Sunday, July 31, 2011

alhamdulillah..dapat jumpa idola

alhamdulillah..seperti yang dirancang sebelumnya. dapat gak menjejakkan kaki di balai islam, lundang bagi satu forum ceramah selebriti. walau pun sampai agak sedikit lambat, tapi input yang berguna masih dapat diambil buat iktibar bagi diri sendiri. walau pada mulanya hanya ingin bertemu idola semata-mata tak salah kan kalau kita ikuti terus subjek forum yang dibincangkan.
panel jemputan yang hebat dan berkarisma
berada jauh dibelakang gara-gara lambat
 
 ketika melihat panel-panel berada di barisan hadapan nie...terasaamat kerdil tatkala mendengar syarahat yang diberikan. sememangnya imput yang dapat di sana tak dapat dibandingkan dengan apa-apa pun. tak rugi berada di sana untuk memberikan sokongan.

teringat dengan celetah wardina. dengan soalan yang 'merentap' cukup membuatkannya berfikir sejenak untuk menjawab soalan tersebut bagi tidak menyinggung mana-mana pihak. akhirnya hanya sepatah kata yang membuatkan kita sebagai penonton yang berfikir bagi jawapan beliau
apa yang telah terjadi padanya, beliau menganggap sebagai ujian dan beliau bermuhasabah diri untuk menjadi diri yang lebih baik...InsyaAllah
selain itu, dewan sedikit bergema dengan celoteh kata darai DR MAZA teringat gurau sendanya tentang aurat suara wanita. 
takkan orang luar datang memberi salam dan bertanya tentang si suami, si isteri menyambut dengan gaya tangan. bukan dengan kata-kata.
riuhan dari semua penonton membuatkan satu dewan menjadi hangat. walaupun berada di barisan paling belakang *disebabkan kelewatan sendiri*  tapi bahangnya celoteh para panel tetap menarik hati

sebelum balik sempat lagi bergambar dengan idola ... =)) 

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
terima kasih sekali lagi buat input yang berguna...;)
 pada akhir ceramah 'Bicara Selebriti' semua panel membuat persembahan. tapi sayang disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan wardina tidak dapat tonjolkan bakat beliau.

alunan gitar dari Sham Kamikaze membuatkan hati sedikit tersentuh. boleh membuatkan gugurnya air mata di pipi.

akhir sekali, puisi yang dibacakan oleh DR MAZA diiringi alunan gitar dari Sham Kamikaze

puisi ini diambil dari drmaza.com

Monday, July 25, 2011

gaduh dengan lembu..haish

geram sungguh ngan lembu....memang geram..ggrrrrr
ader ke patot masa nak pi ambik durian kat kebun, tercegat jer lembu kat tengah jalan. hangiin betul tau
adoooiiii....ape la ngan diri nie. gaduh ngan lembu? buang tabiat ker apa
dah nama nyer lembu...memang tak leh pikir ler

nak tergelak pon ada gak nie. geram tu memag la geram gak
pepagi lagi dah kene pi kutip durian kat kebun. sorang-sorang lak tu. dengan muka bangun tidur nyer. tak kira dah apa. terus pi start kete. blah pi kebun. yang naik geram nyer, masa kat tengah jalan nak pi kebun, ada tiga ekor lembu kat tengah jalan. yang mak dia dok kat bawah. anak plak kat tengah jalan tercegat kat situ. yang satu lagi tak per la kat tepi.
yang nak naik hangin nyer bukan apa...dah baper kali dah hon nie. anak buat tak tau jer. siap mengerling kat kete agi. cuak gak la skit nie

yang paling cuak nyer, si mak siap bangun nak pi tolong anak dia. masa tu..haish3..Allah jer tahu. gerun rasa sorang-sorang lam kete. siap pi mati enjin lagi. takot-takot pi tanduk kete, terbalik sorang karang dalam tu. si mak siap tengok dengan renungan tajam lagi. 

adoooiiii...cuak terlebih la jadik nyer.
lama gak dok tunggu lembu-lembu pi jalan. tak jugak dia jalan. last-last, start balik kete, terus jer jalan. masa lalu kat sebelah lembu, siap tekan minyak kuat lagi. takott beb...takott...

hey lembu...nanti kalau pi kat kebun lagi jangan la dok kat tengah jalan lagi..mau nyer nangis sorang-sorang dala kete karang..=((

Monday, July 18, 2011

yess...dapat pakai henna

tetiba jer rasa terdetik nak pakai henna malam nie. teringat plak yang kat umah nie ada henna kalau tak silap. yang nie pon ada yang bagi balik hadiah dari makah. apa lagi kan...membuak la rasa keingininan nie. nak buat henna macam dulu ke? alahai...tak der feel la nak buat kalau buat cam dulu-dulu.

kama memang penggemar henna..opsss silap..penggila henna. kalau boleh tak nak biar henna tak der kat tangan. nak biar ada corak jer kat tangan nie. nak soh orang buatkan, kata tak pandai. kama pon tak pandai gak. main bedal jer. asal jadi. dulu-dulu masa belajar kat matrik, selalu gak buat henna kat tapak tangan. sampai ada lecturer tegur yang kama pakai henna. bukan tak nak dengar teguran tu. tapi, dah suka sangat. nak buat macam mana. niat di hati bukan nak buat tatu ke apa. buat macam henna la kan. dah pon nama pakai henna.

kata orang lagi, kalau selalu merah kat tangan. tak beseri la nanti kalau kahwin. mmmm...yer ke? tak per la. tak berseri pon tak per. sama jer kot. asal hati bahagia. tak ke gitu? walau kama suka sangat pakai henna, tapi kama tak berapa gemar pakai inai kat kuku. tak suka tengok merah kat kuku. nampak kotor jer kat jari. *itu pendapat masing-masing, kalau ada yang suka terpulang la* 

nak buat henna biar nampak cantik mesti kene ada corak bagai kan. masalahnyer, kama mana la kreatif dalam bab melukis nie. fail terang-terang. jadi macam mana nak buat henna kat tangan nie. takkan nak letak gambar rumput kot. tak pon gambar cendawan. tapi, menarik gak tu letak gambar. nanti lain kali boleh buat lagi.

untuk dapatkan feel yang baik punya, kama tepon la pak cik ngn mak cik google nie. try tanya skit kot-kot la diorang ada cadangan nak bagi. macam biasa, pak google tak pernah nak hampakan harapan sesiapa. so, kama dapatlah skit-skit ilmu nak buat henna kat tangan.
amacam? cantik tak. daripada gambar smua nie la kama dapat buat kat tangan. biar tak seberapa pon, asalkan dapat buat. korang patut cuba gak nie. buat suka-suka.

ta da
...
...
...
hasil yang tak seberapa tapi puas hati gak sebab dapat buat dengan hasil sendiri. sampaikan nak makan guna tangan sebelah kanan jer ambik pinggan. sayang kalau terconteng. letih nak buat. rasa tak best ada gak skit sebab sempat buat sebelah jer. kalau kama nie kidal agak-agaknya dapat buat dua belah sekali. *kene bersyukurlah kama oiii*

p/s: siap tulis nama sendiri lagi kat tangan ingat tertukar tangan ke cik kama oiiii

Friday, July 15, 2011

nak lepak tapi tak tau jalan

wah...memang penat skit hari nie. macam mana tak penatnya. keluar rumah tengah hari, balik pulak dah petang. tak tidur satu hari memang rasa letih skit. hehehehe..kantoi plak asyik tidur jer kat umah. dah tak der kerjer nak buat. makan tidur jer la. tak pun main tenet kejap. amende kejapnya kamaliah. awak tu kalau dah main tenet, tak makn tidur pon tak per. owh. owkey..saya mengaku la.

dah..dah..dah..bukan nak cakap pasal makna tidur kat sinie yer. samapi kt kb mall lepak jap ngan bebudak nie. sembang skit lama sangat tak jumpa. padahal ada gak yang pi BBQ kat melawi tempoh hari. sebelum tu nak perkenalkan mamber yang pi tadi. 

kitorang sembilan semuanya termasuk diri nie..
nuyu
aishah
paddy
wawa
che tin
syuk
linda
nadi
mula-mula sampai kat kb mall, bincang nak pergi mana lepas nie. cadangan yang bernas..kitorang pi pusing satu kb mall dulu. ala..window shopping jer. ingat nak survey gak untuk raya nie. mana lah tau kot-kot ada yang berkenan. boleh la beli. awal lagi? amende awalnya. kalau pergi time raya, almaklumlah. kalau tak habis, tentu penuh sesak dengan orang ramai. tak daya den nak poi terjah kat orang ramai eh.
dah puas kitorang round satu kb mall tu......so kitorang decide pi kt mcd. makan kat situ jer la. tu pon lepas orang sembahyang jumaat. almaklumlah...kat sinie, waktu sembahyang jummat, semua kedai wajib tutup. bergelak ketawa kat mcd. riuh benor dengan suara bebudak nie semua. tak terlayan. . lama sangat tak jumpa kot. sebab tu suara terus kuat. 
dah kenyang nie, solat jangan lupa. tapi nak pi mana lepas nie? apa lagi PCB la masa kat tengah jalan nak pi PCB, kitorang benti jap kat tengah jalan nak menghadap Ilahi. opss..tepi jalan yer. takut la kat tengah jalan. takut dilanggar dek lori karang.

tadi dah makan kat mcd. skang makan lagi ke? tak syok la kalau pi pantai tak makan walau pun skit kan. ala...makan seafood jer. kongsi ngan semua. campur dengan air kelapa + aiskrim  

lepas dah puah habiskan makanan segala bagai tu. apa lagi kan..ambik gambar tepi pantai la. adooiiii...hujan la pulak aih. kat sinie kalau petang jer mesti hujan skang. dak-dak nie semua apa kira. redah jer. gambar tetap nombor satu. siap ber'posing-posing' lagi.
yang penting semua enjoy kat sana. nanti kita pi lagi na...kerjer nak pusing-pusing jer. padahal jalan nak pi mana pun tak tau. credit to aisyah, che tin, dan wawa. thanks sebab bagi tau jalan balik. kalau tak berkampung la kat tengah jalan tu ha.

p/s: kalau tak tau jalan..dok rumah jer lebih baik yer cik kamaliah
< love you all....=)) >

Thursday, July 14, 2011

Very Meaningful Quotations

“The dream I chased, took me on a journey. A journey more rewarding then the goals, the achievements. When I look back it’s like facing a million mirrors. Each reflection opens a window. A window to the world I’ve just discovered. The world I want to share with all of you ” - SRK

"you never win the silver, you only lose the gold" - SRK

"If you don't like something don't do it, and if you're doing something then you better like it. It is as simple as that." - SRK

"It is not special to be special, it's special to be ordinary" - SRK

"walk with hope in your heart and you will never walk alone" - SRK

"If you can't be proud of what you do, go and sell shoes. Do something else" - Simon Baker

"A good friend can tell you what is the matter with you in a minute. He may not seem such a good friend after telling" - Arthur Brisbane, "The Book of Today"

“Don’t ask what the world needs. Ask what makes you come alive, and go do it. Because what the world needs is people who have come alive.” -  Howard Thurman quotes (American Theologian, Clergyman and Activist. 1900-1981)

"A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow." - William Shakespeare

"Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world." - Albert Einstein

"There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle." - Albert Einstein

"Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow." - Albert Einstein

"Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything." - Muhammad Ali

Monday, July 11, 2011

saya jelous dengan chef wan

wah..ayat macm aper lak kan. poyo skit nak buat citer. adooiii...saya jelous dengan chef wan? apahla lak nie. tak pasal-pasal jelous dengan chef wan. chef wan tu tak kenal pon kat diri nie. ape pasal lak nak pi jelous ngan dia.

relax...relax...relax...jelous ke? 
bukan la... tadi tengok program EKSPEDISI 2011 yang chef wan jadi host tu. rancangan tajaan MAS AIRLINES rasanya.*kalau salah maaf yer* best giler nampak chef wan melancong kat luar negeri bawak mak dia. bila la agaknya dapat pi sana. dalam malaysia pun belum habis putar. ada hati lak nak pi luar. hahahahaha...nak buat macam mana. bukan suka sangat nak pi jejalan nie. kalau dok umah lagi best. dapat gak rehat badan nie. *padahal teringin sangat nak ikut sekali*

untuk program hari nie, chef wan ada pi melawat kat mumbai. nak dijadikan cerita sedih nyer, tengok chef wan terpacak kat depan rumah shahrukh khan. mana tak jelous nyer. chef wan dapat tengok rumah shahrukh, siap menari lagi kat depan rumah dia. bila la agaknya dapat pi tengok rumah dia. tengok gambar jer la yang mampu kan. bukan setakan rumah shahrukh yang chef wan pergi, siap rumah salman khan jugak. nasib baik bukan peminat fanatik salman khan. tak jelous sangat kat chef wan. 

tapi serius nie..jelous skit la ngan chef wan sebab dia dah dapat pergi tengok mumbai. negara impian nak pergi mumbai la nie. mesti ada yang gelak kan. asal la tak pergi paris ke, london ke...nie india? mak oiii...tak der negara lain ke?

hello...itu adalah cita rasa masing-masing tau. setiap negara tu mesti ada keunikan tersendiri. nak sangat tengok taj mahal kat sana. kedua, of course la rumah shahrukh khan kan. dah tak dapat pergi jeguk rumah dia secara live...jom kita layan secara tak live kat sinie.
mesti korang fikir apalah rumah macam pejabat lak nie. jangan pandang rendah. sebenarnya rumah dia cantik sangat. dah nampak macam istana tau. rumah shahrukh nie dipanggil MANNAT. tak tahulah apa makna disebalik nama tu plak. rumah nie bertingkat-tingkat. siap ada lift lagi tau kat sini. 
inilah pandangan hadapan rumah shahrukh. cantik kan. macam istana lak tengoknya
pandangan dari atas. siap ada beranda besar lagi. boleh menari gak petang-petang buat exercise badan skit.
wah...besar giler rumah shahrukh dari dalam. memang nampak macam istana betul. mesti banyak dah habis untuk dapatkan rumah nie.
dan yang ini lak, rasa-rasanya bilik sapa lak nie. ini bilik tidur shahrukh. siap warna merah lagi. memang favourite ke nie? haish...sama lak kita nie.

macam mana dapat tengok rumah shahrukh? amacam? besaow tak?
memang terlebih besar nie. shahrukh tinggal dengan isteri dia, gauri, sepasang cahaya mata, aryan dan suhana, dan seorang kakak dia. terlebih cukup dia tinggal dengan keluarga. orang gaji dia yang banyak plak.

p/s: berbaloi dengan apa yang dikecapinya. ketika mula-mula datang ke mumbai, tidur hanya beralaskan bantal dan tikar sahaja. USAHA TANGGA KEJAYAAN...=))

Manfaat Bersauna

Ada satu alasan yang sah mengapa manusia telah menggunakan mandian peluh untuk tujuan kebersihan dan kesihatan sejak Zaman Batu. Ia adalah kerana berpeluh telah terbukti keberkesanannya dalam mengepam keluar toksin dan penyakit dan mengekalkan kesihatan fizikal yang optimum serta mental. 

Kebanyakan budaya di seluruh dunia mempunyai versi mereka sendiri dengan mandi peluh, sama ada orang-orang Rom purba dan "Thermae" atau tradisional Jepun "Onsen". Rusia panggilan "Banya" dan asli Indian Amerika Utara "Inipi", tanpa tidak mandi Turki yang terkenal atau "Hamam". Walau bagaimanapun, salah satu yang paling terkenal dan popular adalah Sauna Finland. 

Kulit adalah organ terbesar dalam badan dan melalui liang roma, ia memainkan peranan penting dalam proses detoksifikasi bersama-sama dengan paru-paru, buah pinggang, usus, hati dan limfa dan sistem imun. Kulit mengeluarkan peluh sejuk untuk mengawal suhu badan. Ia juga mempunyai keupayaan untuk mengubah toksin daripada lipid-larut atau berasaskan minyak, ke-mudah kepada bentuk menghapuskan air larut. Peluh membawa toksin keluar dari badan dan rasa mereka melalui liang. 

Perpeluhan adalah cara yang selamat dan semula jadi badan untuk sembuh. Para saintis dan doktor akhirnya mengakui apa yang nenek moyang kita secara nalurinya tahu, bahawa peluh tetap mengembalikan kesihatan yang baik melalui penghapusan toksin. 

Oleh itu, jangan mengambil sauna mewah semata-mata jika anda bertujuan untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik. Ia adalah satu keperluan, dan cara yang amat boleh dipercayai untuk membantu badan anda kekal sihat dengan menghapuskan cas toksin.

Kelebihan sauna

Seperti yang telah dinyatakan dahulu, kulit adalah organ utama eliminative. Gaya hidup moden kita membuat kulit kebanyakan rakyat tidak aktif. Ramai di antara kita tidak berpeluh atau kurang, terutamanya semasa musim sejuk. Serat sintetik moden atau pakaian yang ketat yang tidak membenarkan kulit bernafas, ia boleh merosakkan kulit dan keupayaan semula jadi kita bagi penghapusan. Gaya hidup tidak aktif juga menyebabkan kulit tidak aktif. 

Kulit kita terdedah kepada beratus-ratus bahan kimia sepanjang hidup. Daripada produk mandian seperti syampu, gel mandi, losyen dan sabun untuk deodoran. Pelarut pembersihan isi rumah, sisa-sisa detergen pada pakaian dan bahan-bahan kimia daripada air mandi atau pancuran juga menjejaskan kulit. 

Menggunakan sauna secara beransur-ansur memulihkan keupayaan menghapuskan kulit. Berpeluh membuang bahan kimia toksik dan logam lebih cepat daripada kaedah detox yang lain. Ia adalah satu amalan yang baik yang membuahkan dividen kesihatan yang banyak. 

Sauna juga banyak memberi manfaat. Tidak kurang kerana ia adalah sangat santai dan menjadikan badan anda relax dan fikiran yang tenang. Kelebihan utama terletak pada hakikat bahawa ia menggalakkan berpeluh, membantu badan untuk membersihkan diri daripada toksin. Ia juga dipercayai bahawa pendedahan kulit kepada haba merangsang pengeluaran sel darah putih dan menguatkan sistem imun.

Semasa sesi sauna 10-20 minit, kadar denyutan jantung anda meningkat sebanyak 50-75%. Ini memberikan hasil yang sama metabolik sebagai latihan fizikal. Beban jantung meningkat bersamaan dengan berjalan kaki dengan pantas. Terdapat kesan nominal pada tekanan darah kerana panas juga menyebabkan saluran darah dalam kulit untuk memperluaskan untuk menampung aliran darah yang meningkat. 

Saluran darah menjadi lebih fleksibel dan meningkat peredaran darah ke bahagian kaki. Semasa sauna, aliran darah ke kulit meningkat setinggi 50-70% daripada keluar dari jantung (berbanding% 5-10 standard). Ini membawa nutrien kepada tisu subkutan dan permukaan yang terhasil dalam kulit yang sihat berseri. 

Sauna mendorong berpeluh untuk memberikan pembersihan yang komprehensif kepada kulit dan kelenjar peluh. Kulit adalah organ terbesar dalam badan. 30% daripada bahan buangan badan adalah melalui kulit. Peluh yg berlebihan meningkatkan keupayaan detoksifikasi kulit dengan membuka liang-liang dan curahan kekotoran dari badan. 

Apabila mengambil sauna, suhu kulit meningkat kepada 40 ° C (104 ° F) dan suhu badan dalaman meningkat kepada kira-kira 38 ° C (100,4 ° F). Pendedahan kepada haba yang tinggi mewujudkan sebuah negara yang demam tiruan. 

Demam adalah sebahagian daripada proses penyembuhan semula jadi badan. Demam merangsang sistem imun yang menyebabkan peningkatan pengeluaran penyakit yang melawan sel-sel darah putih, antibodi dan interferon (protein anti virus dengan keupayaan melawan kanser). 
Spa dan lain-lain kemudahan terapi menggunakan sauna dan steambaths bersama-sama dengan urutan melonggarkan tisu lemak dan membantu dalam peperangan menentang selulit.
 Lain-lain faedah sauna termasuk:


Peredaran darah yang lebih baik: sauna meningkatkan dan memperbaiki kadar peredaran darah dan pernafasan. 

Kehilangan berat badan: Sauna adalah sama dengan senaman ringan, ia membakar kira-kira 300 kalori setiap sesi purata. Rawatan sauna biasa yang digabungkan dengan diet yang sihat dan senaman yang sederhana akan membantu anda mengurangkan berat badan dan kekal cergas dan sihat. 

Membersihkan kulit: berpeluh disebabkan oleh sauna yang diikuti dengan mandi dapat membersihkan kulit anda jauh lebih sempurna dari sekadar mandi. Ia menjadikan ia lembut dan sihat dengan kesan yang segera ketara. 

Kelonggaran Badan: Tekanan membina-mencipta ketegangan dalam badan manifesting dalam pelbagai sakit dan sakit. Haba dan kelembapan sauna meresap kesakitan dan melegakan otot yang letih. Sauna pada waktu petang akan meninggalkan otot tegang dan sakit anggota badan yang benar-benar santai. Sauna juga buat sementara waktu melegakan sakit artritis. 

Kelonggaran Minda: sauna pada dasarnya adalah tempat untuk berehat. Biasanya ramai yang bersetuju sauna berkesan membantu melegakan keletihan dan stres fizikal dan mental. 

Sauna meningkatkan peredaran dan sel oxygenates, tisu dan organ-organ. Ia meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan tenaga yang menggalakkan penyembuhan. Pada masa yang sama, pemanasan tisu mempercepatkan metabolisme. Sel-sel anda secara beransur-ansur dapat menghapuskan toksin lebih berkesan.


Antara manfaat lain yang berkaitan dengan sauna dan steambaths termasuk: 

Kelegaan daripada kesakitan dan kekejangan artritis. 
Wap adalah satu rawatan yang sangat baik untuk masalah pernafasan, seperti kesesakan dada, bronkitis, laryngitis dan sinusitis. 

Menghidupkan otot yang letih dan tegang selepas melakukan senaman fizikal. 
Kesan pembersihan peluh yg berlebihan membantu memberikan kulit yang sihat dan kulit yang jelas.

p/s: dinasihatkan supaya jika ada sauna sendiri elakkan daripada berkongsi dengan orang lain kecuali keluarga sendiri. ini dikhuatiri akan dijangkiti penyakit kulit. untuk kalangan keluarga, jenis darah mungkin dari kelompok yang sama, jadi tak ada halangan untuk berkongsi.

selamat mencuba...=))

Saturday, July 9, 2011

bangun awal pagi gara-gara shahrukh khan

pepagi lagi dah bangun hari nie. biasanya matahari tegak atas kepala baru sedar. hari nie kene gagahkan skit mata dan hati nie bangun awal. nampak sangat asyik membuta jer memanjang. bukan apa, tak der nak buat aper kat rumah nie. baik tidor jer kan. bukannya lama sangat tidor pon. malam pun tidur lambat, jadi siang bangun lambat la. 

nie semua sebab semalam ada dapat sms dari k.long.

dalam nasi lemak kopi o pagi esok pasal srk 

apa lagi. kene bangun la awal. nak tengok nasi lemak kopi o. bukan nak tengok rancangan tu. nak tahu amende yang pasal srk tu. dok terpacak kat depan tv dr kol 8 sampai la 10 pagi. ingatkan keluar gak shahrukh khan tu. nampak bebenor menipu nyer. boleh gak tahu apa yang mereka kat sana nak kongsi ngan penonton. ramai gak artis malaysia yang mengikuti perkembangan shahrukh. siap buat jadi idola lagi. 

seronok gak tengok pengacara nasi lemak kopi o pakai pakaian india. rasa nak rembat jer buat balik. banyak lagu dan video clip yang dipaparkan tadi. cerita tentang shahrukh dalam tv9 nie sebabnya ada segmen nostalgia. mungkin tiap-tiap sabtu kot diorang buat. jarang sangat tengok rancangan nie sebab tu tak tau sangat.

banyak sebenarnya boleh dikongsi tentang shahrukh nie. bukan sekadar dirinya sebagai seorang pelakon sahaja. semua orang cakap taksub dengan shahrukh khan. bukannya taksub pada dia. cuma mengambil contoh dari dirinya sebagai seorang insan. banyak yang kita boleh belajar darinya sebagai seorang insan biasa macam kita, bukan sebagai pelakon

boleh dikatakan sebagai hormat atau idola jugak la. shahrukh dijadikan idola sebagai seorang insan yang berjaya, seorang ketua keluarga yang baik, seorang teman yang boleh berkongsi rahsia. yang paling penting dia memang menghormati wanita. bukannya kata yang lain tidak menghormati wanita. tetapi, apa yang diluahkannya dengan kata-kata dan perlakuan amat baik dan rasa..owh..terharunya. shahrukh pun sendiri mengakui dia tak banyak kawan lelaki. malahan ramai dikalangan kawannya adalah wanita. pernah ada yang mengatakan sifatnya yang lembut dan pemalu menggambarkan dia sebagai seorang gay. tapi, semua tahu yang dia seorang lelaki sejati kan.

sepanjang shahrukh berlakon dan mengeluarkan filem nie banyak dah dapat ditonton. ada yang ambil dari kawan, ada yang tonton dalam tv, ada gak yang download sendiri, dan yang penting ada dvd buat koleksi. kalau citer-citer lain rugi jer nak beli dvd. baik download jer dari internet. lagi senang. tapi entah naper bila ngan shahrukh jer kene beli gak dvd film dia. siap ori lagi. yerla...kalau cetak rompak tengok sekali dua jer. buat membazir jer. koleksi-koleksi dvd yang ada pun entah baper kali dah pasang. tapi yang herannya tak pernah bosan tengok lakonan shahrukh.
ini antara film lakonan yang pernah lihat. semuanya bercampur. masa muda ngan masa sekarang. ada yang jadi hero no2. ada yang jadi penjahat. ada gak yang shahrukh sebagai penampilan istimewa.
THE INNER AND OUTER WORLD OF SHAH RUKH KHAN
bibliography nie menceritakan perjalanan hidup shahrukh dari mula-mula dia bertapak sampailah sekarang nie. kalau korang dapat tengok mesti banyak pertanyaan dalam kotak fikiran kan. yang utamanya tentang agama dia. bab tu tak tahulah nak komen apa. biar shahrukh dan Maha Pencipta jer yang tahu. tapi kalau korang lihat peribadinya dan pengurusan tentang hidup memang cukup teratur. walaupun seorang pelakon yang berjaya (dikatakan populariti melebihi tom cruse) tetap juga tahu macam mana nak uruskan keluarga dengan baik.(yela..kan ada pembantu)

apa yang baik kita jadikah ikutan. apa yang buruk tu, kita jadikan sebagai teladan.
=))

Friday, July 8, 2011

makbul | drama tentang doa

sebuah drama yang banyak memberikan pengajaran buat kita semua. drama makbul nie bukan seperti drama-drama yang lain. bukan tentang cinta remaja atau konflik rumah tangga. ianya sebuah drama yang memaparkan erti sebuah doa yang jarang kita jumpa dalam drama-drama lain. sudah tentunya drama makbul nie adalah sebuah drama islamik yang memaparkan suasana kehidupan seorang muslim. tetapi dalam drama makbul nie ia mengajar kita menjadi seorang muslim yang sejati melalui apa? melalui doa-doa. melalui nasihat yang kita terima dari sekeliling yang masih menyayangi kita sebagai seorang manusia.

rasanya amatlah rugi kalau tak dapat menonton drama makbul nie. kalau korang tak pernah lagi menonton drama makbul nie, rasanya sempat lagi kalau nak tengok. drama nie disiarkan pada setiap hari khamis jam 9.00 malam di tv2. tapi rasanya minggu depan dah nak habis. ia ada 13 episod kesemuanya. kalau tak sempat pon boleh rasanya ushar-ushar kat internet kan.

selepas menontot drama makbul nie, akan rasa timbul dalam hati tentang apa sebenarnya yang kita buat seharian dalam keidupan kita. adakah cukup amal dan budi sesama kita? adakah kita rasa selesa dengan apa yang ada pada kita hari nie? adakah kita rasa tak perlu lagi untuk mencari ilmu-ilmu tentang dunia akhirat selepas apa yang dikecapi di dunia ini?

semua persoalan ini akan terjawab melalui drama makbul nie. akan rasa timbul dalam hati untuk berusaha ke arah lebih baik. ini adalah kerana apa? ianya adalah kerana doa. untuk doa kita dimakbulkan Allah amat sukar untuk kita jawab kan. kita tak tahu adakah doa yang diminta hari-hari itu akan diperkenankan dariNya. mungkin doa kita tak diperkenankan pada masa sekarang dan akan digunakan pada masa hadapan. kita tak tahu. kita tak boleh nak menjangkakan hal-hal yang sedemikian. oleh itu, kita perlu sucikan hati dengan sebersihnya untuk mendapatkan doa yang makbul. ia. memang tepat fikiran korang. kita tak boleh nak katakan bahawa jika hati seseorang itu suci Allah akan perkenankan dan jika seseorang itu tidak beramal soleh, doa mereka tak dimakbulkan. semua itu hanya pada Allah. hanya Allah yang mengetahui segalanya.

kita sebagai hambaNya yang serba kekurangan ini yang perlu menyucikan hati. sentiasa mengabdikan diri walau kita merakan kekurangan tentang agama. kita sebagai insan perlu mencari apa yang korong itu. apa yang tertinggal itu. semuanya akan dipenuhi dengan isi-isi yang berguna jika kita mencarinya di jalan yang benar. di jalan yang diredhai olehNya.

dengarkan lagu dari drama makbul. lagunya memang syahdu. rasa-rasanya boleh juga nak dikatakan opik versi malaysia...=))
Astaghfirullah.. Astaghfirullah..
Astaghfirullahal ‘adzhim.. Al ladzii laa illa ha illaha..
Huwal hayyul qayyuum.. Wa atubu illaik..
Amin… amin… amin… amin…

Ku bermohon pada Mu yaAllah..
Tetapkan iman ku sentiasa pada Mu
Berserah pada Mu
Sesungguhnya
Solat serta ibadahku
Hidup dan matiku
Hanyalah untuk Mu
Hanyalah untuk Mu
Ya Allah..

Laillahaillalah.. Laillahaillalah.. Laillahaillalah..

Ku bermohon pada Mu
Tiap detik ku mengharap kebaikan Mu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksaan mu yang azab sengsara

Laillahaillalah.. Laillahaillalah.. Laillahaillalah..

Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat

Amin… amin… amin… amin…

Thursday, July 7, 2011

karak + seru = ?

hari nie sehari suntuk dok melayan movie melayu seram. tak tahu nak buat aper kan. so kita layan jer apa yang ada. dari petang sampai la nak maghrib nie baru siap tengok. lama betul nak habiskan dua movie sekaligus. semalam tak moh tengok. dok sorang kan. malas nak layan yang bukan-bukan karang.
film karak best ke tak nie? sebenarnya tak la seram sangat. walaupun layan tapi boleh la kot. nak kata tak best ada gak yang best. wokey la jugak untuk tonton kan. kita layan kan jer. jalan citer menarik gak tengok. mungkin yusri boleh keluarkan film seram sekali lagi yang lebih mantap. semoga berjaya.
film seru boleh dikatakan dapat menambat hati nie jugak la. bukan film seram hantu. tapi memang seram gak la. buat orang saspen jer memanjang. tapi untuk sampai kesudahannya memang tak paham. sebetulnya, memang tak paham. sowie. motif citer nie sebenarnya apa yang dia nak bagi? pasal nak hidupkan anak dia balik ke? yang tu memang tak paham.

anyway pengarah film banyak keluarkan idea nak persembahkan jalan cerita yang menarik buat penonton.
keep the good work up..=))

Wednesday, July 6, 2011

bagi jer la kl dia

lawak...memang lawak. mesti korang tau kan apa menda la aku bagi tajuk. yup. betul. tak lain filem gangster. maaf lah. aku sedikit lambat tengok filem yang meletop bom bom nie. baru siap download petang tadi. terus tengok. apa jadi kan. sakit perut la.
ingat tak scene ni? bagi jer la kl kat dia....bagi jer la kal dia. 
adooiii. aku rasa nie le scene yang paling kelakar buat aku. dalam movie nie aku gelak tengok watak zizan. banyak lagi scene yang best dan rasa teruja tengok. berbaloi aku tunggu lelama download petang tadi. scene apa yang korang suka? mesti banyak kan. sama la kita.

come to papa...come to papa
lu macam masuk true fitness la bro.
true fitness kepala otak ko.
buka besar badan la..hidung lu
pakai seat belt...pakai seat belt. kalau kena saman tak larat aku nak bayar
semua tempat dia nak langgar. apa hal. sial la...tuii
susah betul kalau pakai enjin ferrari nie
eh boleh jalan dengan jalan ko la

banyak lagi la scene yang suka sangat. enjoy tu enjoy la jugak. 
pengajaran jangan lupa. banyak yang kita boleh belajar dengan movie nie.

bila senang jangan lupa mak
walau jahat macam mana pun mak tetap sayangkan anak dia
bila mak cakap jangan buat, baik jangan la.
sebabnya kata-kata mak tu adalah doa
dia tahu apa yang terbaik buat anak-anak dia

walau sejahat mana pun kita mesti ada yang baik.
kita boleh lihat masa jai bagi duit kat budak yang tidur tepi jalan
walau dia jahat tapi ada jugak hati yang suci
jangan nilai manusia dari luaran

lindungi la keluarga walau apa pun yang berlaku
ahli keluarga paling penting buat kita
kalau tak der diorang tak der tempat nak mengadu dan berlindung

sejahat mana pun seseorang, bila ada talian darah rasa sayang mesti ada
walau mereka buat jahat mana sekalipun
bila dah nama keluarga mesti lindungi sampai selamat


yang paling penting dalam movie nie 
bila orang nak bertaubat ada jer yang cucuk jarum
kalau seseorang dah rasa insaf dan menyesal mesti ada halangan
orang yang nak insaf tu mungkin akan berpatah balik
kelakar bila dengar jai sebut 'memei la'. selalu dengar dia sebut tu. rasa lain pulak. bukan tu bahasa kelantan ker atau aku silap dengar. aper pon semua pelakon mantap dan bagus dengan watak masing-masing.


'aku nie abang ko. ko nak macam sial macam mana pon aku tetap sayang ko sebab ko tetap adik aku. darah daging aku. bodoh!!! '


apa yang korang rasa bila dengar malek cakap nie kat jai. sedih kan. terus meresap dalam jiwa. darah daging dia. mestilah dia sayang. sayanglah ahli keluarga semua. sedih bila dengar kata-kata nie terucap.
p/s: semua filem shamsul yusoff memang hebat. setimpal dengan apa yang dia dapat. teruskan berjuang dan buat filem banyak-banyak. nanti nak tengok lagi..=))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...