Tuesday, May 31, 2011

dentist oh dentist


hari ni aku berkampung ngan ummi kat husm (hospital universiti sains malaysia). ummi dengan temu janji dia yang tiap bulan. aku plak pergi kat klinik pergigian. dah dua tahun aku tinggalkan klinik tu sorang-sorang kat situ. hari nie aku dah start 'bersama' dengannya. nasib aku memang baik, setiap kali pergi buat rawatan mesti jadi pesakit special sebab pelajar tahun akhir biasanya akan ambil pesakit untuk dijadikan bahan rujukan. kata orang pelajar nie cermat skit buat kerja. tapi aku tak kata plak yang doktor lain tak cermat. nak lulus preksa mestilah buat dengan lebih teliti kan. apa-apalah. yang penting gigi aku baik. aku tak rasa ngilu dan sakit sudah.


masa aku dapatkan rawatan nie rahang aku memang tengah sakit. sampai berbunyi rahang aku buka tutup mulut nie. nasib aku dapat doktor yang baik dan memahami. taklah aku mengerang sangat. tapi sampai skang nie rahang still sakit. tak boleh bukak luas-luas. sebabkan gigi baru dapat rawatan tadi, aku minum air pun rasa ngilu dan sengal lagi. mungkin esok baiklah skit kot.



gigi kita nie memang kene jaga elok-elok. sebabnya kita nak guna ni lama lagi. bukan sampai esok-esok jer. umur kita pun tak tahu sampai bila. jadi, apa yang ada pada diri kita jagalah dengan sebaik mungkin. kalau rasa sakit pergi buat rawatan cepat-cepat. sebenarnya gigi nie bukan perlu tunggu rasa sakit baru pergi buat rawatan. aku ada gak pernah dengar yang masa sakit, gigi tak boleh cabut. nanti kesan lagi bahay. betul ke tidak aku tak pastilah sangat. kalau ada yang tahu boleh la kita kongsi sama-sama. sekurang-kurangnya enam bulan sekali pergi lah buat rawatn gigi. cuci gigi ke, apa ke. kalau malas sangat dan takder masa, pergilah setahun sekali. kalau malas sangat-sangat, dua tahun sekali pun boleh gak rasanya. kalau malas lagi...ha...pergi klinik, soh doktor cabut semua gigi. pakai jer gig palsu yang boleh bukak tu. senang skit nak urus. masa gosok gigi buang, cuci betul-betul...=))


gigi yang aku buat rawatan tadi lebih kurang kat sisni lah. gigi aku nie dah pernah buat rawatn dua tahun lepas. lama tak pergi, ni yang aku pergi semula hari nie. nak check la sama ada gigi aku masih dalam keadaan baik ataupun tidak. kat gigi aku bahagian ni ada pecah dalam dua minggu nie. tulah yang sengal kalau minum air. tak kiralah sejuk ataupun tak. alhamdulillah...skang nie dah makin pulih sikit. esok mungkin lagi elok...InsyaAllah.


masa buat rawatan tadi, doktor ajar cara-cara gosok gigi dengan betul. bukan tak tahu cara gosok gigi. tapi ada pembetulan skit la. para doktor ada membuat penyelidikan tentang cara-cara amalan gosok gigi. memang betul, tapi ada yang perlu doperbetulkan skit. apa-pun, terima kasih semua yang terlibat. gigi tak sakit lagi.
jumpa lagi pertemuan akan datang...;))

malaysia ditangga kedua

tengah pagi-pagi nie aku rasa tak tahu la nak buat apa. alih-alih aku godam blog aku yang tak seberapa nie tekan main tekan, aku terjumpa la perkataan 'stats' yang dah berkurun lama kat atas tu baru aku tergerak hati nak tekan. pehh...menakjubkan. sebenarnya nie semua boleh kita tahu apa yang orang baca kat blog dan dari mana. nampak sangatlah aku memang tak tahu... 

view untuk bulan mei ni
view untuk keseluruhan

terkejut gak aku bila tengok pelbagai negara view aku nyer blog. malaysia dah jadi tangga kedua. (ops..terlebih plak aku nie). padahal bilangan yang view blog aku nie tak seberapa sangat. aku jer yang nak buat gempak. tapi yang nie sebenarnya aku ambik dari blog aku yang satu lagi. hehehhe...ct-kamaliah.blogspot.com. memanglah ada ramai view dari negara lain sebab kat sini aku main letak sembarang jer. aku letak lirik-lirik yang aku suka. pasal hiburan yang aku suka. kalau untuk blog yang ngah aku tulis nie plak, banyak pasal aku nak cerita dari hati. nak urus dua blog memang susah gak.(padahal blog entah aper-aper jer. hehehe) sebab kadang-kadang tak tahu nak tulis apa. ada gak yang malas..;))  yang paling 'cute' bila tengok ada gak yang view dari ipad, bb even sony ericsson. kamsahamida semua..fighting!!!

Monday, May 30, 2011

Jom Pi Kebun...

rindu nak pi kebun ni ha..kalau sebelum nie selalu gak pi kebun teman abah kait buah, letak baja, meracun rumput. bak kata semualah. skang nie dah kurang ikut abah...haish3..asal eh..malas ke tak ada masa. nak kata tak ada masa, aku asyik melepak kat depan komputer ni jer. malas la tu kot. hehehe...kebun nie kat kuala krai. kalau nak pi, bertolak lepas subuh la jawabnyer. sampai kat sana ada lah dalam kol 8 lebih. aku??? apa lagi tidur jer kat sebelah. abah yang pandu. kah3...pemalas tol aku kan.

apa yang aku tolong? macam-macam la. dari meracun rumput, semak-samun kat kebun...sampailah ke kait buah. penat ke tak kerje nie? peh....mestilah penat. nie kerjer laki sebenarnya. tapi bagi aku, semua kerja sama jer. asal nak buat ke tidak. pernah aku meracun sampai badan rasa lain macam. mana taknyer, racun tu dah masok dalam badan. sampai pening kepala, muntah...adoiii...buat kerja tak ikut peraturan la ni. 

kalau masok bab bagi pokok makan, penat giler. kene pikul baja yang dalam guni tu kat belakang. lepas tu, letak kat setiap pokok. peh...macam nak terkeluar semua pun ader gak rasa. kalau korang rasa, agaknya sekali jer kot buat kan. nak ke tak nak, kene ikut la jugak. ni plak masok bab kait buah. memang best tengok buah masak. jangan terpedaya yer. buah nie tak leh makan la. aku hanya kutip buah jer. kerje potong buah kat pokok, bagi kat abah ataupun abang aku jer. yang tu memang perlukan kudrat lelaki. pompuan bleh kot, tapi sedaya upaya lah....hehehehe...tapi masa nak bawak turun buah ke bawah...eeehhh..lupa lak nak cakap. kebun nie dalam hutan, atas bukit tinggi. jadi pokok semua atas bukit, kene bawaklah turun ke bawah kan.

masa bawak turun buah, Tuhan jer yang tahu. peenaaattt sesangat rasanya. bayangkan, dalam satu guni letak seberapa banyak buah yang seboleh mungkin. lepas tu, buanhnya plak ada duri kat hujung. leh sampai terkoyak guni kalau masok tak betul. lepas dah masokkan buah dalam guni, letakkan dalam kereta sorong. masokkan seberapa banyak guni. yang tu tak pe lagi lah. kalau tak guna kerete sorong, kene pikul atas belakang. bayangkan, dari atas bukit yang tinggi, pikul buah dalam guni yang berat. siap ada duri yang tercucuk kat belakang. peeeriittt ler gamaknya. sakit sangat. kalau tengok kat belakang, mesti ada gak yang berdarah. tapi, kalau tengok denga hasilnya..amat berbaloi..;))

jom kita tengok gambar kebun...;))

jalan masuk dalam kebun

liku-liku yang mencabar

kereta pun masuk kat jalan nie..memang joget la dalam kereta..;p

rumah kecik kat kebun

kat sana pon masak gak..;)

jom tengok kebun

pokok-pokok kat kebun


 
kelopak luar buah...bunga la kot

bunga buah...masa awal berbuah

ni lah buah nyer...buah kelapa sawit..;))


duri kat buah...peh..sakit deerrr

Saturday, May 28, 2011

AYAM HUTAN

korang pernah makan tak ayam hutan? mesti ada yang tak...ader gak yang pernah kan...;)) meh aku nak citer skit pasal ayam hutan ni. aku dah pernah makan ayam hutan selasa lepas, masa kat kebun. kalau nak tangkap aym hutan kene tengah malam. nak-nak lagi masa waktu hujan lagi senang nak tangkap. sebabnyer ayam tak kuar jalan sangat masa hujan. jadi, senang nampak la kan kat mana ayam-ayam nie. ayam hutan kalau dari luar nampak kecik jer. tapi bila dak buang dianyer bulu, belah semua...ha..banyak giler isi dia. yang aku nyer hari tu siap ada telur ag...merah giler, ada yang pecah..ada yang still leh makan ag. nak cabut bulu ayam hutan senang sangat. tak yah guna air panas pun. cabut terus jer. tang yang susah tu kat sayap....yang tu aku serahkan kat abah jer. hehehehe...

ayam hutan sedap dimakan. isinyer manis betul. tapi lagi liat dari ayam kampung la. kalau tak kene cara masak..alahai...liat sungguh aih. macam makan daging lak. yang aku makan hari tu masak sup jer. maklumlah dok kat kebun, barang masak tak banyak sangat. buat simple jer. yang penting makan habis...;))

ni bukan ayam yang ditangkap...hiasan jer..hehehehe

.
.
.
.

silalah jamu 'ayam hutan singgang'






yum...yum...yum...
bilah lagi boleh rasa ag...;))

Thursday, May 26, 2011

THE MENTALIST

wahaha...akhirnya berjaya gak aku menghabiskan the mentalist season 3 episode 24 nie (episod last untuk season 3). lama gak dok tunggu download citer. tapi takper, berbaloi dengan hasil kerja citer nie. the mentalist memang sebuah cerita yang menarik bagi aku. tak tahula dengan orang lain kan. lain orang, lain lak dia punya citarasa sendiri. aku lak memang suka citer 'crime' nie. macam 24, CSI dan banyal lagi. tapi the mentalist memang menambat betul hati aku nie. siap cari semua pasal citer nie dalam internet. selagi tak jumpa...alahai, memang tak senang duduk la katakan. 


macam mana aku leh kenal citer nie eh? mula-mula tu aku tak tengok season satu yang entah episode baper kat ntv7. yang tu pun sebab abang aku yang bukak. alang-alang aku lalu kat depan tv tu, jeling-jeling gak mata nie. masa tulah aku macam deterjah, ditikam oleh the mentalist. macam biasalah, watak patrick jane yang membuatkan penonton terpikat (jatuh cinta ngan watak patrick jane la ni). walaupun cerita ni pasal 'crime', watak patrick ada sedikit mencuit hati. tak lah bosan dengan cerita bunuh-bunuh kan. kita pun memang la tak leh masuk kalau semuanya fakta dan menyiasat. mesti ada selingan yang menyeronokkan.

belek main belek tadi, ingatkan sampai season 3 jer cerita nie, dengar-dengar kat CBS ada schedule untuk the mentalist season baru 2011-2012. mungkin dalam bulan september nie season 4 bakal bermula. haish3...tak sabar rasanya nak tunggu nie. tapi, ulasan untuk season 4 bakal mencemaskan skit la sebab patrick kan dah tembak orang masa last season 3, jadi situasi jane berlaku kat courte mungkin.

kat sini aku tertarik lak dengan kata-kata simon baker yang melakonkan watak patrik jane:
"I think it was a brilliant choice to have the murder happen in such a public place. Bang! Bang! Bang! Then Jane's totally calm. People are running around in a panic. Jane just sits down and has his cup of tea. It's done. He's finally done what he needed to do. After this season, you're going to have the lead character on a network tv series being a cold-blooded, vengeance-killing murderer. That's heavy."
main cast in the mentalist

pelakon utama yang aku rasa sangat comel kedua-duanya ;))

Simon Baker aka Patrick Jane

Robin Tunney aka Teresa Lisbon

Tim Kang aka Kimball Cho

Owain Yeoman aka Wayne Rigsby


Amanda Righetti aka Grace Van Pelt


tapi

.
.
.
.

watak yang paling utama dalam cerita nie
adalah

.
.
.
.
.


some interesting shoot in drama









Saturday, May 21, 2011

ucu...qayyum...ucu...qayyum...(^_*)

alahai, baru masuk 21 dah kene panggil ucu (gelaran dari anak sedara aku). muda ke tua aku nie? hai...dah ada anak sedara, dah tu la gamaknya nie. nie baru sorang, kalau tambah lagi lagi pening kepala aku nie. sebelum cerita lebih dalam lagi, mai aku kenalkan nama dulu... jeng...jeng...jeng. nama anak sedara comel aku nie Muhammad Adam Qayyum (dah tentulah lelaki kan). sampai hari nie, baru masuk 44 hari. baru lagi kan. tapi, alahai dah tidur menyiring pon. terkejut semua orang. mana taknyer, masuk hari ke-10 dah tidur meyiring. kata mak aku, tak boleh tinggal lama-lama budak nie masa tidur, tak pasal-pasal jadi lain pulak. 

yang menariknya, ada-ada jer jadi bahan buat gelak satu famili hari-hari. telatah qayyum memang tak kering gusi. abah pulak, sebelum pergi kerja, mesti main dengan cucu dia. nak pergi surau pagi-pagi pun main ngan cucu dulu. dah jadi datuk katakan. sukalah dia yer. abah tok memang suka ngan budak-budak, dah boleh cucu nie...mmmm...melekat la ngan cucu dia. nenek paduka qayyum aka ummi tok plak sama ngan abah tok dia. sebelum tidur, bangun tidur mesti mengadap ngan cucu dia dulu. balik mengajar pun pergi mengadap qayyum dulu. kata orang, budak kecik nie pengubat duka. memang betul la, walau penat macam mana pun bila dah tengok budak kecik nie rasa aman jer. maklumlah, budak yang tak ada dosa lagi. suci dan bersih gitu.

masuk bab qayyum pulak...haish!!!...hari-hari mesti ucu ngan mama dia salin pakaian berkali-kali. mana ke tidak, asyik kencing atas ucu ngn mama dia. bukan setakat kencing pulak tu, peott sekali. adoiii...lepas dia lepas semua tu, semua orang tergelak. yelah..tengok muka dia lepaskan hajat atas orang macam budak tak bersalah jer. hahahahahaha...tak habis-habis gelak ngan qayyum nie. lepas mandi dia boleh pancut, tengah pakai petpet pun boleh dia lepaskan hajat gak. tak sabor-sabor budak kecik nie. kalau nak cerita pasal qayyum, gamaknya esok pon tak habis. kalau kat umah nie, belum sempat lantai kering, dia sambung balik lepas hajat dia. nasib comel....haish3..geram tol pipi dia.

masa qayyum demam minggu lepas, semua orang bimbang. budak kecik tak boleh biar lama-lama. nanti jadi lain plak. kata ummi kepala kalau boleh jangan dibiarkan kering. basahkan tiap masa. budak-budak kalau demam takut dia melarat.dah dua klinik qayyum masuk..akhir sekali tukar susu kata doktor. alhamdulillah...lepas dua, tiga hari dah pulih pun. badan pun susut masa demam. sekarang, adoiii...tak larat nak angkat. dah naik badan...hahahaha...jom tengok gambar-gambar comel qayyum masa tidur. budak kecik nie masa tidur la orang paling geram sekali. comel sungguh..;))

sebelum cukur jambul..;))

lepas jambul dah tak der...;p

 muka tidur..comel kan..;))

 geramner tengok dia tidur...;))

lena betul qayyum tidur...bangun...bangun...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...