Wednesday, May 2, 2012

salahker kalau beza umur

"kadang-kadang kita sendiri tak faham apa yang hati kita nak...dan kadang-kadang itu jugak lah orang lain yang faham dari apa yang kita tahu. dan mungkin kita sendiri tak tahu apa yang kita tak tahu dan nak dalam hidup nie".

semalam lepas balik jenjalan ngan anak buah, kira-kira nak tengok citer 'cinta buat emelda' la kan. yang isnin punya tak tengok lagi, selasa pon sama. malas dok tunggu tengok tonton, layan pulak citer 'menicntaimu' yang main kat tv3 dalam carekarama sabtu lepas. tak sempat nak tengok hari tu sebab kilat campur hujan lebat sangat. takut, terus tutup tv, masok tidor.

mula-mula memang sweet sangat tengok eman manan ngan sharifah amani couple lam drama nie. mesti ada yang cakap citer tu tak masal kan. hati ngan perasaan orang tak sama la wak. mungkin ada yang suka orang muda, tapi ada jugak yang suka orang yang dah berumur *erm...macam cakap kat diri sendiri jer kama* jodoh semuanya dariNya, kita tak berhak untuk menidakkannya. walau banyak kita berusaha untuk mengelak, dah namanya jodoh memang tak boleh nak lari.

tapi memang tak boleh nak gambarkan la kan bila tengok izwan (eman manan) dengan juliana (sharifah amani) bercinta. lebih-lebih lagi bila tengok izwan dok tengah angau nagn juliana. sweet sangat tengok diorang. siap bertelefon siang malam, dinner bagai lagi. comel sungguh.
dah la tengok sorang-sorang dalam bilik nie. dok senyum sendiri jer. tengah malam-malam nie nak tergelak jer kejer. lagi la ketawa bila couple nie dating. cara orang yang berumur dating nie lain skit la kan dari yang muda. lagi nampak matang dan ada 'isi'.
masa izwan bagi cincin kat juliana sebagai tanda (tak nak cakap hal yang disebaliknya) gugup jap jantung nie. yerla..izwan kan dah nak baya ayah juliana *dah memang kawan ayah dia pun* macam lain jer tengok masa tu. berdebar tu tak yah nak cakap la kan *maaf...terlebih jap*. comel la bila tengok dia buat mcam tu. 
- sebenarnya dok fikir bila la agaknya dapat macam tu kan -
- tanya ummi ngan abah tau..hehehehe -

tapi yang sedihnya dua-dua tak jadi kawen...rasa hampa kejap
kata-kata yang izwan cakap kat juliana memang rasa sedap jer dengar

... cinta adalah anugerah ...
mereka yang tidak menyukai cinta
menyebutnya satu tanggungjawab

dan mereka yang hanya ingin bermain dengan cinta
mengganggapnya sebuah permainan

dan mereka yang tidak pernah menikmatinya
menyebut cinta itu satu impian

mereka yang benar-benar menycintai
akhirnya tidak kesampaian
menyebutnya takdir

kesian tengok diorang tak jadi kawen
tapi mungkin ada hikmah disebaliknya
perlu ada persetujuan kedua-dua belah pihak
tapi kan kalau dua-dua jadi kawen
memang sweet sangat tengok
tak kisahlah perbezaan umur ker apa ker
yang penting kebahagian yang bakal dikecapi
- peace -

credit to: MENCINTAIMU TV3

p/s: cinta itu buta dan ia tak mengenal usia.
- suka tengok eman manan berlakon. hero malaya -

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...