Monday, October 31, 2011

segmen kenali diriku by acuteyha : 10 orang yang sangat disayangi (2)

dah masok hari kedua nie kama masok segmen acu...tetiba lak tajuk kali nie sentap kejap "sentap mak tau". bukan tak tahu siapa yang paling kama sayang. tapi dah sampai 10 nie, memang kene fikir sejenak la sikit kot. yang mula-mula memang la famili la kan. yang selebihnya tu tak tau nak cakap apa nie. nak tulis karang takut tak muat. tak tulis karang ada yang cakap kama tak sayang..haish..susahla acu. kesian tau kama nak fikir nie...tak per lah. jom kita fikir pelahan-lahan.
1) UMMI
yang lain tak bukan la kan. orang yang mengandungkan kama dan melahirkan di muka bumi ini. kalau tak der ummi, mungkin tak boleh kama nak post kat blog nie ha.

teringat pesanan ummi kat kama yang memang tak boleh lupa sampai akhir hayat.

"ummi nak pesan satu jer kat adik. walau apa pun adik buat, kemana pun adik pergi...SOLAT jangan tinggal...ummi tak REDHA kalau adik tinggal walau satu waktu. kalau dah ummi tak REDHA dari awal lagi, ALLAH lagi la tak REDHA"
boleh buat mata bersinar kalau ingat balik

2) ABAH
orang yang kedua dalam hidup kan. mesti ayah kita. tak der abah..tak der la kama boleh berada macam sekarang nie. walau segarang mana pun abah, dia tetap abah kandung tau. biasala kalau abah marah kan. mengusik jiwa tu dah lumrah hidup. kita sebagai anak memang kene hormat. itu yang paling penting.

3) KAK LONG
orang yang paling rapat kama rasa dalam hidup tak lain tak bukan kakak kandung kama sendiri. dari kecik lagi kitorang dah macam nie. mungkin sebab adik beradik kama tak ramai kot. tu la pasal rapat semacam jer kan. apa-apa yang kama rasa nak citer, kat dialah kama cakap. kak long pun macam tu, apa-apa yang dia nak luahkan, kak long mesti masej kama.

4) ABANG
satu-satunya abang kandung yang kama ada. tak der abang sunyilah rasa nie ha. kalau nak kuar pun dengan abang la. nak pi mana ajak abang kan senang. lagi cepat kalau ajak pergi ke tempat yang meyejukkan hati, ke arah kebaikan.

5) ATUK & NENEK
tetiba rindu jer kat atuk kama. rasa-rasa dah nak masuk tiga tahun atuk pergi. kalau dulu pergi umah atuk selalu dok atas riba dia. padahal dah besar panjang pon. sekarang nie tinggal nenek sorang jer. dia pon asyik sakit-sakit jer. dah berusia la kan. banyak yang datang tanpa diundang.

6) KELUARGA KEMBANGAN
dah namanya orang yang kita sayang. mestilah keluarga dulu kan. banyak nie kalau nak kene citer. tak per la..kama bagi tau skit-skit jer. 
semualah kama sayang...ibu saudara, ayah saudara, sepupu, sedara, yang jauh yang dekat tak terkiralah katakan.

7) PARA PENGAJAR
yang nie memang tak boleh lupa tau. tak der diorang nie, manalah kita dapat buat apa yang kita dok buat sekarang nie.
*nie mesti terpikir tengah buat apa kan*
*tengah baca post kama la* 
maknanya dia ajar kita membaca. guru tak semestinya perlu ada sijil kelayakan untuk mengajar. orang yang ajar kita pegang sudu pun dak dikira guru jugak.

8) KENGKAWAN SEMUA
tak larat nak tulis semua nie tau. ramai sangat kawan dalam hidup kama. sejak dari sekolah rendah, masuk menengah, pergi plak matrik, join u. semua kama sayang sangat. kalau nak tulis semua tak habis satu post nie. ada yang berganda plak karang.

9) BAKAL SUAMI....
adoooiiii..mesti pelik kan kenapalah kama tulis bakal suami. yer la dah namanya bakal, kene letak kat bawah-bawah skit. sebab tak tahu lagi saper nie ha. yang penting sayang la kan kat dia. kalau tak sayang macam mana la nak kawen nie karang. atoooiiii..melalut skit kat sinie

10) yang paling tak lupa walau last tapi melekat dalam hati...BLOGGER
kama sayang sangat dengan korang semua. masa-masa bosan kama suka bukak blog-blog baru atau lama nie. ada yang sedey..ada gak tetiba ketawa sorang-sorang. memang syok la. hari kama memang ceria dengan blog korang semua.

p/s: betul-betul pening nak pikir saper yang sayang nie..=))

2 pesanan chomel:

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

terbaik..memang menyentuh aty skit..ade sdkit kesedihan di post neh huhu..jangan lupa entry esok keyh..:)

ct kamaliah said...

hehehehe..thanks..=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...