Monday, December 26, 2011

beraksi dengan DON 2

wah..rasa memang dah beraksi kat dalam panggung. apa nyer tidak, sejak dari mula citer lagi dah ada aksi. memang teruja la kan. tak der maknanya nak feeling lebih-lebih. dah la ni first time kama pi tengok wayang film hindi. dah namanya peminat SRK la kan. mesti pi tengok la DON 2 nie. mula-mula terfikir la jugak betul ke ada kuar kat sinie. mamber cakap ada nampak banner kat sana. fikir punya fikir memang la ada kan, dah SRK berlakon kan melaka. keluar punyala kat sinie. kat wayang jusco nie satu-satunya yang keluarkan wayang DON 2. jadi masa kitorang pi tengok memang ramai la bangsa india. bilik wayang pun yang kecik jer. mungkin ingat tak laku sangat kot. kat mana-mana mesti ada peminat punya la. kat luar negara siap meletup lagi. tapi tak per, asalkan dapat tengok. puas!!! memang puas hati. rasa nak pi tengok lagi!!!

masa nak-nak akhir film nie, siap terperanjat lagi kat dalam wayang tu. mana tak nya, sound effect dia memang superb la. film DON 2 nie tak rugi kalau nak tonton.*bagi sesetengah pihak la kot* sesiapa yang baru nak pi tengok, percayalah, tak rugi duit anda. kama pergi nie mungkin sebab kama peminat setia SRK kan. nasib baik ada kekawan yang comel nie sudi temankan pi tengok sekali. kalau pi tengok sorang....sob3..sob3...

cepat-cepat siapa yang nak pi tengok...memang tak rugi. nanti asyik terngiang-giang jer watak SRK. DON 2 tak macam film hindi lain yang sarat ngan lagu-lagu. dalam film nie ada dua jer, tu pun tak melarat sangat. tak la bosan kalau tengok. boleh dikatakan ala-ala 'mission impossible' versi hindi yang tak possible la kan. dalam film nie, watak SRK memang memainkan jiwa. dia boleh jadikan watak 'bad boy turns to goodly' memang superb la. ha..satu lagi, dalam film nie korang dapat tengok muka-muka pelakon tempatan lagi. ada siap boleh bercakap hindi lagi. yang kama kenal la, adi putra ngan shukri hashim. yang lain ramai lagi cuma tak kenal nama jer.

asalnya ingatkan boleh tengok pukul 8 lebih. tapi dah main plak film dia. kitorang beli yang kol 11.10 mlm punya. nak tunggu sampai boleh tengok nie dapat plak pi window shopping..opsss...bukan..shopping..ada la skit-skit buat bekalan masa depan kan. daripada buat benda lain boleh gak survey barang-barang dulu kan.

sebelum kitorang pi melayan citer DON 2 nie, sempat lagi dok ber'posing' kat depan tu. adooiiii....bila lak kan nak ambik. lepas nie mesti dah tak der banner dia.
 bersama 'poo'....comel kan..;D
 sorang lagi peneman wayang, 'ana'...si muka cute..;))
 
adoyaiii...nie nak sangat bergambar ngan SRK...tak jumpa tuan, gambar pon jadi la..
 
hahahaha...yang nie pooja soh ambik macam muka SRK tu..macam tak jadik jer..
buat tergelak ada la...
sebelum masuk dalam bilik wayang, sempat lagi posing ngan poster DON2
thanks guys sebab sudi teman tengok sekali...sayaaaaannnggg la korang

p/s: balik jer terus 'tweet' SRK sal tengok film dia..kan tak pasal tu...

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...