Tuesday, November 1, 2011

segmen kenali diriku by acuteyha : 10 perangai pelik aku yang orang tak tahu (3)

nie lagi satu hal...tolong la acu, kama pening lagi nak memikir nie. aper la perangai pelik yang kama ada nie. rasanya kalau ada pon semua kekawan dah tahu semuanya nie. tak der nak tersembunyi dah. semuanya dah masak dengan perangai pelik kama.

1) perangai yang paling pelik kama memang dah tak buat masa besar nie. gelinyer nak tulis nie. masa kecik-kecik dulu kama suka sangat korek hidung lepas tu paham-paham jer la. *ummi ngan abah yang cakap* tak terfikir la kama buat macam tu.. rasa dia apa la ntah kan..atoooiiii.

2) suka berangan sorang-sorang. yang nie rasa memang dah semua macam tu kan. kalau tak der angan-angan macam mana la kita nak mencapai sesuatu. kan tak gitu...

3) suka pendam sorang-sorang. pelik ke tu sebenarnya. tak kira kama nak masukkan jugak. kalau apa-apa jer yang berlaku, baik kama pendam jer sorang-sorang sampailah tak tertahan macam 'volcano'. bila dah meletup, tak tahulah kama nak sebutkan

4) kama suka kumpul benda-benda yang memang tak berfaedah kat diri nie. bila dah jumpa sesuatu terus jer ambik buat kenangan. tapi last-last buang gak benda tu..tak ker pening tengok diri sendiri nie kama.

5) kama suka sangat beli majalah-majalah baru. tapi semuanya yang berkaitan minat la kan. yang geramnya bukan kama baca pun. sajer jer nak buat koleksi. tiap keluaran pulak tu kama beli. dah bertimbun rasanya majalah yang kama tak baca tapi terus beli gak lagi.

6) kat rumah banyak sangat benda yang lepas-lepas kama simpan. seperti buku-buku dari sekolah rendah lagi. walau buku latihan yang dah koyak pun masih ada lagi. semuanya kama kumpul buat sampah lam bilik. tapi bila dah rajin datang, kama tengok balik apa yang perlu jer kama ambik, yang lain terus buang jer.

7) yang peliknyer nie kan kalau kat rumah memang la nampak kama nie anak bongsu. perangai pun jadi la macam anak bongsu kan. tapi bila dah keluar dari rumah, tetiba jer kama jadi anak sulung. yang nie kama pelik sendiri. muka ngan kakak orang cakap tak sama. tapi kenaper la kama yang jadi anak sulung dari kakak. yang tu memang kama tak faham.

8) masa kecik-kecik dulu, kama suka sangat sakat budak lelaki. budak-budak nie namanya lelaki tapi bila dah kene usik macam pompuan. ada gak yang menangis. bila dah besar kita pulak yang kene sakat..oppsss...
9) personaliti kama sendiri pun pelik sangat. kama sendiri tak paham perangai sendiri. kejap kasar, kejap lembut. bila dok ngan kekawan pompuan jadinyer lembut, bila dah dok ngan mamber laki tukar pulak jadi kasar. mungkin dah diasuh jadi macam tu kot. ikut kesesuaian masa lak perangai kama nie.

10) yang paling tak boleh nak fikir nie lak, pelik gak kalau dok ingat balik. masa kecik-kecik dulu banyak sangat gelaran yang orang bagi. paling pelik bila ada budak laki panggil 'abang'. yang tu tak boleh nak tahan. nak buat macam mana, masa kecik dulu yang sebaya semuanya lelaki. tinggal kak long ngan sepupu jer pompuan. kalau nak main pon, main ngan abang dan sepupu lelaki. pakaian plak susah nak macam pompuan. tak tengok lagi gaya rambut masa kecik. sama jer dengan abang. mananya tak orang panggil 'abang' kat kama. nasib bila dah besar jadi 'kakak'.

1 pesanan chomel:

sekamar rindu said...

salam..

biasalah..saya pun kadang2 suka berangan..:)

*musafir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...