Monday, August 29, 2011

puasa - sahur

pejam celik...pejam celik...rupa-rupanya esok dah nak puasa kan
memang rasa kejap jer tahun nie. tahun depan rasa lagi kejap kan. tahun nie dapat puasa gak kat umah sebulan nie. dah lama tak puasa cam nie. rasanya dah empat tahun tak puasa penuh kat umah kan. maklumlah, merantau jer kerjer kan. aper pon selamat berpuasa semua walau terlambat sikit ucap nie, tapi tak bermakna tak sempat kan.

pehh...sebulan nie ada kelainan skit puasa kat umah. bukan terlebih pelik pon. puasa nie sebulan bangun masak sahur.*laa...ingatkan nak cakap aper lerr* hehehehehehe. bukannya apa. kebiasaannya ummi yang bangun masak. aku bangun makan jer. ummi buat operation kat mata. so, kenelah berjaga tengah malam. bukannya sorang. ada gak kak long yang tolong skali. tupon nasib baik dia balik. kalau tak, sorang ler bangun pepagi nie

nak kata masak tu tak ler masak banyak sangat. pukul 3 pagi bangun masak nasi. lauk-pauk dah masak siang-siang pon. takot-takot ler tak nyempat yer dak. ada sekali tu dah nak 4.30 pagi baru bangun. naseb baik nyempat masak nasi. kalai tak minum air makan kurma la gamaknya. lauk aper yer biasa makan pagi? yang paling best kalau ada sup. sup tulang ke, sup perut ke. tak kisah pon. asalkan tak berlemak. pepagi nie kalau masal santan memah tak lalu nak telan. bertukar air masak la gamaknya nak soh nasi masuk ke perut.

esok dah tak bangun pagi dah. peasal eh? boleh plak dia tanya. kan dah raya. tak yah bangun pukul 3 pagi lagi kan. malam nie dah janji nak buat kek coklat ngan cocktail ngan kak long. tak sabar rasenyer nak makan esok pagi. untuk makanan berat plak. malam nie jugak masak nasi himpit. kuah kitorang special skit. lain dari yang lain. kalau biasa makan kuah kacang kan. kalau kat umah nie, ummi masak sekali ngan ayam. kacang still ada, cuma lagi best buat macam nie. kalau nak cuba boleh la datang umah. 

- selamat hari raya maaf zahir dan batin -

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...