Tuesday, November 29, 2011

bye ... bye ... Pizza Hut

cepat jer masa dah berlalu kan. pejam celik rupanya dah dua bulan kama kerja kat pizza hut nie. seduh tetiba bila dah berhenti jad service kat sana. cukup-cukup dua bula kerjer nampaknya kama nie. bukannya apa, kerja kat sana seronok sangat. berhenti pon sebab dah nak dekat final. takut nanti tak sempat nak kejar. ada pulak yang tercicir karang. kama tak mampu nak bawak banyak benda dalam satu masa. so, buat keputusan berhenti sahaja. tapi, manager tak kasik plak kama nak berhenti. dia soh berehat jer sekejap. kalau nak masok balik pon dia tak kisah. haish3...memang rasa nak masuk balik pon. tapi tak tau la bila.

mula-mula masok kejer dulu, rasa macam nak brenti jer kejer kat sana. tapi, lama-lama sayang sangat nak berenti. nak sambung jer terus. kalau buka nak kejar masa, rasanya memang kerje lagi kot kat sana. makin lama maik best kejer kat sana. kawan kat kerja pon memang sangat 'sporting'. yang nak lagi best, manager pon satu kepala. walau dah banyak tukar-tukar manager sepanjang dua bulan kejer, tapi semua memang masuk ngan kepala budak-budak nie. nak-nak lagi, dapat manager yang paling baru sekali.

masa mula dia masuk, muka macam nak serius jer kan. masam jer memanjang. bila dah lama semua dah naik lemak. kama pon tak pernah jumpa manager macam sir nie. memang semua mamber kat sana yang dah lama kerjer pon cakap yang diorang sendiri tak pernah jumpa manager cam nie. korang pon mesti terfikir apa la yang manager nie buat. yang memang paling kelakar bila semua busy kat depan. saper-saper yang balik awal, memang maap ler. punch card kene sorok ngan manager. yangg tak leh blah, kalau kitorang dapat card, dia pergi cabut mesin punch card tu sendiri. lepas tu sorokkan mesin punch card kat mana pun kitorang tak tau.

hari last kerjer pon memang sakit perut. terkejar-kejar dalam pizza hut tu. mana taknya, sir nak simbah ngan air. ada air putih, ada jugak dia sediakan air pepsi yang lebih customer. boleh lagi dia simpan nak curah atas kitorang. adoyaiii. masa masuk dalam chiller belakang, dapat jugak sir kejar. bawak sekali ngan bekas air kat tangan. dok tunggu jer masa nak simbah. sambil tunggu tu, kama siap makan buah kat dalam lagi. tergelak-gelak ngan sir. sempat jer tangan memanjang capai buah. tapi nasib baik sir tak simbah kat dalam. tak boleh. banyak makanan kat dalam tu. nanti karang ada jugak yang nak kene jawab ngan manager atasan lagi.


sepatutnya kitorang memang balik awal kejer malam tu. sir sorokkan punch card lagi. dia bagi OT 1 jam. lepas jer 1 jam tu pon dia tak bagi jugak card. dia boleh plak letak kat dalam poket seluar belakang dia. apa lagi, bila dah menyempat, kama pergi sambar card tu. yang tambah ketawanya, sir pergi cabut sekali lagi mesin punch card. tak nak kitorang balik lagi. kama ada kejer gak yang nak kene settle sebelum balik, jadi kama letak jer card dalam poket seluar. adoyaiii...sempat jer sir rembat sekali lagi. kama apa lagi. terus tarik baju, sampai kaki sekali kene pegang..*padahal sedih ingat balik kat tempat keje*
gonna miss u all!!!
selamat tinggal pizza hut...kalau panjang jodoh kita boleh kama keje lagi kat sana. harap-harap masa kejer nanti, manager yang sama. kalau tak pon, biarlah 'sporting' macam skang nie. tak mohla garang-garang. tak best nak kejer. tak der fun. 


bye...bye...bye..pizza hut. i love you always!!!

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...