Saturday, December 17, 2011

dare to grab the challenge

sejak akhir-akhir nie rajin jer badan nak pi jogging. mana taknya, berat badan dok macm tu jer. geram plak tengok. nasib baik ada fuza yang nak jogging *padahal kama yang teman dia* kadang-kadang ada gak kekawan lain yang join sekaki. semalam kitorang berdua jer. macam dating plak kan. dating sambil jogging. elokla tu. kitorang lalu kat kawasan bandar. maklumlah rumah kat pinggir bandar. jadi, nak ke tak nak rempuh jalan tu la jugak. senam plak atas jalan raya besar. kene lebih hati-hati la kan. pusing-pusing dalam satu jam la jugak. tiap-tiap hari dari pukul 6 petang sampai kol 7 malam.

rezeki semalam. sedang kitorang dating jogging yang terlebih jauh dari biasa, mana taknya dah nak sampai dataran pahlawan. terserempak plak ngan sorang uncle, ada cucu jiran dia sekali, jalan-jalan. kata dia nak pi bli tosse. mula-mula dia tanya kitorang ni masih belajar atau tak. lepas tu, tanya rumah kat mana. gerun jugak pada awalnya, tapi bila dah borak panjang, baru tau niat dia yang sebenar.

uncle nie ada sorang anak pompuan, dalam 10 tahun macam tu. anak dia hyper active skit. banyak blajar ngan sekolah private la kan. tapi, anak dia pandai. uncle nie ajar anak dia, matematik, sains ngn bahasa inggeris kat dia, boleh diterima, dan pandai plak tu belajar pada tahan atas daripada yang sepatutnya. tapi, masuk bab bahasa malaysia, anak dia lemah sangat. boleh baca, tapi tak paham apa sebenarnya maksud yang buku nak.

mula-mula uncle tu cakap omputeh ngan kitorang. kama ingat dia orang luar la kan, manalah tahi dari India, datang sini melancong. rupanya dia nak test kot kitorang boleh interaksi ke tak ngan anak dia. mereka semua cakap omputeh la. jadi uncle nak anak dia tahu bahasa malaysia. yela kan...nanti kalau anak dia belajar sejarah ngan georafi, beban kene tanggung banyak la nanti.

ayat yang uncle bagi kat kitorang memang power
"did you dare to take challenge to teach my daughter? since she was a hyper active"

berfikir sejenak kitorang. terfikir jugak kalau kitorang tak dapat handle dengan baik. uncle tu soh kitorang firm ngan anak dia. jangan terlalu friendly, nanti anak dia buat hal lain. jadi kitorang pi la popular beli buku untuk mengajar anak uncle nie. tak taula dapat ke tak sahut cabaran nie.

kami cabar diri sendiri...kalau tak cuba tak tau kan dapat ke tak.
InsyaAllah, cuba sebaik mungkin.
chayok..chayok..;))

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...