Saturday, February 4, 2012

Ya Allah...sudah lama aku meninggalkanMU

niat terbuku dah lama terpendam
cuba gerakan diri yang belum sempurna
tiap detik....tiap saat
memikirkan gerak geri badan
apakah suda bersedia untuk memulakannya
atau masih berada di takuk yang lama

ya...sudah memulakannya
pagi ini, lebih kurang pukul satu
bermula suatu baru
apa yang pasti sudah lama meninggalkannya
jika tak salah
kali terakhir pada tujuh tahun lepas
Ya Allah
terlalu lama masa ku meninggalkanMu
tapi masih lagi Engkau memberi rahmat pada ku
aku bersyukur sangat padaMu

pagi ini
memulakan lembaran baru
membuka naskah baru utusan Nabi ku
yang sekian lama ditinggalkan
semoga dengan langkah ini
akan menjadi sinaran baru dalam hidupku

Al Quran..ya...Al Quran
sekian lama ditinggalkan
kita bertemu kembali kini
bersyukur dengan sepenuh hati
bertemu sebelum ditarik oleh utusan Malaikat
diberi ruang menjengah semula Al Quran Mu

sekian lama ditinggalkan
ada kalanya dibaca berulang kali
takut-takut salah tafsirannya
tapi, Alhamdulillah
ingatan pada pembacaan masih lagi segar
masih lagi lancar seperti dulu kala

Insya Allah...
sehingga diberi peluang
akan merebut peluang
bukannya selalu ada peluang
yang diberi ruang
jadi akan sentiasa mengambil ruang
untuk merebut peluang yang ada

terima kasih Allah
walau sekian lama meninggalkan Al QuranMu
masih deberi dan dimanjai dengan kenikmatanMu
selagi kudarat yang ada ini
akan dinikmati sepenuhnya

semoga dengan penghayatan pembacaan ayat yang suci ini
dapat menyucikan semula hati yang gelap ini

p/s: tak salah untuk memulakan semula sesuatu yang pernah dibuat dahulu dalam masa yang agak panjang, apa yang salah adalah terus meninggalkannya tanpa menoleh semula

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...