Wednesday, August 29, 2012

salam lebaran 2012


$alam Lebaran 2012

mungkin terlambat skit tapi asanya dalam bulan syawal lagi kan. saper-saper yang nak beraya lagi tu silakanlah. yang ada rumah terbuka sepanjang syawal nie jangn lupa jemput ke umah

tetiba teringan beraya tahun nie. keluar pagi ambik sue (tengah) kat umah dia nak pergi umah yana (kiri). bukan main jauh lagi umah yana nie. padahal yang jauhnyer sebab jammed. panjang bukan main. tapi alhamdulillah...laluan yang kami lalui tu tak jammed pon. laluan sebelah yang jammed manjang. baik masa pergi mahupun masa balik.

ada kes plak dah masa balik dari umah yana nie. 'tercium' kete otang kat depan. atooiiiii...tak sedar terlepas break masa dok brenti masa jammed kejap. syok doh berbual ngan dak yana ngan sue. padahal tak sedar pon dah 'cium' yang depan. tersedarnya sebab tuan kete depan keluar tengok kete dia. alahai...tak der kesan calar pon. nasib dia pon tak marah sangat. orang luar gamaknya dengar dari perbualan.

"u main handphone ke?" ayat pertama yang keluar dari mulut tuan punya kete. apa lagi buat muka kesian dan buat kaku jer. tapi terus la cakap mintak maaf sebab asanya memang salah diri sendiri kan lalai masa bawak. siap cakap 'mintak maaf pak cik' lagi. masa interi dia dia keluar pon terus cakap 'mintak maaf mak cik'. yang kelakarnya siap tanya agi soh maafkan.

"pak cik, maaf eh pak cik. maaf eh"..."maaf eh mak cik". kejap jer kitorang bual tak sampai lima minit pon terus bersurai. sebab memang tak der kesan calar pon. asanya nielah kali pertama pi 'cium' kete orang lain sejak dapat lesen nie. alahai badan. nasib la ko eh.

dah yana plak siap cakap "ko panggil pak cik eh. aku tengok muda lagi" kitorang dok gelak jer lam kete. dah masa tu gabra bagai kan. pak cik pon pak cik la. asal semua lepas. masa lam kete dok gelak siap sakat sal pak cik tadi. mesti bengag pak cik tu sebab panggil dia pak cik.

habis semua tempat kitorang tepon nak pergi. semua keluar beraya kat tempat lain. last-last pi cari rumah terbuka program terbuka raya kat mana-mana. tak der rezeki kan. semuanya dah habis. apa lagi...kitorang pi beraya kat mall. ingatkan tak der orang raya-raya nie. banyak jugak eh. mengidam nak makan kfc. perghhhh.....ramai giler. nak makan punya pasai, tunggu saper-saper dah siap makan terus pi rembat meja.

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...