Saturday, November 19, 2011

Apa itu solat...

macam-macam ragam orang yang kama jumpa. luaran tak mencerminkan dalaman seseorang. sepadan dengan kata-kata 'dont judge the books by its cover'. yang kelakarnya peribadi seseorang muslim sendiri. kelihatannya seakan patuh, dan sentiasa tunduk pada Yang Esa. tetapi bila dah berkata-kata dan melihat kelakuan mereka, langsung tak mencerminkan apa yang dilihat tadi. ketawa dalam diam, tersenyum pahit tanpa berselindung. nak sebut tak kene, yer la kan. kita sendiri tak cukup ilmu. cetek lah katakan di sini. tapi, kecetekan yang ada tidaklah sampai melanggar pesanan dan ingatan dariNya.

bertanya pada seorang sahabat, untuk apa kita hidup di dunia ini jika tak bersujud padaNya. dijawabnya terus 'enjoy la puas-puas'. dibidas semula 'jika sekarang malaikat turun mencabut nyawa, adakah sempat anda bertaubat dan beribadat padaNya'. terdiam seketika dalam senyuman. masing-masing terdiam dan kama berfikir seketika. 'adakah si dia ingat pada kata-kata tadi. adakah adanya masa untuk si dia kembali semula ke pangkal yang benar'

pada hemat diri, untuk apa kita hidup jika tak beribadat kepadaNya. cukup bersyukur kita dilahirkan di bumi, apa yang mampu kita balas kepadaNya jika tidak bersujud dan mengingatiNya. bagi ingatan diri, inilah satu-satunya cara untuk meluahkan rasa amat bersyukurnya dilahirkan di bumi ini. diterimanya atau tidak ibadat itu, berserah pada Yang Esa. kita sebagai hambaNya yang kerdil perlunya sentiasa bersujud dan jangan sesekali melanggar apa yang dilarangNya.

teringat kata-kata ustaz yang mengajar dulu, kalau ada yang kata 'ah..sibuklah kow. kubur masing-masing la' bidas semula kata-kata tadi dengan 'memang la kubur masing-masing, tapi kalau kubur kow berbau busuk, dah menyusahkan aku kat sebelah ko tau tak. hidung aku yang tak tahan'. geli hati..tersenyum..atau pun berfikir. apa sebenarnya yang perlu dijawab. adakah kita yang tak pandai membidas, ataupun si dia yang ada terlalu banyak alasan untuk dibangkang. 

tapi, yang paling utamanya tanya pada diri sendiri terlebih dahulu. apakah tujuannya kita hidup? apakah cukup amaln yang kita ada sebagi bekalan nanti? enjoy!!!??? boleh...tapi mesti ada batasnya. tak salah untuk berseronok. tak salah untuk ketawa beramai-ramai. tapi perlu ada waktu untuk bersama denganNya. jika kita ada ruang yang panjang untuk berhibur dengan kawan-kawan, tak salah kan kalau sediakan sedikit ruang untuk berhibur dengan Yang Esa. 

~ walaupun diri sendiri masih dijalan yang bengkok, masih menjadi kewajipan sebagai seorang muslim untuk menegur muslim lain ke jalan yang lurus ~

~ pandainya menjawab setiap kata-kata nasihat dan teguran....tapi mampukah menjawab hal yang sama di akhirat nanti...atau lidah tiba-tiba sudah menjadi kelu ~

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...