Monday, November 28, 2011

salam maal hijrah

alhamdulillah...dapat lagi diberi peluang bernafas dalam buku baru pada tahun baru.
harap-harap apa yang berlaku pada masa lepas dapat diperbaiki dan cuba untuk tak mengulangi lagi.
apa yang terbuka dihadapan, dihadapi dengan ketenangan dan berfikiran rasional.

sama seperti tahun-tahun sebelum nie, bila berakhirnya tahun lama dan bukak buku baru, kama memang tak terlepas peluang menutup dan membuka buku baru dengan bacaan-bacaan. tapi kebiasaannya tak keseorangan, mesti ada ngan ummi kat tepi. ummi yang bacakan, kama jadi yang aminkan doa. 

tapi tahun nie, memang la kitorang sama-sama baca. bukan dalam satu tempat pun. kama berhubung ngan ummi pon melalui telefon. hantar masej sekali sebelum baca kot-kot ummi terlupa. alhamdulillah...kitorang sama-sama baca pada masa yang sama walau jarak memang jauh. satu di timur, satu di selatan. yang paling sedihnya, kama dahla baca sorang-sorang, dalam gelap gelita lagi. bertemankan cahaya langit Ilahi jer. masih lagi bersyukur, sempat habiskan bacaan akhir dan awal.

bila baca maksud yang tersirat, tak dapat nak tahan sebak di dada. mungkin air mata yang mengalir dosa-dosa yang sering kama buat walau sedar. nafsu muda. tak berfikir panjang. bila imbas kembali, MasyaAllah...apa yang dah kama buat nie. tak takut dosa ke? tak takut ke pada Yang Maha Melihat.

terkejar-kejar gak la kama nak masuk surau. maklumlah masa tu tengah kerja. tak kisah la. kama teruskan jugak keluar. masa dalam surau pulak gelap gelita. elektrik dalam surau langsung tak der. mula-mula tu adala sorang mak cik ngan anak dia. diorang pon nak baca doa sekali. tapi tak jadi sebab keadaan sekeliling makin gelap. dengar-dengar dia telefon suami nak pergi masjid. tinggal la kama sorang-sorang. kalau diikutkan seram la jugak nak dok kat dalam surau yang makin gelap. nak baca pon tergagap-gagap. bila dah lepas maghrib, lagi la makin gelap. semua bernasib baik, bertemankan cahaya langit. baca kat tepi tingkap pun jadilah. dalam hati Allah jer yang tahu. selawat banyak-banyak, moga-moga tak der apa yang berlaku dalam keadaan gelap gelita. 

alhamdulillah...masuk buku baru, harap dapat kumpul pahala baru.
apa yang dah lepas, jadikan sebagai pengajaran buat diri..=)

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...