Sunday, November 6, 2011

segmen kenali diriku by acuteyha : 10 kenangan pahit semasa bercinta (7)

terbabas lagi..adoyaiiii..maaf ler acu yer. kama sebenarnya baru jer balik dari melaka nie. sampai kat kampung lak ada nak buat kenduri esoknya. jadi hari nie memang sibuk. tak sempat nak update segmen nie. jadi terbabas pun kama buatlah jugak kan. 

dapat tajuk hari nie memang pahitla kan nak tulis. sebabnya bukan apa, tak tau apa yang pahitnya bercinta nie. kama hanya boleh kongsi pengalaman dari kengkawan semua.
1) bila dah call ke masej ker tak berangkat-angkat. memang hangin la kan satu badan. nak-nak lak pulak bila waktu tu urgent sangat. rasa macam geram sangat kat si dia. mulalah dok pikir dia ngan saper.

2) tak reti-reti ker nak tepon ke mesej ke. bila ko rindu senang jer panggil kita terus on jer. tapi bila kita yang rindu dok tertunggu bila lak ada calling masuk. menyampah nyer teringat masa tu kan. kalau ikutkan hati dengan tepon sekali dah kene hempap kat dinding buat perhiasan.

3) tiba hari lahir kita atau apa-apa event yang ada sangkut maut, si dia buat bodoh jer. macam tak der paper yang penting kat dia. kalau kita ingat jer yer hari-hari yang penting buat dia. siap jadual kelas pun kita selongkar kan. dia plak hampeh....

4) hati dah resah, teringat lak kat dia. ingatkan boleh la ringan skit hati nie bila ada orang yang leh dengar masalah kita, alih-alih dia buat bodoh jer. dengar macam patung. takder reaksi apa-apa pun. kalau masalah dia tak dengar ada jer dia bagi karang. masuk jer bab masalah kita tak per lak.

5) ada jer permintaan dari si dia. soh masukkan top-up la, belanja dia makan la, pinjam phone la...semua la dia nak rembat la. bila kita mintak banyak jer alasan yang dia bagi. rasa macam nak apa jer masa tu kan. tapi apa nak buat dah namanya sayang kan. sabar jer la. *opss...bukan pengalaman sendiri tau*

6) bila dia call kita masa ada masalah, segala kegeraman dia kat orang lain dilepaskan macam tu jer kat kita. telinga nie tahan jer ngan tengking dia, marah dia...senang kata semuanya lah dia bagi. kita tadah jer telinga nie ha.

7) dia soh kita tunggu. okey fine kita tunggu. dah berjam-jam tunggu dia cakap tak jadi keluar. pehhh...hangin jer rasa. dia ingat kita tak der keje lain ke selain dok jadi patung tak bernyawa kat dia. dah la dia cakap lepas berjam tunggu, alasan plak malas la nak keluar. dah full stop!!!

8) masa keluar makan si dia buat bodoh jer bila nak bayar. duti kita jugak yang melayang. kalau sekali-sekala tu tak per la jugak. nie dah selalu. bukan nak kongsi bayar, dah namanya tangkai jering. kedekut haji bakhil taik hidung masin betul la. lan kali tak yah la nak ajak kuar makan. pi makan megi jer.

9) bila dah keluar bersama, boleh plak si dia main mesej ngan orang lain. dia ingat kita tak nampak, tak tahu apa yang dia buat. depan mata kita sendiri pun dia boleh buat suka hati jer. nie dah melampau sangat dah. kita dah kene putuusss...

10) apa hak engko nak tengking kat depan orang ramai. boleh dia tinggikan suara sampai semua orang kat sekeliling tengok semacam jer. errr..ko nak memalukan aku betul nie. nanti ko. tunggu ler pembalasannya....

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...