Wednesday, February 23, 2011

dapat award lagi...


wah..hari nie bukak jer blog ader orang bagi awards...thanks to cik cipot sebab sudi bagi award nie
harap-harap blog cik cipot lagi hebat lepas nie dan cik cipot pon dapat post yang menarik lagi..

^_^

Monday, February 21, 2011

buzday present by chinggu...^_^

terima kasih bebanyak aku bagi kat fuza ngan ana je la yang dah bersusah payah belikan aku hadiah buzday yang ke-21. dah makin tua rupanyer aku nie. buat korang semua, terima kasih sebab still lagi jadi kawan aku. tak kisahlah kawan yang mana-mana pun, rapat ke kurang rapat. jasa korang semua memang aku hargai. 

patutlah dari pagi aku tengok fuza takder kat umah. rupanya dari pagi keluar ngan ana. nie kes aku bangun lambat la kan. syok sangat tidur nyer. tak sedar rumah nie sunyi. alahai...hari minggu memang membuta jer kerje aku ni ha. aper pon thanks kat semua. aku ingat sampai nyawa tercabut dari badan... 

love u all...^^






ni semua adalah peberian dari chinggu ku, fuza ngan ana. ketahuailah bahawasanya anda berdua sememangnya sweet 
(ayat nak jiwang kot!!!) 

sebelum nak tutup kedai malam nie, aku nak ucapkan sekali lagi bebanyak tima kasih kat semua yang sudi ingat buzday aku nie... aku gak nak mintak maaf la kat semua yang secara langsung atau tak berkawan ngan aku nie. apa yang aku dah buat, apa yang keluar dari mulut dan perbuatan aku secara sengaja atau tak sengaja, aku memang mintak maaf banyak-banyak. niat tu ada yang bergurau ada gak yang menegur. tapi, biasalah aku nie tak reti sangat nak tegur orang. caranya banyak yang tak betul....

mekasih...thanks...shukran...kamsahamida...arigatou...
shei-shei...shukriya...

"saya sayang kamoo"

Sunday, February 20, 2011

terima kasih buat kekawan semua....

waduh....hari genap umur 21 tahun. peh!!! dah makin tua, satu lagi anak tangga aku naik..... tak boleh jadik nie... umur makin naik, perangai masih lagi tak macam umur sebenar. apa yang aku kejar dalam hidup pun tak tahu lagi. kepada semua kekawan yang wish dah sesiapa lah, terima kasih sebab ingatkan daku...^^ ceh, ayat nak jiwang. aper pon, jom roll msg yang aku dapat. kepada yang tak der dalam nie, tak sempat aku nak ambik semua. maaf lah aku mohon....

kamsahamida chingu...^^








Tuesday, February 15, 2011

SRK in Malaysia for Don 2


Shah Rukh Khan (SRK) ke Malaysia lagi untuk menjalani penggambaran sekuel filem Bollywood, Don.

Kedatangannya turut ditemani oleh pelakon Priyanka Chopra dan 60 orang kru filem tersebut yang akan terlibat dalam penggambaran filem aksi ngeri, Don 2.

Bintang Bollywood itu, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 7.25 pagi telah menjadi perhatian ramai sehingga mereka terpaksa bergegas ke arah kereta yang membawa mereka ke destinasi seterusnya.

Walaupun dihambat dengan jadual yang padat, pasangan pelakon itu tidak mengecewakan peminat untuk merakamkan gambar bersama-sama.

Don 2 akan menyambung kisah tentang Don yang dilakonkan oleh SRK, seorang pegawai penyiasat yang menyamar sebagai ketua kumpulan penyeludupan dadah antarabangsa. Sementara Priyanka melakonkan watak kekasihnya, Roma.

Sekuel ini akan mempromosikan Malaysia seperti mana yang telah dilakukan oleh filem tersebut sebelum ini.

Filem tersebut turut dilakonkan oleh pelakon tempatan, Ady Putra akan terlibat dalam penggambaran dengan SRK di Sungai Udang.

Rakan baik SRK sejak 16 tahun lalu, Datuk Lorna Enan Muloon berkata SRK yang memilih Melaka sebagai salah satu lokasi di Malaysia untuk penggambaran filem tersebut.

“Negeri tersebut merupakan tempat istimewa di hatinya,” kata Lorna selepas bertemu dengan bintang Bollywood itu di KLIA.

Don 2 juga akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Langkawi. SRK dijangka akan menghabiskan masa di negara ini selama sebulan.

Friday, February 11, 2011

epop - CN BLUE


waduh..waduh..waduh... terkejut beruk aku bukak image kat mat google tadi. aku terfikir bila pulak edisi nie keluar. dahlah volume 11. tak salah aku dah ada volume nie. peh...rupa-rupanya harga dia RM 0.0. memang nak kenelah kan. mainkan perasaan aku jer nie. ingatkan betul tadi, nak terus beli der... hahahha..poyo jer aku nie... lagi satu nie, dahlah satu muka surat depan tu penuh dengan cnblue jer. ader ker majalah buat gitu...takder kan... ni mesti kerje BOICE (panggilan nama peminat cnblue). tapi comer jer aku tengok. kalaulah cnblue nie buat majalah pasal diorang kan best gak. lepas tu buat banyak version. satu dunia nie boleh baca. hahahaha... ^^

Sunday, February 6, 2011

gadis hijau

... aku yang mengelamun ...
... fuza si comel ...
... zita si ayu ...

Friday, February 4, 2011

suami mithali...isteri solehah

Ya Allah, ujian yang Kau berikan kepada hambaMu ini sememangnya amat berat untuk dulalui. saat-saat getir seorang diri segala kelumit masalah Engkau tetap disisi. sehingga akhirnya Engkau utuskan seorang anak adam menemaniku sepanjang hayatku. bersama menghadapMu, bersama melalui ujin dariMu. bukannya tinggi permintaan ku, sekadar dapat membimbing ke jalan yang benar dan lurus, syukur aku ucapkan. tidak ada madah lain yang dapat diutarakan selain ALHAMDULLILAH jika semuanya menepati hati.
anak adam yang bergelar suami sememangnya payah untuk memikul tugasan yang berat. membimbing dan membantu isterinya ke jalan yang diredhai. untuk mencari seorang suami yang betul-betul untuk diri sendiri tidak semestinya seseorang yang begitu hebat dan berpengaruh.

seorang isteri juga perlu mencari seorang suami yang berharta. berharta di sini bukannya harta wang ringgit dan kekayaan. harta yang diinginkan adalah harta budi bahasa dan akhlak yang baik. rupa paras bukan menjadi bahan utama, ckuplah sekadar sejuk hati memandang kerana dialah yang akan menjaga kita seumur hidup. menjaga dikala sakit dan sihat, dikala gembira ataupun sedih.

bagi diriku, cukuplah suami itu yang dapat membawa ke alam syurga, membimbing ke jalan yang diredhai Allah. seorang suami bagiku juga dapat mengajak dan mengajar membaca Al-Quran, dapat menegur di kala aku melakukan kesilapan. paling penting, suami tersebut dapat mengejutkan aku untuk sembahyang fardhu subuh dikala semua lena diulit mimpi indah, dapat mengajak sembahyang jemaah bersama-sama. seorang suami perlu sabar dalam apa juga cabaran yang dihadapi, tidak mudah melenting dan mendengar luahan hati isteri dan juga memahami isi hati seorang wanita yang bergelar isteri.

untuk mencapai keluarga yang diinginkan, seseorang anak adam dan hawa perlu memahami doa 'memohon kesabaran' kerana 'sabar' merupan suatu aspek yang sangat luas. aku juga memohon agar Allah memberikan kesabaran yang tinggi dalam diri ini. sifat kesabaran aku sangatlah tipis. suka melenting dan marah memang habit dari kecil lagi. sehingga ummi selali berpesan supaya kurangkan kemarahan yaang ada pada aku. jadi seorang wanita yang banyak bersabar. sifat kesabaran itu juga yang akan menarik hati anak adam untuk dijadikan ibu pada anak-anak mereka.
DOA MEMOHON KESABARAN

aku juga memohon agar Allah menerangkan hati hitamku ini. hati yang keras dan sifat yang kasar, susah untuk dilentur. tapi, jika hati itu sering dibasahi dengan doa-doa yang baik.
DOA PENERANG HATI

FURGITIVE PLAN B

aduhaiii... tiga hari aku bersengkang mata tengok citer korean nie. walaupun dah lama habis, aku baru jer berpeluang dapat tengok. nak kata aku minat semua pelakon dalam citer nie, tak der la jugak. tapi semua pelakon best-best la jugak nyer. aku paling suka hero kedua. sweet giler... tengok citer nie asyik dok tatap dia jer. sampaikan dua tiga kali gak la ulang part dia yang sama. gara-gara tengok citer nie gak la, sampai pening kepala aku tak tidur semalaman. aku mula tengok dari tengah malam sampai ler zohor keesokan harinya. peh!!! memang pening kepala. berat betul mata nie. samapi nak bercakap pun tak larat. bukannya dapat tengok semua pun.

mula-mula memang nak brenti dalam pukuk empat pagi tu, dah citer dia buat orang suspen jer... tak boleh tinggal. mesti tengok gak apa yang nak jadi. rasa kalau tinggal part yang best-best, teringat masa tidur. mandi pon teringat, makan lagi la teringat apa yang jadi lepas tu. kalau dah asyik teringat, angau semacam jer... baik aku tengok sampai habis la kan. bukannya buat aper-pun kat umah nie. tengok citer jer la ku. lepas habis citer nie, tak tahu la aper pulak aku nak mengadap pulak.

sambil-sambil tu, aku letakkan sekali pelakon-pelakon yang hebat dalm citer nie. terutama sekali hero aku yang sweet sangat nie, lee jung jin
sweet kan lee jung jin...macho jer nampak dalam citer
daniel henney yang kacak
yoon ji seo, detective paling cute dan comel
rain yang tinggi melampai
lee na young, heroin yang berani

Wednesday, February 2, 2011

Syamsul pecah rekod ayah!

mula-mula nak ucap setinggi tahniah kat anak pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam, kita nie, Syamsul Yusof, yang berjaya memecahkan rekod kutipan 'box-office' yang pernah dibuat ayahnya, Sembilu 2 pada 1995 yang memperoleh RM6.3 juta selepas 40 hari tayangan. anaknya ni pula berjaya mendapat kutipan  RM7 juta dalam tempoh 20 hari melalui filem Khurafat. memang hebat betul anak beranak nie. macam nilah baru boleh naikkan industri seni negara kita. tapi, citer khurafat memang best gua cakap lu.... 
sampai dua kali aku pergi tengok ngan mamber.
pertama kali aku tengok, aku pergi ngan fuza, tikah, fatin, dan ana. biasanya kalau tengok citer hantu, aku memang takut giler. sampai kene tutup ngan tangan, tengok celah-celah jari. tapi, citer nie aku boleh tengok dengan baik sekali. mungkin sebab fuza yang dok kat sebelah aku asyik menjerit jer. hahahaha. belom sempat aku nak jerit, dia dah jerit dulu. bahagian untuk aku jerit, dia dah jeritkan. memang nak pecah kot peti suara dia aku dengar. cuak memang cuak giler. sampai keliru mana satu yang salah. banyak andaian betol sal cerita nie. alih-alih, hero sendiri yang salah. peh...terbaiklah...

kali kedua aku tengok, still gak ngan fuza dan tikah. tapi kali fuza ajak sorang lagi mamber, joe. dia antara mamber paling sporting yang pernah aku kawan. hahahaha...cool habis. ngan dia gak la boleh citer masalah atau kongsi aper-aper pon. kali ni pon, still fuza dok kat sebelah aku. tapi, dia kurang skit menjerti. mungkin kali kedua tengok kot. yang si tikah ni pulak, pertama kali dia tengok, memang takot tengok hantu. katanya tak suka part terkejut. kali kedua tengok barulah dia tengok hantu. ni pon bukan semua. tengok gak la skit-skit. time pergi tuk kali kedua ni, annoying skit la. ada beberapa budak menjerit. peh!!!!! menyirap tol la. sampai kena 'sound' satu panggung. kalau takot, tak yang la datang tengok citer hantu. buat menyemak jer. ganggu feel orang lain tol la.

aper-pon....memang berbaloi walau kitorang tengok dua kali. tak rugi dan boleh gak tambahkan nilai kutipan kat syamsul nie. hahahaha...harap-harap syamsul dapat buat citer yang lebih menarik lagi lepas nie... aku pasti tengok ag. ^^

cakap macam tulah sebab tak laku

aduhaii...penat betul hari nie. seharian jamu orang kat umah. nak patah asenyer tulang belakang nie gamaknya. dari pagi lepas kena kerjakan ngan famili soh bangun awal sampai la ke malam. alhamdullilah...semuanya berjalan macam biasa. bukannya kenduri besar sangat pun, buat sembahyang hajat untuk kak long dapat anak pertama jer. nilah jugak yang akan jadi cucu pertama dan anak saudara dalam famili kitorang. adek-badek ummi ngan abah jer yang dijemput. jiran kat sebelah... buat ala kadar jer. asalkan tujuannya sampai. semua famili luar sampai dalam pukul 4 petang. lepasa diorang makan, ada yang dah balik, ada jugak yang duk berborak.

sebut kata sembang-sembang nie..ingat pulak masa kitorang kumpul tadi. ummi ngan abah, mak sedara, kak long ngan kak sepupu la yang dok berbual sakan. yang lain dah balik semuanya. mula-mulanya cerita pasal kak long, entah kenapa la pulak beralih pasal pakwe pulak. aish....hari nie aku memang kene bahan la ooiiii... macam biasala nak lari tajuk, aku ngan kak mashi cakap nak pergi belajar ker nak cari pakwe. kalau nak pergi belajar, buat cara belajar. kalau so cari pakwe, asal tak cakap awal-awal. kalau tak, pegi jer terus cari pakwe. tergelak sakan kitorang tadi.

perh...ayat best dari mak sedara... 
cakap macam tulah sebab tak laku
hahahaha...semuanya ketawa terbahak-bahak. tp, kak long ngan kak mashi cerita pasal aku kena belanja tempoh hari. siap tinggal nombor tepon ag. hahahaha... ntah macam mana lak, aku terkeluar pasal scandle aku kat tempat belajar. aq ceritalah kat diorang semua sal scandle kat sana, tapi umur memanglah tua kan. semua terus dengar jer aku cerita. alih-alih, ummi cakap tak per kan dia kerja best. peh, aku cakap tak nak lah. umur dah jauh beza. kesian pulak abang long nak panggil biras dia lak kan. hahahaha... adoiii...layan kepala diorang semua memang la tak habis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...