Friday, December 31, 2010

HEI-PYE BECOMING NEW YEAR

Aigoo...malam nie dah nak masuk tahun baru rupanya. rasanya tak awal sangat kot nak ucapkan selamat hari raya ... ops... selamat tahun baru. fikir-fikir balik, baru jer masuk tahun 2010 asenyer, dah nak rasa tahun 2011. orang kata tahun baru azam baru. tapi, aku kata hari-hari pon azam baru. kalau nak fikirkan balik, aku pon tak tahu apa azam tahun lepas dan lepas ke tak azam tu. haish...tahun nie kene fikir balik ke azam baru? aigoo...malas betol la. senang kerja, apa yang menjadi tu, kira azam dah jadik la. kan lagi senang. tak yah nak pecah kepala fikir azam baru plak.


omo...lupa plak
semalam kak long ada massage kat aku
dik, azan tahun baru ko ape? ;)
mampus...apa aku nak jawab.....alik-alik, aku tanya dia balik
habis, azam ko ape? nak bleh anak? hahahaha
tau pon. saje jer aku tanya. :):p
haish...hangin aku. tetiba aku fikirkan balik. daripada takder azam yang betul, masukkan jer la azam nak bleh anak sedara..hahahaha..kelakar giler fikirkan balik. mungkin azam lain yang aku boleh masukkan lagi, nak berusaha lebih gigih la kot dalam apa jer yang aku buat. janji semuanya dibuat dengan ikhlas. ceh...falsafah jap kat sinie. aper-pon, tahun baru adalah permulaan baru lagi. buangkan buku lama, pergi kedai beli buku baru. tak payah nak guna liquid paper plak, nanti tanggal liquid tu, akan nampak kisah lama yang tersembunyi. pedih plak hati kang bila baca balik.

cayok!!cayok!! 2011~waiting for me

Wednesday, December 15, 2010

.:bergumbira:.

seharian dari pagi sampai ke petang keluar lepak ngan mamber lama..haish...penat sih...
tapi tak per asenyer, dah lama tak jumpa ngan budak-budak nie
masa cuti sem ni lah baru dapat jumpa
itu pun tak semua yang dapat keluar
dengar-dengar minggu depan pergi pantai..
hohoho...lepak lagi la gamaknyer
lagi ramai la kot yang ikut nie..
huh...penat tak hilang lagi, letih plak nak menaip panjang-panjang..

thanks to NUYU, PADDY and ECHAH sebab keluar tadi...
kalau keluar tiap kali cuti sem pon, memang dengan diorang la gaknyer
hari nie dapat jumpa mamber lamer lagi; WANIE and MAS
rasanyer dalam lima tahun jugaklah tak jumpa lepas aku cabut form 3 dulu...
hahahaha...windu la semua...

sampai jer kat kb mall, terus pergi kat bowling
dah penuh la plak...musim cuti sekolah gamaknyer
keluar main la lepas tension sekolah kot
keluarjer dari puat boling, nampak kelibat mamber sekelas kat melaka
fulamak...jauhnyer diorang sampai kat kelantan
cuti-cuti malaysia la tu...
dah tu, kitorang terus pergi makan...isi perut katakan

hahahaha...apa lagi...bowling time!!!!
nasib baik masa kami pergi semula dah kurang orang kat dalam tu...
yang geram plak, servise tak baik la pulak
hangin nak main asenyer
main kejap,tunggu kejap...main kejap, tunggu kejap
jadi manual la pulak tempat pin jatuh
haish....potong stim betol la!!!


 dah terbukti aku antara raja longkang....hahahaha



.: thanks semua sebab keluar bergumbira :.

Friday, December 10, 2010

BAKTI SISWA FELDA CHIKU 5

lepas cuti semester baru-baru nie, terus join masuk bakti siswa...
yer la...kalau dok kat umah pon bosan asenyer
sebulan cuti, maunyer tak kebosanan kat umah...dah la dok sorang-sorang
daripada buang masa baik ler join sekali ngan budak-budak nie
ayyooo...buang masa ker??? bukan ker memang asyik melekat depan pc nie...hahahaha

selama empat hari tiga malam aku kat sana, felda chiku 5, gua musang, memang best...
sampai kat sana paling lambat..ayyooyooo...semua orang dah ada kat sana
aku pergi pon ayah yang hantarkan, sekali ngan budak-budak nie
lepas dengar beberapa taklimat, kitorang dapat ayah angkat...aku dapat tiga adek-beradek
fuhh...ramai tol...

inilah famili terbaru kat sana...itulah abah kami bersama kak maz, kak wara dan jugak wie

banyak gak aktiviti yang ada, antaranya gotong-royong bersih kawasan balai dan masjid, buat lawatan pasal IKS, gotong-royong masak kat balai ngan orang kampung...ha..dan tak lupa jugak, kirorang ada buat persembahan kat sana, aku pon join sekali la..tajuk sketsa kitorang 'JASA BONDA'
masa buat latihan main-main jer, tak sangka pulak masa yang betul-betul tu dapat sambuatn dari semua
asyik tergelak jer masa lakonan tu, lebih-lebih algi budak-budak yang dok kat depan
time sedih pon diorang gelak...haish..tak paham tol la...

masa kitorang buat latihan lakonan

 lakonan pada malam kebudayaan...terselit sekali ngan nyanyian pada akhir lakonan


gotong-royong bersihkan kawasan padang...sempat lagi posing

banyak kenangan manis yang aku tinggalkan kat sana
kalu boleh rasa nak pergi lagi kem bakti siswa pada masa hadapan nie
nak rasa macam mana keadaan di tempat lain pulak

kenangan bersama di FELDA CHIKU 5, GUA MUSANG

gambar sebelum sampai di felda...aku tak der masa nie..semua nie dari melaka

antara kenangan bersama di sana...




 


Wednesday, December 8, 2010

Timor Garden

apalah tajuk yang aku bagi hari nie... aku pon tak tahu
tetiba jer aku nampak kat kulit coklat nie ada nama tu...
hahaha...coklat apa eh??? coklat yang fuza bagi kat aku masa dia nk fly balik kl hari tu...
thanks fuza...


aish...yang aku heran nyer seronok benar mak aku bila aku sebut fuza nak datang ngan mama dia
sebelum tu fuza ada call aku, bagitahu yang dia nak datang ke kelantan ngna mama dia
aku pon bagi tahu la kat mak aku...senyum pulak aku tengok dia semacam jer

pagi tu aku drive la ambik fuza baru sampai ngan mama dia
kesian pulak aku tengok, baru jer sampai dah nak pergi buat demo
nak rehat kejap pon tak boleh nampak gayanya

masa kat sana, aku pon tak buat aper-aper, tolong la aper yang patut
dengar diorang buat demo best jugak aku tengok
sampai aku terikut-ikut ngan peserta yang datang hari tu

lepas habis selesai semua kerja, ingat nak bawak balik fuza ngan mama dia kat umah
tak sempat la gayanya... terus hantar kat airport
lebih kurang lapan jam jer diorang kat kelantan
banyak kerja katanya belom selesai lagi...

ingatkan nak tunggu tengok diorang berlepas, tak sempat pulak
zohor pon dah lewat...terus la aku balik yang mak ayah aku nie
hari tu aku kene test lagi, mak aku cakap dia tak rasa lagi nak break kaki kat belakang
nampak gayanya aku pas la nie...hahahhaha

adoooiii....hari nie pon kene test lagi...aku kene drive dari rumah sampai la atas pada melor
lama giler aku drive, sampai sakit pinggang aku nie...
macam mana la aku bawak hari nie...semalam dah pas...hari nie fail lagi
asyik kene perli jer ngan mak ayah aku...macam mana lah jpj boleh bagi lesen kat aku nie

mak aku cakap, kalau dia jadi jpj tu, memang sah aku tak dapat lesen lagi
aku cakap, nasib baik mak aku tak jadik jpj tu, kalau tak kempunan lah aku lesen
dah la kene bayar mahal...adooyaii...
tergelak aku...tiap kali aku drive, mak aku la paling kuat dia tergelak
haish....hangin aku rasa...nak kuar kat kb pon tak lepas
macam mana la aku nak bawak jauh-jauh....

~hwaiting kama.... hwaiting!!!~

Monday, December 6, 2010

Pandu Kereta

adoiiii...kelakar bila teringat time aq bawak kete...walaupun aq dah lepas jpj dengan jayanya, tak semestinya aq bole lepas dengan jabatan yang lebih besar nie
saper lagi kalau bukan abah ngan ummi aq
walau dah terpampang pelekat 'P' kat kete, aq still tak boleh bawak lagi
mesti kene ada diorang kat sebelah, tak pon salah sorang mesti ada
baru nak try ada feel bawak kete sorang-sorang, dah kene sekat....padan muka aku

yang nak tergelaknya, hari pertam aq kuarkan kete dari umah aq,
dah nak terlanggar ngan van
nie gara-gara aq tak tengok cermin kiri la
aq pon terkejut gak, asal lak aq bleh tak nampak van kat belakang
oppss...silap, asal lak aq boleh main redah jer

yang paling kelakar sekali, masa aq bawak kete, abah ada kat tepi aq
ummi plak kat belakang abah, yang aq tak tahan tu..
ummi siap ada break kat kai aq kat belakang
aq tanyala ada break ke kat belakang tu...
ummu cakap dia kecut perut naik kete ngan aq
sampai automatik kaki dia break sendiri kat belakang walaupun sebenarnya xder break pon..hahahaha
aq yang tengah mandu pon tak tertahan gelak tengok ummi tengah gelak sakan kat belakang

adooiii...bila la aq dapat lepas dari jpj keluarga nie
sampai nak bawak kawan-kawan keluar pon diorang tak lepas lagi
kalau aq sebut jer nak bawak kete
mulalah diorang tergelakkan aq
abah aq kata aq kene biasa ngan stereng dulu
biar mahir atas jalan raya yang sibuk
ummi aq pulak cakap macam mana lak si jpj boleh lepaskan aq
aq kene mahir atas jala kampong dulu
dua-dua pendapat bercanggah...tapi aq tahu itu semua untuk aq mahirkan lagi la tu...
harap-harap lepas nie aq dapatlah bawak dengan yakinnya
takder la dengar ummi ngn abah aq asyik tergelakkan aq jer

Wednesday, December 1, 2010

Award pertama: dari Ika Puk Puk


sukanya bila bukak jer blog nie...
ada orang bagi award kat kama
mekasih la banyak-banyak kat IKA
inilah award pertama yang kama dapat
lolipop ag...

harap-harap bila bukak blog
ada banyak lagi yang sudi bagi award kat blog nie
~mekashih~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...