Thursday, December 27, 2012

hantu datang lagi!!!

... assalamualaikum ...
lama pulak rasanya tak update blog. dah berhabuk sarang labah-labah dah nie.
dah..nyah semua dari blog nie. labah-labah ker, semut itam ke, tikus ke..semua pi main jauh-jauh

dah dekat hujung sem nie. maknanya exam final makin dekat la kan. bukan makin dekat dah nie, memang minggu depan dah. tak jauh pun perginya nie. alahai....sibuk nak exam nie la macam-macam hal kan. malas ker tidak tu persoalan kedua..yang penting memang kene baca
kenapa pulak si kama nie merapu-rapu kat sini. lama sangat agaknya tak update blog kot

minggu lepas balik kampung. memang tak dirancang pun sebenarnya. ingatkan nak balik lepas exam. tapi bila cousin cakap dia nak tunang, terus beli tiket balik kampung. dekat ngan chrismas kan, manalah tahu tiket habis.

masa kat kampung banyak plak citer baru yang timbul. tapi tak semua kan nak kene tulis kat blog. opsss...rahsia di situ.
malam nie nak update pasal 'oooooo'
apa tu? ntah la...asanya macam nie kot bunyi hantu  
hantu? kenapa pulak cakap pasal hantu nie?
nak cerita banyak memang tak tahu nak cakap. tapi memang nie la nak citer kat sinie.

sebenarnya dah lama dengar pasal hantu kat umah nie. maklumlah bekas rumah tu orang cakap tempat hutan dulu-dulu. kat belakang rumah plak tempat telaga lama yang kene timbus. korang fikirlah sendiri apa agaknya  keadaan kat umah tu.

kitorang banyak kali gak la kene usik. ingatkan dah brenti sebab dah berapa tahun senyap lepas ummi panggil orang datang umah tengokkan keadaan kat sana. tapi bila balik hari tu, kisah nie timbul balik. mungkin sebab diorang bosan kot kene simpan lelama kat mana-mana.

kalau dulu-dulu, abah penah nampak pompuan masak kat dapur, bau masakan ngan pewangi. fuhh..memang bau abah cakap. ummi plak penah main tutup lampu ngan sapala entah kan. lepas tu ummi mimpi yang 'mereka' marah bila kitorang halau 'diorang' dari rumah. kak long plak penah nampak budak kecik depan tv masa tengah malam kitorang tidur lam bilik. seram plak ingatkan masa tu. mana taknya, kama ada sekali lam bilik tu tapi alhamdulillah tak nampak apa-apa. lepas tu, kak long ada gak dengar bunyi congkak main tengah malam. sapalah nak main masa orang tidur kan. abang plak nampak wajah manusia yang bercampur-campur kat ruang tamu. wajah tu plak wajah keluarga kami yang dah meninggal dunia dan campur ngan wajah ummi dan abah. apalah agaknya jadi tu memang tak dapat nak bayang skang nie.

kama plak...tak la banyak macam diorag kene. dalam banyak-banyak, memang kama paling kurang kene. maklumlah bukan selalu ada kat umah. tapi penah jugaklah dengar pompuan nyanyi. masa tu meremang bulu roma tetiba. ada kes plak masa tidur dalam bilik, terasa kaki kene pegang dan kene sentap aka renjat kat sapa pun memang tak tahu. yang pentingnya rasa tangan orang pegang tu memenag jelas hingga sekarang.

yang nie semua kisah dulu-dulu. tapi bila balik kampung tempoh hari banyak pulak kisah baru yang timbul. bunyi orang kacau air memalam la..bukan nye sekali, banyak kali plak tu. yang pastinya tak der sapa yang bangun buat air masa tu. ada plak kes yang dengar orang berjalan masuk rumah tapi berhenti tetiba. bila tengok tak der orang. tapi bunyi pintu pagar dibukak tu memang jelas. ada lagi kes dengar orang bercakap dengan jelas tapi bila tengok tak der saper pon kat situ. alahai...datang lagi ker kes nie.

penat nak layan semua nie. tapi bila orang tanya tak takut ker kama dok sorang kat umah, kama banyak gak la fikir. takut? memang ada skit. tapi kama selalu fikir yang Allah tahu kemampuan kama pada masa tu. kalau kama lemah sangat Dia tak kan bagi kama nampak yang tak sepatutnya orang lihat kan. yang penting nya tu rumah sendiri dan kama dah biasa dari kecik lagi dok sorang kat umah. mungkin sebab tu la kot.

tapi....apa yang penting kan sinie. makhluk lain memang wujud bersama kita di bumi. antara kita tahu mereka kat mana dan kalau kita tak kacau meraka tak kan kacau kita.

banyakkan zikir dan selalu beristighfar..:D

p/s: nasib ada +Nurul Artikah kat sebelah nie tolong teman kalau tak asanya tak update blog pasal nie malam-malam buta nie

Monday, November 5, 2012

jom kita serbu red velvet cake

* ehsan en google *

lama sangat mengidam nak buat red velvet cake nie. sejak dari LI lagi dapat resepi tapi tak jugak buatnya.
alhamdulillah...sempena raya haji tempoh hari yang beraya kat 'perantauan' nie, cake yang lama dok ngidam nie akirnya masuk jugak dalam perut.
sambil beraya ngan mamber, apa salahnya buat sekali red velvet kan.
lepas cake tadi dah siap bakar..
rupanya bukan main lagi geram jer tengok kan.
apasal la tak cantik sangat aku buat nie.
tak per la...bila masuk perut semua jadi sama kan.
ayat nak sedapkan hati jer. 
taa..da..ni hasil semua lepas sapu dengan cream cheese atas kek tadi
resepi nie buat yang berganda sebab nak buat dua tingkat
jadi ke tak tu tuan punya yang tahu

bila post semalam ramai pulak yang tanya resepi plak
jadi..rasanya baik tulis jer kat blog nie dan bagi jer link kat saper yang nak
lagi senang kan semua tahu resepi red velvet cake nie

dah..dah..daripada banyak dok membebel lagi
baik tulis cepat resepi nie.
jom...:D

red velvet cake

bahan A
- 1 2/3 cup   self rising flour
- 2 tbsp        serbuk koko
- 1/2 tsp       baking soda
- 125 gm       butter
- 1 cup         gula halus/gula kastor

bahan B
- 2 biji       telur gred A
- 1/2 cup    fresh  milk
- 1/4 cup    buttermilk (1/2 cup milk + 1/2 tbsp cuka - biarkan 15-20 min) 
- 1 tsp        esen vanilla

bahan C
- 1 tsp        cuka
- 1 tsp        pewarna gel merah

cara-cara membuat
1.  butter + gula  - pukul berkrim
2.  masukkan telur satu persatu. mix well setiap kali masuk
3.  tambah esen vanilla
4.  tambah bahan tepung selang seli dengan buttermilk dan susu segar
   (mula-mula masukkan 1/3 tepung, 1/2 buttermilk & susu, 1/3 tepung, 1/2 tepung, 1/2    buttermilk & susu, dan akhir sekali masukkan tepung) - start with flour end with flour!
5.  tambah cuka dan pewarna. kaup balik dengan sepatula
6.  bakar dalam oven 170`c, 30-40 min (saiz loyang 8' @ 9')

topping red velvet cake : cream cheese frosting

- 227 gm    cream cheese
- 227 gm    mascarpone @ cream cheese
- 1 tsp       vanilla
- 115 gm    icing sugar - ayak
- 360 ml     heavy cream (whipping cream)

1.  pukul cream cheese + mascarpone + cream cheese - smooth
2.  tambah vanilla, tambah sugar - sugar
3.  tambah whipping cream sikit-sikit


nampak banyak kan resepi dia. tapi tak susah sebenarnya nak cari bahan.
eh..satu bahan tak jumpa nak cari, mascarpone. yang nie kalau tak jumpa tak per, 
guna jer cream cheese.
nak cari jugak tu terpulang la. kalau ada pun mahak sikit la sebab ia asal dari italy.

apa pun selamat mencuba..:D

Wednesday, August 29, 2012

salam lebaran 2012


$alam Lebaran 2012

mungkin terlambat skit tapi asanya dalam bulan syawal lagi kan. saper-saper yang nak beraya lagi tu silakanlah. yang ada rumah terbuka sepanjang syawal nie jangn lupa jemput ke umah

tetiba teringan beraya tahun nie. keluar pagi ambik sue (tengah) kat umah dia nak pergi umah yana (kiri). bukan main jauh lagi umah yana nie. padahal yang jauhnyer sebab jammed. panjang bukan main. tapi alhamdulillah...laluan yang kami lalui tu tak jammed pon. laluan sebelah yang jammed manjang. baik masa pergi mahupun masa balik.

ada kes plak dah masa balik dari umah yana nie. 'tercium' kete otang kat depan. atooiiiii...tak sedar terlepas break masa dok brenti masa jammed kejap. syok doh berbual ngan dak yana ngan sue. padahal tak sedar pon dah 'cium' yang depan. tersedarnya sebab tuan kete depan keluar tengok kete dia. alahai...tak der kesan calar pon. nasib dia pon tak marah sangat. orang luar gamaknya dengar dari perbualan.

"u main handphone ke?" ayat pertama yang keluar dari mulut tuan punya kete. apa lagi buat muka kesian dan buat kaku jer. tapi terus la cakap mintak maaf sebab asanya memang salah diri sendiri kan lalai masa bawak. siap cakap 'mintak maaf pak cik' lagi. masa interi dia dia keluar pon terus cakap 'mintak maaf mak cik'. yang kelakarnya siap tanya agi soh maafkan.

"pak cik, maaf eh pak cik. maaf eh"..."maaf eh mak cik". kejap jer kitorang bual tak sampai lima minit pon terus bersurai. sebab memang tak der kesan calar pon. asanya nielah kali pertama pi 'cium' kete orang lain sejak dapat lesen nie. alahai badan. nasib la ko eh.

dah yana plak siap cakap "ko panggil pak cik eh. aku tengok muda lagi" kitorang dok gelak jer lam kete. dah masa tu gabra bagai kan. pak cik pon pak cik la. asal semua lepas. masa lam kete dok gelak siap sakat sal pak cik tadi. mesti bengag pak cik tu sebab panggil dia pak cik.

habis semua tempat kitorang tepon nak pergi. semua keluar beraya kat tempat lain. last-last pi cari rumah terbuka program terbuka raya kat mana-mana. tak der rezeki kan. semuanya dah habis. apa lagi...kitorang pi beraya kat mall. ingatkan tak der orang raya-raya nie. banyak jugak eh. mengidam nak makan kfc. perghhhh.....ramai giler. nak makan punya pasai, tunggu saper-saper dah siap makan terus pi rembat meja.

Saturday, August 4, 2012

rutin puasa

dah jadi rutin tahunan bila musim puasa. benda sama jer akan buat hari-hari. kalau orang lain mesti sibuk dengan persiapan raya, baju raya, kuih raya kan semuanya. amboiii..raya sakan korang semua yer. tapi yang jadi musykil nie apesal la budak sorang nie tak sama dengan yang lain. persiapan raya? hhhmmmm...jangan ditanya. memang dah siap sebelum puasa lagi. opsss...dah terlebih excited nie. 

tak der lah..semua nie jadi macam dah biasa sangat. mungkin makin besar, pemikiran pun dah dewasa. tak kisah sangat baju raya berapa pasang atau nak kan yang baru. kadang-kadang yang baru tu satu atau dua jer. yang lain tu ulang-ulang daru tahun lepas. lagipun baju yang diulang tu tak pakai sangat buat rutin harian. jadi tak der seganlah nak pakai. eh? segan ker? buat apa nak segan dengan pakaian. jumpa orang tu senyum bukan nak tunjuk baju kan.
oh yer...rutin harian bulan puasa? dah macam tahun-tahun sebelumnya.
buat apa yer.....hhmmmmm...
kalau tiba bulan puasa nie, budak sorang nie tak tidur malam la gamaknya. jadi kelawar tetiba. malam dia jadi siang, siang dia jadi malam. kiranya tak ridur sampai la lepas sahur...eh..bukan...lepas subuh. jadi, lepas subuh tulah masa malam si budak nie.

apa yang dibuat budak sorang nie kan? hasih...tengok movie, drama, show yang ada kat dalam lappy nie. aha...budak nie tak bleh relax kalau tak tengok lappy, kalau tak dok depan lappy. tv? kalau nak cakap orang kata tipu pulak. tapi memang dah lama tak tengok tv. kalau nak kira sebulan dua boleh jadi jugak. ada tu ha tv kat luar sesorang dia kat situ. tak der orang sentuh pun. kalau bukak pun bila sedara datang, bukak la jugak bleh tengok berita. kalau nak ikutkan...memang tak berasap la tv tu.

tengok drama kat lappy nie bukannya berulang. banyak sangat sampai tak habis nak tengok. tapi, kalau habis pun tak per sebab boleh terus download yang baru kan. sebelum habis yang lama tu dah download yang baru. atooiiiii...apa nak jadi ngan budak nie. masa nak sampai ker sahur tu asyik dok layan drama la nie. kalau tak drama korea, movie hindi atau omputeh. tak pun variety show dari korea. tapi kalau show tengok petang jer. malam untuk movie. wah..siap sedia mana nak tengok. dah ada dalam jadula kiranya tu.

dalam tengah hari jam condong ke kanan banyak skit baru la mata terbukak. kalau dalam jam pagi-pagi tu mata memang tak terbukak langsung. orang sms ker tepon ker memang tak sedar. ngantuk sangat kiranya tu. lepas bangun dan buat apa yang patut, apa lagi tengok variety show yang ada lam lappy nie jer la. kalau dah habis, korek kat mana-mana sumber lepas tu download yang baru. kalau tak...haish..bosan.

dalam seminggu nak kira turun rumah boleh la kot sekali dua. kalau nak kira tu dalam dua minggu pun ada terperuk dalam bilik. memang jadi anak dara betul. keluar pun keluar bilik jer. tu pun masa berbuka, malam ngan sahur jer. aduhaiii...apa nak jadi dengan budak nie kan.

dah memang nielah rutin tiap-tiap tahun kalau bulan puasa kat umah nie. nak jadi apa pun tak tahulah ngan budak sorang nie.

jap...nak kongsi drama yang dah tengok dan akan tengok. semuanya best sangat.

~ Gentlemen's Dignity *tengah tengok*
~ Time Slip Dr Jin *belum lagi*
~ Golden Time *akan datang*

kalau tok variety show yang best bleh tengok...
~ strong heart ~ win win ~ hight after night ~ come to play ~ running man ~ happy together

selamat berpuasa dah hari raya aidilfitri ~ maaf zahir dan batin

Friday, July 13, 2012

yes!!! we have done industrial training

dalam dok sibuk nak habiskan LI nie, pening kepala jap dok pikir nak habiskan report yang tak sudah-sudah buat tak habis-habis. padahal mula buat report dari awal bulan tiga lagi. sampai bulan tujuh pon belum tentu siap lagi. adoiiii..pening dok pikir sorang-sorang.

tapi, alhamdulillah berkat semua kengkawan dan ada yang sudi toong kami siapkan report nie, dengan jayanya kami siapkan sebelum habis LI lagi. yahooo. kitorang nak habis LI nie memang habis terus semua. tak yah dah nak pikir soal report lagi. senang kan kalo gitu. habis LI maknanya boleh tersenyum aman.

nak habiskan report sebelum LI nie bukan senang tau. siang malam kitorang buat, dok bincang, cari maklumat sana sini. entah sesapa dah kitorang jumpa. alhamdulillah, ada yang sudi tolong kami siapkan report dengan baik. gembiraa tu tak yah nak cakap dah. tersenyum sampai ke telinga dah nie skang. tak yah nak c-bok dah citer sal LI.
ini dia buku yang jadi pujaan kami siang dan malam dok habiskan masa mengisi data lam nie. kalo tak buat yang nie kan entah cam ner la markah kami nanti. tapi yang penting, aku nyer buku memang tak boleh buat contoh gamaknya. 
*yang nie sue dengan yana mesti tau punya* 
lepas habis semua print report dan tunggu masa nak binding jer kat sebelah kedai. masa nie kitorang keluar jap dengan izin dari bos nak poskan report. padahal hari rabu kan tapi nak buat cam ner masa dah suntuk. dari kol 9 pagi kami keluar nak settle benda nie. penat tak yah nak citer dok tunggu semua siap. kami siap pergi makan lagi kat kedai depan. maklumah semua siap masa tengah hari, perut pon tengah memanggil dengan lagu dangdut nie tau. 
nie lah hasil report dari aku. penat, letih, pening, rasa nak tepon semua orang, semua bercampul gaul masa buat benda nie. alhamdulillah...selesai jugak dengan jayanya buat report dengan dak yana ngan sue.
apelah benda nie kan?
kotak nie hasil kami bertiga. penat tau beli kotak cantik kat dalam nie nak poskan report ngan buku kat supervisor kitorang kt melaka. jauh kotak nie dok merantau kan. berat dia tak yang nak citer la kan. tak per la demi report ku tersayang, habiskan duit sikit pon jadilah. bukannya selalu bleh buat cam nie.
yes!!! akhirnya....kami buat shooting skit kt masjid cantik belakang kilang kat kitorang buat LI. cantik sangat masjid ukiran kayu nie.
WE HAVE DONE LI!!!
alhamdulillah..bersama yana..sue..aku 
horeyyy!!! lepas nie dah boleh masuk sem baru..

p/s: kepada semua yang terlibat bantu kami siapkan report nie terima kasih bebanyak sangat. jasa semua tak dapat kami nak balas..:D

Monday, June 25, 2012

perdebatan wacana perdana ke-11

alhamdulillah...berkesempatan kali ini di Balai Islam, Kota Bharu. ingatkan mula-mula sampai, dah lama diorang berdebat, rupanya baru mulakan wacana. maklumlah pukul 9 mlm lebih baru bertolak dari rumah. excited sangat nak pergi kan, kol 9 lebih pon hentam la jugak. tak tahu nak pakai apa, bedal jer jubah senang. ingatkan nak rasmi time raya nie, dah rasmi awal-awal lagi.

mula-mula wacana perdana dalam keadaan biasa jer. maklumlah baru nak rasa feel dalam dewan kan. makin lama makin hangat. dah macam nak 'bergusti'. 

satu persatu dikeluarkan bidasan dari panel-panel jemputan. semuanya beserta dengan hujah masing-masing. masa kat sana pun tak dapat nak masuk dalam dewan sebab penuh sesak sangat. maklumlah, dah lewat skit sampai. terpaksalah dok kat luar tengok melalui skrin besar. ramai jugak la kat luar pun.

makin lama dah jadi makin hangat. semuanya dok bersorak dengan kata-kata hujah ahli panel. secara jujurnya dari pemerhatian, dari semua panel yang hadir, dr riduan tee lah rasanya paling sikit dapat berhujah. sebab dan kenapa yang sebenar tak berani saya katakan. tapi ada sebab dan munasabah yang saya tahu kenapa beliau disorak semasa bercakap. dr riduan siap berdiri lagi semasa beliau berhujah. maklumlah, bila jer dia mula berhujah dah kecoh satu dewan. tenggelam timbul jer suara beliau. tapi dari pandangan peribadi, saya 'kurang gemar' dengan hujah-hujah beliau.

panel yang paling banyak 'dilanyak' dengan soklan malam tu tak lain tak bukan ust. fathul bari. moderator siap membilang lagi berapa ramai penanya soklan yang beratur. kalau diikutkan lebih asanya pukul satu nak habiskan semua soklan malam tu. tergeleng-geleng kepala ustaz bila dapat soklan yang bertubi-tubi tu. mananya tak...hampir kesemua soklan yang diberikan bertujukan pada beliau. 

mungkin kerana saya dari kelantan, secara tak langsung saya bersetutju dengan hujah-hujah yang diberikan oleh dr fadzli. saya bukannya berat sebelah atau pun menunding jari pada mana-mana pihak. tapi saya tahu perasaan yang sebenar bila 'hak kami ditidakkan'. apa yang dr fadzli katakan sedikit sebanyak adalah suara hati rakyat kelantan sendiri.
tapi, dalam banyak-banyak panel yang paling saya suka bila berhujah tak lain tak bukan DR MAZA. niat pertama sebenarnya untuk bertemu beliau di sana. itu hanyalah niat semata-mata. tapi ilmu yang telah saya dapat malam tadi tak dapat diganti dengan benda lain. suka dengar dr maza lantang bersuara malam tadi sebab hujah-hujah beliau tak berat sebelah dan menyeluruh. apa yang beliau nampak salah, beliau katakan ia salah. tapi, bila beliau nampak ia betul, kenapa tidak beliau cakap itu betul.

teringat kata-kata beliau malam tadi. 'jika seseorang itu mendirikan solat dihadapan pintu utama dimana ramai orang yang lalu lalang, orang yang berjalan itu tidak berdosa, tetapi orang yang mendirikan solat itu yang dijatuhkan dosa padanya'. situasi yang simple dan mudah difahami tapi ada maksud besar yang tersembunyi disebaliknya.

soklan yang diajukan malam tadi ada yang kelakar giler. sampai tergelak satu dewan. ada jugak yang terselit dengan royalti minyak, tentang mengundi dan macam-macam lagi lah. sampaikan saya yang berada di luar dewan merasakan bahang perbahasan begitu hangat sekali. dari luar ke dalam, terdengar sorakan-sorakan dari rakyat kelantan. bak kata dr maza, ini mungkin kerana semangat rakyat malam tadi semangat bola dan kemungkinan juga orang kelantan meluahkan perasaan mereka sebab mereka tak dapat siaran-siaran utama di rtm dan tv3. dan yang paling kelakar bila moderator sendiri 'dibedil' oleh ahli panel. 

ikhlas saya katakan, jika anda berada di tempat kami di sini, anda tahu betapa peritnya kami ditindas dan ditidakkan tentang hak-hak kami. tapi mungkin ada yang cakap, "habis..ko yang tak nak tukar pemerintah kan". kelakar kan soklan cam tu. saya nak tanya balik, "negeri-negeri lain yang anda semua cakap bagus tu, betul ker maju sangat? kalau setakat jadi macam negeri kami, baik tak payah cakap banyak". sekurang-kurangnya pemerintah kami di sini sedaya upaya bangunkan negeri 'mundur' nie menjadi maju sehingga sekarang. biarlah orang cakap kami negeri 'mundur' asalakan kami sentiasa maju dalam 'ilmu dan agama'.

satu perumpamaan yang saya nak katakan, "anda ada sebuah rumah yang didirikan atas tanah sendiri. suatu hari ketua kampung merampas rumah anda tanpa alasan yang kukuh. anda terpaksa bekerja keras semula untuk mendirikan sebuah rumah lain atas tanah yang lain untuk kesenangan keluarga. rumah yang lama tadi digunakan oleh ketua kampung untuk disewakan pada orang lain dan mendapat manfaat atasnya. anda langsung tak mendapat apa-apa malah dinafikan hak atas rumah tersebut. anda berhempas pulas mendapatkan balik rumah tapi kesemua geran dan dokumen telah diambil oleh ketua kampung dan bersekongkol dengan pihak lain untuk mendapatkan rumah rampasan beserta tanah tadi"

apakah perasaan anda bila berada di dalam situasi tersebut? rasa nak marah? suka? geram? atau tak kisah jer sebab boleh cari yang lain. orang yang berfikiran matang dan waras tahu apa yang sedang dia lakukan untuk mendapatkan hak-hak kembali pada sedia kala.

janganlah anda berkata sesuka hati jika tidak merasai apa yang kami rasakan di sini. cuba anda datang sendiri ke sini dan alami sendiri keadaan kehidupan seharian kami. anda akan tahu apakah perbezaannya.

~ peace no war ~

Thursday, June 14, 2012

kesabaran tahap melampau mak cik oiiiiiii

tetiba hangin plak teringat petang tadi masa dok cari kedai makan. dah la lapar sangat perut nie, cari kedai tak jumpa.

ish3..merata cari kedai nasi kukus kat pengkalan chepa. ada satu tempat nie orang cakap sedap, tapi memang sedap la sebab dah pernah makan, bos belanja. tapi dia bungkus tak pernah pergi kedai. jadi, ingat petang tadi nak la merasa makan kat kedai dia. pusing satu pengkalan chepa mencari. tinggal tak pusing airport jer tadi.

dah jumpa kedai mak cik plak yang buat naik hangin satu badan.

"nie sapa dulu yang datang?" mak cik tuan kedai
"saya dulu" mak cik baju biru yang beratur
"awak beratur la kat belakang tu!" mak cik tuan kedai dengan suara macam nak makan orang cakap kat aku ngan yana.

aku pon pergi la kat belakang. yer la dah salah aku kan. tapi mula-mula sampai memang beratur kt belakang mak cik baju biru. cuma pergi depan jap la nak jengok lauk yang ada.


"nie kenapa tak pergi belakang" mak cik tuan kedai
"saya datang lepas mak cik nie" aku tunjuk kat mak cik baju biru
"beraturla kat belakang sana tu kan dah terlepas!" dengan suara tinggi mak cik tuan kedai

pergh...rasa tebal jer telinga ngan muka tadi. ramai orang kot yang beratur kat situ. lepas tu plak, mak cik tuan kedai membebel tak henti-henti. bungkuskan lauk ngan nasi pon main hentak-hentak jer. senduk, pinggan dia hentak semua sambil membebel.

Ya Allah..sabar jer aku beratur depan dia. kalau bukan ada yana ngan sue sekali aku rasa memang dah blah. tunggu dia masukkan semua lauk ngn nasi dalam pinggan tu, terus aku cabut. biar padan muka. makin naik angin aku rasa mak cik tu.

"eh..mak cik. kitorang nie baru pertama kali datang kedai mak cik nie. tak tahu lagi kat mana nak berdiri. kalau saya tahu tak der la buat macam tu"

kalau la mak cik tu cakap:
"dik, lain kali beratur kat belakang tau. kesian yang lain beratur kat belakang tu"

aku mesti akan jawab:
"maaflah mak cik. saya pertama kali datang sini. tak tahu lagi"

kan manis dengar macam tu. kalau tak menjerit, suara kuat memang tak bleh hidup ker mak cik oiiii. kan makin naik darah memalam nie.

yang makin tak best dengar tu. kitorang ngah makan nasi. nasib dah nak habis. boleh plak mak cik yang satu lagi dok bebel pasal tadi. Ya Allah. kuatkanlah semangat sabar nie. dia ulang punya ulang punya ulang. agaknya nak soh kami dengar kot. last-last aku cakap kat yana soh habiskan makan tu cepat-cepat, berambus dari kedai tu.

aku tengok ngan laki yang masuk kedai tu bukan main layan elok jer. siap tanya air order ker belom padahal layan diri kot. kitorang tak der plak nak tanya. dah macam ulat bulu naik daun. oooo...ngan kitorang nak maki la. ngan laki elok jer yer. fine mak cik..fine!!!

tak per la mak cik. ini first and last aku pergi kedai ko kat situ. semoga Allah membuka pintu hati mak cik-mak cik semua supaya beradap sopan bila dengan pelanggan. tak payah pilih bulu ker apa ker yer.

Saturday, May 26, 2012

bangkitlah wahai sahabatku sekalian


"eee...nak kene buat presentation la. takot nie cam ner. banyak lagi tak prepare"
"tak payah takut. yakinkan diri yang awak boleh buat"

"alamak...exam dua minggu lagi nie. aduhhh..mati aku. macam mana nie nak buat"
"jangan risau. focuskan diri. InsyaAllah..awak boleh buat punya"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banyak kan yang kita dengar keluhan dari kengkawan, secara tak langsung kita sendiri pun kadang-kadang pernah jugak memberikan keluhan yang sama. tapi ingat..apa-apa keluhan pun perlu berfikir dahulu sebelum buat.

"ala....awak kan pandai. boleh la cakap"
"awak kan boleh jer kalau buat spontan. tak macam saya. kaku jer"
"awak cakap sabar senag jer eh. awak dah pandai tak macam saya"

"okey...hellllooooo"

nie yang naik meradang tetiba plak kat sinie...dah..dah..jangan cakap lagi

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

sedarlah wahai sahabat ku sekalian. sekarang saya sedang diuji oleh Allah s.w.t dengan pinjaman kecerdikan yang tak seberapa. saya juga pernah mengalami keadaan yang sama seperti anda semua. saya bukanlah seorang yang dilahirkan dengan kecerdikan semula jadi. tapi, saya seorang yang sangat berusaha. berusaha untuk mencapai apa yang saya rasa perlu. itu pegangan yang saya pegang daru dulu sampailah sekarang ni.

jika anda kata saya pandai...alhamdulillah. saya bersyukur dengan pinjaman sementara ini. tahukah anda semua. kita sebenarnya sedang diuji. dan ujian saya adalah dengan kepandaian. Allah menguji saya untuk tidak riak dengan pinjaman ini. Allah menguji saya untuk membantu rakan-rakan sekalian dengan pinjaman ini. dan InsyaAllah...saya akan manfaatkan dengan sepenuhnya pinjaman ini sebelum ditarik semula oleh Yang Berhak.

dan ujian bagi anda sekarang pula dengan kekurangan dari segi 'kebijaksanaan'. saya bukan mengatakan anda bodoh...tapi anda akan 'bodoh' jika hanya mengerti untuk mengeluh tanpa berusaha. ujian yang didatangkan kepada anda sekarang ini adalah menguji bagaimana untuk anda berusaha menjadi lebih baik. ini juga adalah satu bentuk ujian walau kita sendiri tidak sedar. bukannya suka-suka ianya terjadi. sematkan dalam diri kita sentiasa...apa-apa yang berlaku disekeliling tentu ada hikmahnya.

dan sekarang saya ingin sangat mohon bantuan dari kawan-kawan sekalian...
bolehkah anda semua membantu saya....

anda mengatakan saya 'pandai' dalam segala benda...Alhamdulillah. saya bersyukur sangat dengan pinjaman ini. tapi, jika anda semua terlampau dan sentiasa memuji saya..anda sebenarnya bukan membantu saya bahkah menambah derita buat saya.

janganlah anda membantu saya menambahkan lagi 'aset-aset' yang senantiasa berganda ini. tahukah anda setiap perbuatan kita juga sentiasa diperhatikan oleh syaitan durjana. dikala anda 'memuji' saya, syaitan juga tengah 'memuji' saya. akan timbul juga rasa riak di dalam hati saya ini walaupun dalam keadaan saya tidak sedar. ini adalah ujian yang sangat berat buat saya. anda membantu saya riak dalam saya tidak sedar.

saya cadangkan...

daripada anda senantiasa mengeluh, daripada anda 'memuji' saya...apa kata jika kita sama-sama bekerjsama selesaikan masalah yang kita ada. saya bantu anda, dan anda juga bantu saya. ingatlah, mungkin apa yang saya tahu, anda tidak tahu. tapi, mungkin juga apa yang anda tahu, belum tentu saya tahu. dan apa-apa yang kita tahu, sama-samalah kita bantu. dan apa-apa yang kita tak tahu, janganlah kita buat tak tahu sahaja. tetapi, jadikanlah ia sebagai tahu bagi kita.

~ jadikan diri kita sebagai sebatang pokok. 
walaupun orang luar mencampakkan batu pada kita, 
kita membalas dengan buah kepada mereka ~

Sunday, May 6, 2012

buah hati ucu

seminggu bersukar ria ngan qayyum. dah per lagi. cuti la jawabnya. mana nak cari lagi masa kan. bukannya jumpa tiap-tiap hari. dah jarang-jarang balik apa lagi. ambik jer selama banyak masa yang ada. bak kata punjangga, 'masa untuk diberikan pada keluarga lagi berharga untuk masa bersuka ria'. entah pujangga mana main bedal jer nie.

qayyum balik. jalan-jalan la jawabnya. tiap-tiap hari ada jer tempat nak kene pergi. mana boleh tinggal qayyum kat umah. pikul sekali la kan. dari shopping habis kelantan dok pegi, makan angin keliling pantai habis bedal. kat mana lagi yang belom bawak qayyum sorang nie.

dah mula rindu ker. okey. fine. anak buah sorang nie jer. mesti la rindu. kalau panggil namanya terus senyum. pergi kat mana-mana ramai yang cakap qayyum nie 'manis mulut'. pening ker apa maksud dia. budak nie suka senyum kat orang la. tambah-tambah lagi ngan pompuan. amboiii..tak padan ngan kechik yer awak nie...XD
hadiah hari lahir qayyum yang pertama
mula-mula tergamam jer dia tengok. nak naik pon rasa takot-takot jer.
lepas tu, bila nampak jer terus nak main. pandai pulak dia tekan, bukak suis sendiri. padahal kaki tak sampai lagi nak tekan minyak, 
nak jugak dia angkat kaki naik.
tersenyum tengok qayyum naik nie.
haish3..ucu yang penat nie qayyum, bawak keliling satu umah.
 nak keluar jenjalan sempat lagi posing depan camera.
nampak jer orang nak ambik gambar dia, terus kaku kat depan.
standby la katakan yer... 
 apasal tak lap tu qayyum.
posing punya pasal tak kisah dah benda lain.
 bila dah penat main lam kete..terus jer tidur budak sorang nie.
yang geramnya dia tak nak tidur atas riba ker apa ker.
qayyum suka sangat tidur ikut suka dia.
nie kalau akihkan cara dia tidur maunya tak bangun.
tak jadi tidur terus la jawabnya. 
 jenjalan lagi qayyum sorang nie.
tak boleh dok umah yer.
tak per..dapat ucu yang nak jenjalan jugak.
kita layan sesama.
 nie apasal buat muka seposen plak dah.
haish3...naik geram tengok pipi tu qayyum.
gigit karang biar makin tembam pipi tu.
muka sedey la tengok anak laki sorang nie.
haish3..qayyum sorang nie.
tersengeh jer dia memanjang.
bila nak balik main ngan ucu lagi nie.
ucu tak puas lagi nak gigit pipi tembam tu.

p/s: balik nanti bawak ucu naik motor pi shopping kt kb..:D

Wednesday, May 2, 2012

salahker kalau beza umur

"kadang-kadang kita sendiri tak faham apa yang hati kita nak...dan kadang-kadang itu jugak lah orang lain yang faham dari apa yang kita tahu. dan mungkin kita sendiri tak tahu apa yang kita tak tahu dan nak dalam hidup nie".

semalam lepas balik jenjalan ngan anak buah, kira-kira nak tengok citer 'cinta buat emelda' la kan. yang isnin punya tak tengok lagi, selasa pon sama. malas dok tunggu tengok tonton, layan pulak citer 'menicntaimu' yang main kat tv3 dalam carekarama sabtu lepas. tak sempat nak tengok hari tu sebab kilat campur hujan lebat sangat. takut, terus tutup tv, masok tidor.

mula-mula memang sweet sangat tengok eman manan ngan sharifah amani couple lam drama nie. mesti ada yang cakap citer tu tak masal kan. hati ngan perasaan orang tak sama la wak. mungkin ada yang suka orang muda, tapi ada jugak yang suka orang yang dah berumur *erm...macam cakap kat diri sendiri jer kama* jodoh semuanya dariNya, kita tak berhak untuk menidakkannya. walau banyak kita berusaha untuk mengelak, dah namanya jodoh memang tak boleh nak lari.

tapi memang tak boleh nak gambarkan la kan bila tengok izwan (eman manan) dengan juliana (sharifah amani) bercinta. lebih-lebih lagi bila tengok izwan dok tengah angau nagn juliana. sweet sangat tengok diorang. siap bertelefon siang malam, dinner bagai lagi. comel sungguh.
dah la tengok sorang-sorang dalam bilik nie. dok senyum sendiri jer. tengah malam-malam nie nak tergelak jer kejer. lagi la ketawa bila couple nie dating. cara orang yang berumur dating nie lain skit la kan dari yang muda. lagi nampak matang dan ada 'isi'.
masa izwan bagi cincin kat juliana sebagai tanda (tak nak cakap hal yang disebaliknya) gugup jap jantung nie. yerla..izwan kan dah nak baya ayah juliana *dah memang kawan ayah dia pun* macam lain jer tengok masa tu. berdebar tu tak yah nak cakap la kan *maaf...terlebih jap*. comel la bila tengok dia buat mcam tu. 
- sebenarnya dok fikir bila la agaknya dapat macam tu kan -
- tanya ummi ngan abah tau..hehehehe -

tapi yang sedihnya dua-dua tak jadi kawen...rasa hampa kejap
kata-kata yang izwan cakap kat juliana memang rasa sedap jer dengar

... cinta adalah anugerah ...
mereka yang tidak menyukai cinta
menyebutnya satu tanggungjawab

dan mereka yang hanya ingin bermain dengan cinta
mengganggapnya sebuah permainan

dan mereka yang tidak pernah menikmatinya
menyebut cinta itu satu impian

mereka yang benar-benar menycintai
akhirnya tidak kesampaian
menyebutnya takdir

kesian tengok diorang tak jadi kawen
tapi mungkin ada hikmah disebaliknya
perlu ada persetujuan kedua-dua belah pihak
tapi kan kalau dua-dua jadi kawen
memang sweet sangat tengok
tak kisahlah perbezaan umur ker apa ker
yang penting kebahagian yang bakal dikecapi
- peace -

credit to: MENCINTAIMU TV3

p/s: cinta itu buta dan ia tak mengenal usia.
- suka tengok eman manan berlakon. hero malaya -

CINTA LIMA JARI

tahukah kenapa cincin tunang atau cincin kahwin disarungkan dijari manis
jangan bercakap soal cinta kalau tidak tahu CINTA LIMA JARI
"rapatkan kelima-lima jari..kanan dan kiri. 
ibu jari bertemu ibu jari dan kesemua jari bertemu. 
lipatkan jari tengah, kedua-dua jari tengah"

renggangkan kedua-dua ibu jari
kedua-duanya boleh direnggangkan
kedua ibu jari mewakili kedua orang tua kita
suatu hari nanti bila sampai ketika dan waktunya,
mereka pasti akan pergi meninggalkan kita

renggangkan kedua-dua jari telunjuk
kedua-duanya boleh direnggangkan
jari telunjuk mewaikili adik-beradik kita
mereka akan membina kehidupan masing-masing 
dan juga pasti akan meninggalkan kita pada suatu hari nanti

renggangkan kedua-dua jari kelingking
kedua-duanya boleh direnggangkan
jari kelingking mewakili anak-anak kita
mereka akan membesar, akan membawa haluan hidup masing-masing, 
berkahwin, beranak, dan juga pastinya 
suatu hari nanti mereka akan pergi meninggalkan kita

sekarang
renggangkan kedua-dua jari manis
kedua-duanya tidak boleh direnggangkan
sebab itulah cincin tunang ataupun cincin kahwin disarungkan dijari manis

sebab cinta jari manis adalah cinta yang bersumberkah daripada fitrah Allah
yang lahir daripada rohari
daripada sanubari yang ikhlas, jujur
bukan kerana ada apa-apa
tapi kerana kecintaan itu sendiri
barulah cinta itu akan menjadi indah, murni, suci
dan akan kekal selama-lamanya

tapi
persoalannya...
adakah masih ada CINTA JARI MANIS ???

credit to:
drama MENCINTAIMU TV3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...