Wednesday, May 2, 2012

CINTA LIMA JARI

tahukah kenapa cincin tunang atau cincin kahwin disarungkan dijari manis
jangan bercakap soal cinta kalau tidak tahu CINTA LIMA JARI
"rapatkan kelima-lima jari..kanan dan kiri. 
ibu jari bertemu ibu jari dan kesemua jari bertemu. 
lipatkan jari tengah, kedua-dua jari tengah"

renggangkan kedua-dua ibu jari
kedua-duanya boleh direnggangkan
kedua ibu jari mewakili kedua orang tua kita
suatu hari nanti bila sampai ketika dan waktunya,
mereka pasti akan pergi meninggalkan kita

renggangkan kedua-dua jari telunjuk
kedua-duanya boleh direnggangkan
jari telunjuk mewaikili adik-beradik kita
mereka akan membina kehidupan masing-masing 
dan juga pasti akan meninggalkan kita pada suatu hari nanti

renggangkan kedua-dua jari kelingking
kedua-duanya boleh direnggangkan
jari kelingking mewakili anak-anak kita
mereka akan membesar, akan membawa haluan hidup masing-masing, 
berkahwin, beranak, dan juga pastinya 
suatu hari nanti mereka akan pergi meninggalkan kita

sekarang
renggangkan kedua-dua jari manis
kedua-duanya tidak boleh direnggangkan
sebab itulah cincin tunang ataupun cincin kahwin disarungkan dijari manis

sebab cinta jari manis adalah cinta yang bersumberkah daripada fitrah Allah
yang lahir daripada rohari
daripada sanubari yang ikhlas, jujur
bukan kerana ada apa-apa
tapi kerana kecintaan itu sendiri
barulah cinta itu akan menjadi indah, murni, suci
dan akan kekal selama-lamanya

tapi
persoalannya...
adakah masih ada CINTA JARI MANIS ???

credit to:
drama MENCINTAIMU TV3

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...