kot'
lepas nie bleh buat lagi..;))

Wednesday, December 14, 2011

Di Bawah Lindungan Ka'bah

sungguh halus penulisannya. menyentuh hati tapi sangat bermakna.
nukilan rasa dari Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA.

filem ini baik ditonton oleh anak-anak muda pada masa kini untuk mengenali apakah itu cinta yang sebenarnya. cinta yang paling suci adalah kerana Allah semata-mata. jika diizinkan olehNya kita bersama si dia, InsyaAllah akan berpanjangan jodoh bersama. titipkan rasa cinta hanya ke jalan yang diredhai olehNya. kenalilah Dia sebelum kenali 'si dia' agar dapat keredhaan daripadaNya.

sesungguhnya, pilihlah jalan ke arahNya. ingatlah kita tak pernah keseorangan. jika tiada sesiapa yang ada di sisi selain daripadaNya, ingatlah Allah sentiasa ada di sisi. tidak akan sesekali meninggalkan kita, tetapi kita yang sering meninggalkanNya.

jika mengalir air mata ketika melihat filem ini, percayalah bahawa kita amat menyayangiNya dan cinta yang mengalir dalam diri kita ini adalah datangnya daripadaNya. tak salah untuk kita mengalirkan air mata kerana makna yang tersirat daripada filem ini adalah lebih besar daripada jatuhnya air mata di pipi.

sayangilah..ingatlah...janganlah lupa...sentiasa beribadat kepada Allah s.w.t.

Monday, December 12, 2011

transformasi ke arah kebaikan

kenape tetiba citer pasal transformasi nie. yang nie nak citer yang mula-mula skali. hujung minggu lepas dah tak kerja kan. jadi ambik la peluang pergi kem yang ada kat mana-mana pon main hentam jer. terjumpa plak kem nie. namanya 'kem nadi', buat kat sungkai, perak. sebenarnya kem nie lebih sasarkan kepada warga FELDA atau lebih dikenali PERSADA. tapi tak per la kan. dapat gak timba ilmu. bak kata diorang. kami ni 'sahabat FELDA'. bolehla daripada tak der nama kan.

best sangat pergi kem kat sana. mula-mula memang la rasa geram skit. adat kem. memangla tegas skit. bila dah dekat balik semua dah jadi sayang nak tinggal. rasa nak pi sekali lagi *oppss..betol le nak pi lagi* sekali cukupla kan. kita pergi kat kem lain plak. dapat belajar benda-benda baru yang lain. tak der la statik jer ngan satu benda.

kiranya seimbang la jugak aturcara kat sana. indoor dengan outdoor semuanya best. makanan pon boleh tahan. yang best plak kat sana dalam kebun. memang banyak buah la kan. bebudak nie semua pi tibai durian sebelum balik. nak makan satu hal sebab berbau kan, nak bukak tu plak yang lambat. adooiii...bukan main susah lagi nak makan. tak per, nak sesuatu perlu lalui dengan susah dulu kan.

malaslah nak menceloteh panjang-panjang. badan sakit-sakit tak hilang lagi. pi kampus tadi pon rembat ubat kat klinik dulu...
kenangan bersama
 tak lupa pada 'pak din', juruletih kat sana
 nak makan durian bukan main susah nak bukak
 yum..yum..makan tak ingat orang belakang 
makan jangan tak makan

Sunday, December 4, 2011

dapat ke tak nie???

pepagi lagi dah bangun. padahal semalam tak tidur pun. buat assingment? yer la tu.... buat kerja gak la. kerje edit gambar-gambar dalam blog. tak pasal kan tak tidur. nak buat macam mana. dah syok sangat edit sampai tak ingat masa. tengok jer dah jam 6 pagi lebih. lepas subuh terus jer tidur. aduhaiii..ingatkan boleh tidur la sampai petang skit. tak boleh kama!!! settle kan LI dulu. masa dah suntuk dah nie!!!

dari pagi dok tengok senarai LI yang ada kat kelantan tu. bukan tak nak kat melaka. merajuk ke? tak la. takder rezeki. dah banyak hantar resume, tapi takder balasan pon lagi. baik cuba kat negeri sendiri. manalah tau rezeki lagi dekat. telepon punye telepon, entah berapa tempat dah. dalam banyak-banyak tu, ada dua tiga jer sangkut. yang tu pun kene fax, kene email. lambat lagi la nak fax. esok baru boleh kat kampus.

teringat yang kama dah hantar resume tempoh hari. telepon balik la kan. ingat pesanan lect soh follow up dengan apa yang dah hantar. sebenarnya dari pagi dah follow up, angkat jer tak. dah give up kejap tadi. tapi fikir balik, tak per kama. dugaan. sabar banyak-banyak

alhamdulillah...dapat pun sambungan. tanya la kat tempat LI tu. macam mana dengan resume yang kama hantar tempoh hari. yer la kan. dah lama hantar. terima ke tak. tapi, dia cakap dah hantar jawapan. terima pon dah. kama tanya la hantar kat mana. dia cakap hantar kat umah alamat kelantan satu, kat dekan fakulti satu. tapi, hari tu pergi tengok tak der pon.

owkey...kalau dia balas kira dah ada balasan la kan. masalah skang nie, balasan tu terima ke tak sebenarnya. nak sangat kat sana. dah la dekat kat negeri sendiri, dekat jugak ngan rumah. kan senang nak pergi kerja tu. ummi pun cakap soh doa banyak-banyak supaya dapat kat sana.

terima kasih ummi. semalam adik telepon cerita masalah LI nie, ummi bagi semangat supaya usaha lagi kat tempat tu. doa banyak-banyak, soh sembahyang hajat supaya dapat diterima kat sana. kak long pon soh hantar kat semua tempat. InsyaAllah..kalau ada rezeki. dapatlah LI kat sana. kita nantikan jawapan kejap lagi..=))

Saturday, December 3, 2011

Sang Pencerah

sebuah cerita yang patut dikongsi dengan semua masayarakat. ia menggambarkan bagaimana seorang pemuda berusaha memperbaharui pemikiran orang kampung supaya dapat menerima ajaran Islam yang sebenarnya. bukan mudah untuk beliau mengambil langkah.

cerita nie wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat, khususnya pemuda-pemudi pada hari ini. masing-masing masih lagi gelap dalam perjalanan sendiri. tertanya apakah maksud agama itu sendiri. sang pencerah banyak mengajarkan tentang apa itu agama dan mengapa kita perlu adanya pegangan agama ini.

sedih, marah, geram, gembira. semuanya bercampur gaul dalam cerita nie. apa yang disampaikan ada yang membuat kita geram, rasa marah sedikit. tapi percayalah, jika melihatnya dengan sabar akan ada hikmah disebaliknya.

sang pencerah bukan sekadar cerita biasa, tapi ianya sebuah cerita yang mengenalkan kita tentang agama. bukan sekadar agama itu perhiasan semata-mata, tetapi untuk difahami dan digunakan agama itu dengan sebaiknya. agama itu indah, tenang, nyaman jika difahami dengan baik. tapi, ia akan bertukar perit, kusut, membebankan jika ianya tak difahami dengan sebaiknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...