Wednesday, November 2, 2011

segmen kenali diriku by acuteyha : 10 makanan yang paling aku suka (4)

masuk bab makanan nie memang kama suka la sangat. orang kuat makan katakan, patutlah badan nie dah naik. orang lain masa bulan puasa hari tu turun berat badan, kama plak naik berat badan. tu yang pening dok pikir tau. padahal tak makan apa pun. nie semua penangan komputer yang buat orang malas. *kama..jangan salahkan orang lain tau*baik boss*
1) masakan UMMI
walau macam mana pun masakan ibu la yang paling best kan. mesti ramai yang setuju. takder saper yang boleh tanding ibu sendiri.

2) ikan keli masak cili api
wahh..berair rasa dah mulut nie. dah la kama tak makan apa lagi pagi nie. sentap terus perut nie nak makan. yum..yum..bestnyer kalau dapat makan nie.

3) nasi himpit.*masakan ummi punya*
bukan nak cakap nasi himpit orang lain tak best. semuanya okey bagi kama. tapi kalau ummi yang buat dia special skit. sebabnya ummi tak buat kuah macam biasa kita makan, kuah kacang. ummi kama kalau buat nasi himpit, kuah yang dia buat ada lauk sendiri. nak-nak lagi lauk dia ayam kampung. kama nie tak la berapa gemar ayam kampung, tapi kalau ummi yang buat memang habis la kan. kuah kacang bersama ayam kampung. mesti try tau...best punya.

4) nasi goreng patayya
mula-mula kama makan apa la nasi nie. pelik benar tengok dia. tapi bila dah makan, mak oiiii best apa. rasa nak makan jer skang nie.

5) kueh teow bandung
masa semester lepas, kama tinggal kat pangsapuri lain. maklumlah baru masuk u kan. kenelah dok dalam dulu. tiap-tiap malam kama pi makan kueh teow bandung kat bawah. sampai dak-dak nie dah perasan apa yang kama nak pesan. last-last dah bosan tengok jer rasa tak nak lagi.

6) nasi goreng cili padi
wakaka..bestnyer kalau makan nie. nak-nak lagi kalau pedas dia kow-kow punya. nasi dia kasi bertimbun punya biar kenyang nie teramat sangat.
7) nasi ayam
kama suka ker sebenarnya nie. nie semua terjebak ngan kakak la. mula-mula dia yang suka. kalau kama tengok dia beli nasi, mesti nasi ayam. sampaikan kama pun terikut sekali. tapi okeyla best kan nasi ayam nie. nak-nak plak ayam dia besar dan banyak. pehhh..meleleh nak makan nie.

8) nasi air
jangan dok ingat nasi yang letak air tau. nasi air yang kama suka nie memang best. nasi nie kama boleh makan kat kampung jer. tempat lain tak der. nasi air dia memang kow-kow la. best tau. kalau tambah air lada lagi berair hidung nie tahan pedas.

9) keropok lekor + air teh
kalau masuk petang, goreng keropok dan buat air teh memang menyangkut la kan. nak-nak lagi keropok ngan air teh masih panas. tak kiralah, kalau tengah-tengah malam pun okey gak buat supper. satu lagi masa yang best yang best lagi kalau hujan. kow-kow lagi tau.

10) lempeng
kalau kama dok sorang-sorang kat umah, benda yang paling senang masak sekali lempeng. kama memang suka lempeng nie. dari kecik lagi nenek ajar makan lempeng. kalau dulu sebelum pi tadika, nenek selelu masakkan lempeng untuk kitorang adik-beradik. sampai dah besar nie kama masih lagi suka. buat sendiri la kan. senang jer. korang try la buat. masukkan jer resepi apa-apa pun. buat sendiri jer resepi. pasti jadi punya.

4 pesanan chomel:

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

perghh makanan dia..ala2 tradisional gitu hihihihi.:)

ct kamaliah said...

hahahaha...kama pon xperasan kalau acu xcakap nie..;))

NasZ said...

wah..banyaknya dan kebanyakkannya saya pun suka. hehe. tapi nasi air tu tak pernah makan. 1st time dgr.

ct kamaliah said...

nasi air best..try makan...air dia bukan air biasa..rasa sup skit..cubalah. tak rugi ;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...