Thursday, June 14, 2012

kesabaran tahap melampau mak cik oiiiiiii

tetiba hangin plak teringat petang tadi masa dok cari kedai makan. dah la lapar sangat perut nie, cari kedai tak jumpa.

ish3..merata cari kedai nasi kukus kat pengkalan chepa. ada satu tempat nie orang cakap sedap, tapi memang sedap la sebab dah pernah makan, bos belanja. tapi dia bungkus tak pernah pergi kedai. jadi, ingat petang tadi nak la merasa makan kat kedai dia. pusing satu pengkalan chepa mencari. tinggal tak pusing airport jer tadi.

dah jumpa kedai mak cik plak yang buat naik hangin satu badan.

"nie sapa dulu yang datang?" mak cik tuan kedai
"saya dulu" mak cik baju biru yang beratur
"awak beratur la kat belakang tu!" mak cik tuan kedai dengan suara macam nak makan orang cakap kat aku ngan yana.

aku pon pergi la kat belakang. yer la dah salah aku kan. tapi mula-mula sampai memang beratur kt belakang mak cik baju biru. cuma pergi depan jap la nak jengok lauk yang ada.


"nie kenapa tak pergi belakang" mak cik tuan kedai
"saya datang lepas mak cik nie" aku tunjuk kat mak cik baju biru
"beraturla kat belakang sana tu kan dah terlepas!" dengan suara tinggi mak cik tuan kedai

pergh...rasa tebal jer telinga ngan muka tadi. ramai orang kot yang beratur kat situ. lepas tu plak, mak cik tuan kedai membebel tak henti-henti. bungkuskan lauk ngan nasi pon main hentak-hentak jer. senduk, pinggan dia hentak semua sambil membebel.

Ya Allah..sabar jer aku beratur depan dia. kalau bukan ada yana ngan sue sekali aku rasa memang dah blah. tunggu dia masukkan semua lauk ngn nasi dalam pinggan tu, terus aku cabut. biar padan muka. makin naik angin aku rasa mak cik tu.

"eh..mak cik. kitorang nie baru pertama kali datang kedai mak cik nie. tak tahu lagi kat mana nak berdiri. kalau saya tahu tak der la buat macam tu"

kalau la mak cik tu cakap:
"dik, lain kali beratur kat belakang tau. kesian yang lain beratur kat belakang tu"

aku mesti akan jawab:
"maaflah mak cik. saya pertama kali datang sini. tak tahu lagi"

kan manis dengar macam tu. kalau tak menjerit, suara kuat memang tak bleh hidup ker mak cik oiiii. kan makin naik darah memalam nie.

yang makin tak best dengar tu. kitorang ngah makan nasi. nasib dah nak habis. boleh plak mak cik yang satu lagi dok bebel pasal tadi. Ya Allah. kuatkanlah semangat sabar nie. dia ulang punya ulang punya ulang. agaknya nak soh kami dengar kot. last-last aku cakap kat yana soh habiskan makan tu cepat-cepat, berambus dari kedai tu.

aku tengok ngan laki yang masuk kedai tu bukan main layan elok jer. siap tanya air order ker belom padahal layan diri kot. kitorang tak der plak nak tanya. dah macam ulat bulu naik daun. oooo...ngan kitorang nak maki la. ngan laki elok jer yer. fine mak cik..fine!!!

tak per la mak cik. ini first and last aku pergi kedai ko kat situ. semoga Allah membuka pintu hati mak cik-mak cik semua supaya beradap sopan bila dengan pelanggan. tak payah pilih bulu ker apa ker yer.

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...