Monday, October 31, 2011

segmen kenali diriku by acuteyha : 10 orang yang sangat disayangi (2)

dah masok hari kedua nie kama masok segmen acu...tetiba lak tajuk kali nie sentap kejap "sentap mak tau". bukan tak tahu siapa yang paling kama sayang. tapi dah sampai 10 nie, memang kene fikir sejenak la sikit kot. yang mula-mula memang la famili la kan. yang selebihnya tu tak tau nak cakap apa nie. nak tulis karang takut tak muat. tak tulis karang ada yang cakap kama tak sayang..haish..susahla acu. kesian tau kama nak fikir nie...tak per lah. jom kita fikir pelahan-lahan.
1) UMMI
yang lain tak bukan la kan. orang yang mengandungkan kama dan melahirkan di muka bumi ini. kalau tak der ummi, mungkin tak boleh kama nak post kat blog nie ha.

teringat pesanan ummi kat kama yang memang tak boleh lupa sampai akhir hayat.

"ummi nak pesan satu jer kat adik. walau apa pun adik buat, kemana pun adik pergi...SOLAT jangan tinggal...ummi tak REDHA kalau adik tinggal walau satu waktu. kalau dah ummi tak REDHA dari awal lagi, ALLAH lagi la tak REDHA"
boleh buat mata bersinar kalau ingat balik

2) ABAH
orang yang kedua dalam hidup kan. mesti ayah kita. tak der abah..tak der la kama boleh berada macam sekarang nie. walau segarang mana pun abah, dia tetap abah kandung tau. biasala kalau abah marah kan. mengusik jiwa tu dah lumrah hidup. kita sebagai anak memang kene hormat. itu yang paling penting.

3) KAK LONG
orang yang paling rapat kama rasa dalam hidup tak lain tak bukan kakak kandung kama sendiri. dari kecik lagi kitorang dah macam nie. mungkin sebab adik beradik kama tak ramai kot. tu la pasal rapat semacam jer kan. apa-apa yang kama rasa nak citer, kat dialah kama cakap. kak long pun macam tu, apa-apa yang dia nak luahkan, kak long mesti masej kama.

4) ABANG
satu-satunya abang kandung yang kama ada. tak der abang sunyilah rasa nie ha. kalau nak kuar pun dengan abang la. nak pi mana ajak abang kan senang. lagi cepat kalau ajak pergi ke tempat yang meyejukkan hati, ke arah kebaikan.

5) ATUK & NENEK
tetiba rindu jer kat atuk kama. rasa-rasa dah nak masuk tiga tahun atuk pergi. kalau dulu pergi umah atuk selalu dok atas riba dia. padahal dah besar panjang pon. sekarang nie tinggal nenek sorang jer. dia pon asyik sakit-sakit jer. dah berusia la kan. banyak yang datang tanpa diundang.

6) KELUARGA KEMBANGAN
dah namanya orang yang kita sayang. mestilah keluarga dulu kan. banyak nie kalau nak kene citer. tak per la..kama bagi tau skit-skit jer. 
semualah kama sayang...ibu saudara, ayah saudara, sepupu, sedara, yang jauh yang dekat tak terkiralah katakan.

7) PARA PENGAJAR
yang nie memang tak boleh lupa tau. tak der diorang nie, manalah kita dapat buat apa yang kita dok buat sekarang nie.
*nie mesti terpikir tengah buat apa kan*
*tengah baca post kama la* 
maknanya dia ajar kita membaca. guru tak semestinya perlu ada sijil kelayakan untuk mengajar. orang yang ajar kita pegang sudu pun dak dikira guru jugak.

8) KENGKAWAN SEMUA
tak larat nak tulis semua nie tau. ramai sangat kawan dalam hidup kama. sejak dari sekolah rendah, masuk menengah, pergi plak matrik, join u. semua kama sayang sangat. kalau nak tulis semua tak habis satu post nie. ada yang berganda plak karang.

9) BAKAL SUAMI....
adoooiiii..mesti pelik kan kenapalah kama tulis bakal suami. yer la dah namanya bakal, kene letak kat bawah-bawah skit. sebab tak tahu lagi saper nie ha. yang penting sayang la kan kat dia. kalau tak sayang macam mana la nak kawen nie karang. atoooiiii..melalut skit kat sinie

10) yang paling tak lupa walau last tapi melekat dalam hati...BLOGGER
kama sayang sangat dengan korang semua. masa-masa bosan kama suka bukak blog-blog baru atau lama nie. ada yang sedey..ada gak tetiba ketawa sorang-sorang. memang syok la. hari kama memang ceria dengan blog korang semua.

p/s: betul-betul pening nak pikir saper yang sayang nie..=))

Sunday, October 30, 2011

segmen kenali diriku by acuteyha : 10 perkara 10 hari (1)

.: 10 perkara yang tak boleh di lupa waktu zaman sekolah :.

-zaman sekolah asyik tukar sekolah jer-
dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah...
tak pernah dok satu sekolah sampai habis

-masa sekolah rendah suka sangat tarik telinga budak laki-
ada gak siap ngadu kat mak dia..padan ngan muka aku

-ada budak laki siap panggil aku kakak sebab abang dia minat-
siap korek rahsia, citer pasal abang dia lagi...atttoooiii..cinta budak tol la

-pi sekolah pagi tak siap kerje yang cikgu bagi-
pi sekolah kene lah denda berdiri kat luar
pehhh..malu betol cikgu ngan budak lain yang lalu kat depan kelas

-kene gantung jawatan ketua pengawas pustaka sebab panjat pagar sekolah-
kantoi sebab ada cikgu yang nampak
-kene rotan ngan cikgu displin beramai-ramai sebab pergi lambat-
adoooiiiii..sakit lol..berbirat betis nie ha

-masa kat asrama ramai budak kene histeria-
takot betol tengok keadaan masa tu..seriau

-masuk pertandingan kawad kaki-
tobat dah tak moh masok lagi...penat nak nangis
tengah-tengah malam ada lagi latihan...nak tidor pon tak leh

-best masa sekolah menengah dulu dalam kelas semua budak pompuan-
nak buat apa semua memang tak der hal..tak la malu sangat

-teringat masa ngan kekawan-
bahagianya masa tu
rasa nak putar jer balik masa sekolah...borak-borak

Wednesday, October 26, 2011

sabar kama sabar (-_-)

 
sabarlah wahai hati
sabarlah wahai kamaliah
sabar yer hati kamaliah
sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar

Allah sedang menguji keimanan mu sayang
sabarlah hati
ingatlah Allah selalu
senyumlah selalu walau hati pedih
sabarlah
sabarlah

sabar hatiku sayang
sabar hatiku kasih
sabar hatiku
sabar hati kama

Thursday, October 20, 2011

air mata jatuh ke pipi

kesedihan melampau pagi nie. bangun jer dari tidur terus bukak citer hindi. aduyaiiii, mula-mula memang la ada adegan yang touching skit tapi tak der la sampai nak menangis kan. bila dah nak sampai kat penghujung dah mula adegan yang buat aku melebih plak kat sinie. ape lagi...bercucuran air mata keperempuanan aku nie. tergelak habis budak nie tengok aku menangis. baru semalam sound orang, buat ganas-ganas tapi bila dah tengok citer hindi nie boleh plak aku menangis. sabar yer diri. ingatkan lepas habis citer dah berenti air mata nie. nak sambung balik rupanya. tahan kama..tahan bebanyak

nie yang nak recommend kat korang soh tengok. mungkin ada yang dah tengok kan. nangis tak? tak...tak per. tengok sekali lagi. rasanya kalau tengok sekali lagi nie nangis lagi kot.

selamat menonton yer..=))

Friday, October 14, 2011

Ya Allah ... aku rindu

Ya Allah
tetiba dalam malam yang redup nie
aku teringat kisah-kisah lama
kisah yang banyak mengajar aku tentang kehidupan

Ya Allah
tetiba aku rindu pada masa lampau
masa yang buat aku bahagia
masa bersama keluarga
masa bersama teman rapat
masa bersuka ria

Ya Allah
aku sedih teringat dulu-dulu
apa yang telah aku buat dulu
adakah menjadi pengajaran buat diri
adakah menjadi pedoman buat diri

Ya Allah
aku rindukan seseorang
aku rindukan suasana itu
aku rindukan perasaan itu
aku rindukan keheningan itu

Ya Allah
jika ada pertemuan
biarlah keranaMu
jika ada kerinduan
biarlah keranaMu
jika ada peringatan
biarlah keranaMu

Ya Allah
aku tahu susun atur Mu
adalah yang paling terbaik buat diriku
apa yang terjadi disekelilingku
semuanya untuk memantapkan imanku

Ya Allah
aku amat rindukanMu
walau sering aku berjumpaMu
aku tidak meluahkan perasaanku dengan baik
aku tidak mendalami cintaku padaMU

Ya Allah
tenangkanlah jiwaku ini
berilah hidayah dan pedoman padaku
berilah ketenangan jiwa padaku

Ya Allah
jika dia adalah temanku
temukanlah secara halal
jika dia adalah jodohku
temukanlah dalam cara IslamMu

Ya Allah
aku berserah segalanya kepadaMu

Monday, October 10, 2011

penat oh ke tidak

 nak kata penat tak der la penat sangat. nak kata biasa rasa gak la lenguh sikit. tapi yang paling best dapat jumpa dengan kekawan baru. dapat kenal banyak ragam manusia kat sana. korang patut cuba apa yang aku sedang rasa nie. pengalaman akan banyak mengajar tentang apa erti hidup nie. ececeh...siap berfalsafah kat sinie plak.

tapi yang best bila dapat tips wooo... hari nie dapat dua customer yang bagi tips. yang paling best hari nie dapat customer dari french. nasib baik diorang mesra alam gitu. ramai gak la yang datang. lebih kurang lima belas orang jugak la. nasib baik aku ambik order yang kat meja sikit orang jer. tak der la melilau sangat hati nie.
 sebelum diorang balik, yang pak cik french nie siap bagi tips dua hinggit lagi kat aku. kata dia:
"thanks for guiding me"
bila plak aku guide dia nie? aku pon tak paham. setahu aku, just 'guide' dia nak makan aper jer. tak per la kot sebab dapat tips. amboii... nak yang tu jer. tapi, banyak gak la foreigner yang datang hari nie. dari singapore, kazakhstan, french, macm-macam la. nak kata memang banyak lah.

masa si french ambik order tak per la aku paham nak cakap ngan dia, masa si khazakhstan yang bengang skit nie. dia tak pandai nak cakap inggeris bebanyak. pening aku nak ambik order untuk dia. siap sembunyikan muka lagi dari dia. tiap kali nampak muka aku nie, mesti mintak makanan dia. tak sabor betol la dia nie. adooiii..penat nak melayan semua nie...

esok kerja lagi. rushing skit la kot sebab kelas habis kol lima, masok kerja kol enam. kepenatan terlampau la gamaknya nie...
C(:

Thursday, October 6, 2011

The Mentalist Season 4

wahhh..seronok tak terkata rasanya nie. apalagi kalau bukan drama favorite musim baru dah main. tak lain dan tak bukan la kan. apa lagi kalau tak THE MENTALIST. dah lama menunggu bila agaknya nak kuarkan musim baru. alhamdulillah, sampai sekarang dah dua episode dah tengok nie. tapi yang tak syoknyer kene tunggu download la kan. manalah ada kat malaysia citer nie kat tv. kalau ada pon terlambat beberapa musim. hari tu yang main kat tv pon belum masuk musim 3 lagi. sekarang dah masuk musim 4 dah pon. bila la agaknya nak siar kat tv. tak per la..aper-pon dah siap download buat saat nie.

musim baru nie syok lagi sebab kalau sesaper yang dah tengok episod akhir musim 3 tentu berdebar kan apa agaknya yang akan Jane dapat lepas nie. tak per la nak citer skit kat sinie.

dah tentulah Jane kene masuk penjara la kan. kata dia tembak orang, sudah tentulah jel akan jadi rumah dia. tapi, korang jangan bimbang sebab kejap jer Jane masuk. yang geram skit nie, team Lisbon kene berpecah. Jane la yang jadi penyelamat team Lisbon nie. haish3..macam mana dia nak buat. kata Jane masok lokap. alahai...lepas Jane keluar lokap la. Jane dapat keluar sebab juri kat mahkamah berpihak pada Jane yang dia buat semua nie sebab nak balas dendam kat Red Jon sebab bunuh famili dia. yang sebenarnya dia tembak tu bukan Red Jon. ha..mesti lagi geram kan.

Red Jon masih lagi kat luar tu ha....Jane nak buat macam-macam untuk tangkap Red Jon. so, tunggu lah apa yang akan berlaku lepas nie...c(:

suka tengok Jane masa kat lokap...encem..c(:

Sunday, October 2, 2011

salah siapa

penat tak payah nah habaq la kan. badan nie sakit-sakit dah semua. kaki pon tak boleh nak berpijak di bumi yang rata dah nie. nak bongkok pon salah, nak straight pon tak kene. haishhh...apa nak kene buat nie. tak paham betol ler.

nie semua luahan hati pekerja. kerje apa yang tak penat kan. kalau ada la kat dalam dunia nie, semua berebut nak kerje macam tu.tapi, tak boleh nak cerita la kan penat tu macam mana.

masa tengah kerje tadi, adalah sorang mak cik nie tanya mana bilik air. aku cakap la kat sini tak der bilik air. dah memang tak der la kan. takkan nak cakap ada plak. kan tak pasal-pasal tercari-cari customer tu satu hari. lepas tu, aku cakap lagi kalau nak ke bilik air, mak cik boleh keluar pergi kat stesen minyak kat sebelah tu. kat sini memang tak der.

lepas tu, boleh pulak dia cakap yang manager kat tempat aku kerje nie kene sekolahkan balik. kata dia lagi, ada ke patut yang kat kedai nie tak der bilik air. alahai mak cik, kami yang pekerja pon tak der bilik air nak guna. kalau nak guna kene pi kat sebelah jugak.

sebenarnya, siapa yang salah kat sinie? manager yang diberi jawatan untuk uruskan kedai ke? atau orang yang renovate kedai tu?

bagi aku la kan, yang kene sekolahkan tu sebenarnya orang yang buat kedai tu. ataupun orang yang buat plan untuk kedai nie. ada betulnya kata-kata mak cik tu, sepatutnya ada tandas la kan. senang skit pekerja dengan customer nak guna.

banyak jugak la customer yang datang tanya mana bilik air. sampai letih dah nie nak menjawabnya. rasa nak letak sepanduk jer kat depan.

"DI SINI TIADA BILIK AIR. JIKA HENDAK GUNAKAN BILIK AIR SILA KE STESEN MINYAK DI SEBELAH. HARAP MAKLUM"

ha...kan senanag tu. tak la asyik tanya bende yang sama jer kat kitorang nie.
adoiiii..letih plak badan nie. satu hari keje campur ngan OT plak kan. kalau tidor lepas nie tak terbangun plak kan.
~ gud nite ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...