Monday, October 10, 2011

penat oh ke tidak

 nak kata penat tak der la penat sangat. nak kata biasa rasa gak la lenguh sikit. tapi yang paling best dapat jumpa dengan kekawan baru. dapat kenal banyak ragam manusia kat sana. korang patut cuba apa yang aku sedang rasa nie. pengalaman akan banyak mengajar tentang apa erti hidup nie. ececeh...siap berfalsafah kat sinie plak.

tapi yang best bila dapat tips wooo... hari nie dapat dua customer yang bagi tips. yang paling best hari nie dapat customer dari french. nasib baik diorang mesra alam gitu. ramai gak la yang datang. lebih kurang lima belas orang jugak la. nasib baik aku ambik order yang kat meja sikit orang jer. tak der la melilau sangat hati nie.
 sebelum diorang balik, yang pak cik french nie siap bagi tips dua hinggit lagi kat aku. kata dia:
"thanks for guiding me"
bila plak aku guide dia nie? aku pon tak paham. setahu aku, just 'guide' dia nak makan aper jer. tak per la kot sebab dapat tips. amboii... nak yang tu jer. tapi, banyak gak la foreigner yang datang hari nie. dari singapore, kazakhstan, french, macm-macam la. nak kata memang banyak lah.

masa si french ambik order tak per la aku paham nak cakap ngan dia, masa si khazakhstan yang bengang skit nie. dia tak pandai nak cakap inggeris bebanyak. pening aku nak ambik order untuk dia. siap sembunyikan muka lagi dari dia. tiap kali nampak muka aku nie, mesti mintak makanan dia. tak sabor betol la dia nie. adooiii..penat nak melayan semua nie...

esok kerja lagi. rushing skit la kot sebab kelas habis kol lima, masok kerja kol enam. kepenatan terlampau la gamaknya nie...
C(:

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...