Thursday, September 29, 2011

kepenatan hari pertama

penat...letih...lenguh...semuanya bercampur
badan sakit-sakit..adoooiiii
tapi...semuanya berbaloi
apa dia nie?
opppsss...lupa plak nak habaq
hari pertama ku bekerja la...
tak pernah kan sebelum nie kerja
mesti macam-macam yang rasa kan
maklumlah semuanya kali pertama

kat mana yer bekerja nie?
kedai makan
shopping complex
kedai buku

ada yang tepat
tapi kurang tepat
yup
betul
kedai makan

tapi...
bukan kedai makan biasa tau
'kedai makan' yang lain

okeylah..
pizza hut
best nak citer
hari-hari dapat makan pizza
dah la sorang satu
tak terhabis dah rasa nak makan nie
kalau la sebulan macam nie
muak jugak tengkuk nia ha

ingat nyer besok kalau pi kerje lagi
nak soh managee tu bagi satu jer
boleh aku kongsi ngan mamber yang lain
tak la rasa mual kan

aper-pon
keep up good work kamaliah
you can do it
bertahan lelama bekerja kat pizza hut

semuanya fun
manager baik
co-worker pon sporting
bak kata semua fun la
walau kaki nie lenguh dok berdiri lelama
boleh tahan lagi
nanti datang la ke pizza hut..=))

Saturday, September 24, 2011

i really feel down

Ya Allah...kuatkan hati hambaMu ini dengan ujian yang sedang aku tempuhi
ujian yang Kau berikan ini dah tak mampu lagi aku menanggungnya
walau dah berulang kali ia mendatang
aku tetap lemah nak tempuhi semuanya

kenapa aku diberi ujian yang sama?
kenapa aku diberika laluan yang sama?
kenapa hati aku resah dalam keadaan yang sama?
kenapa aku tak dapat nak menahanyya?
kenapa? mengapa? apa yang berlaku sebenarnya?

Ya Allah...mungkin aku yang sering melakukan kesilapan yang sama
sering mengulanginya walau Kau memberikanku 'amaran' Mu

Ya Allah...bagaimana aku nak menghindari semua ini
kesilapan yang sering berulang
telah menjadi darah dagingku
perit untukku mengubahnya
payah untuk menukarkannya

Ya Allah...bantulah aku
Ya Allah..bantulah hambaMu
Ya Allah..maafkanlah aku
Ya Allah...maafkanlah hambaMu ini

Monday, September 5, 2011

jom masak kek coklat kukus

raya tahun nie tetiba jer ase nak buat kek sendiri. jadi aq ngan kak long pi la bli barang nak buat kek coklat katanya. alahai, bayangan tak seindah rupa. yang buat mula-mula kek coklat yang dibakar. skang nie nak try plak yang dikukus. bagi pandangan aku la kan, lagi best yang dikukus nie. lagi ler senang. tak yang nak adjust degree aper pon. cuma tengok masa jer. sebelum tu jom kita tengok resepi dulu.


Kek Coklat Kukus


Bahan A: diayakkan
- 1 3/4 cawan tepung gandum@bluekey
- 3/4 cakan serbuk koko
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- secubit garam


Bahan B: diputarkan
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan air panas
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila


Cara-cara Membuat:
- ayakkan semua bahan A dan ketepikan
- pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan secubit garam
- masukkan bahan A tadi
- masukkan susu, air panas dan kacau
- masukkan minyak masak, esen vanila dan kacau sehingga sebati
- masukkan bahan tadi ke dalam bekas dan dibiarkan sekejap
- kemudian kukus di atas api yang sederhana selama 45 minit - 1 jam


dah selesai i jam lebih tunggu *bergantung pada kek...cara untuk ketahui sama ada dah masak atau belum, cucukkan garpu ke dalam kek tadi. kalau masih melekat pada kek belum boleh dimatikan api lagi. tapi kalau dah terlalu lama kukus, baik angkat sebab kek nie memang lembab skit*

~ sebelum ~
 ~ selepas ~
~ selamat mencuba yer ~
kalau dah jadi tu boleh ler ajak makan sekali...=))

p/s: kredit to cik wawa sebab bagi resepi nie. resepi sendiri nampaknya kurang menjadi. thanks ya..;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...