Thursday, August 11, 2011

Aku Berserah Pada MU


alhamdulillah...sudah sepuluh hari umat islam mengerjakan puasa di bumi Mu ini Ya Allah. banyak amal ibadat yang telah disempurnakan oleh kami yang kebiasaanyya tidak kami lakukan dalam bulan-bulan lain. ini kenapa? kerana bulan inilah bulan yang paling dicintaiMu. bulan yang khusus buat kami warga Islam mendapat peluang beribadah kepada Mu

tapi...aku bagaimana? adakah telah aku sambut peluang ini? adakah aku rebut peluang yang datang hanya sekali dalam setahun nie? adakah aku sedar bahawasanya belum tentu aku dapat merasainya pada masa hadapan? adakah aku sedar semuanya? tidakkah aku bimbang jika peluang tidak dapat kusambut lagi pada masa hadapan?

jawapannya
...
ya
...
tidak
...

MasyaAllah...kenapa dengan aku ini Ya Allah? bagaimana aku masih boleh berada dalam keredhaanMu sehingga kini Ya Allah. aku adalah hamba yang sangat alpa. dan adakalanya sengaja aku mengalpakan diri beribadat kepadaMu Ya Allah

aku sedar
aku sering melakukan kesilapan
aku sering membuat dosa
dosa yang besar
mahupun yang kecil
walau dalam keadaan tidak sengaja
walau dalam keadaan yang aku sedar

aku sedar
tatkala aku mebuat dosa
aku sering mengingat Mu Ya Allah
aku sering takut pada MU Ya Allah

aku turut sedar
sering juga aku meminta pertolongan dari Mu
untuk aku menambah bilangan dosa ku Ya Allah

aku sedar
aku sering berjanji pada Mu Ya Allah
hanya kali ini yang terakhir
hanya kali ini aku pinta
hanya kali ini Ya Allah
NAMUN
aku masih mengulanginya Ya Allah
TAPI
Engkau jua tidak pernah berputus asa
memberikan rahmat Mu padaku
memberikan peringatan Mu padaku

aku tahu
kadang-kala aku menjadi insan yang talam dua muka
aku menjadi insan yang penuh kepura-puraan
sering aku beribadah kepada Mu
sering juga aku mengkhinati Mu

bantulah aku Ya Allah
aku takut Ya Allah
jika hidayah yang ada padaku ini
hilang seperti debu
yang bertaburan tatkala dihembus angin
jadi
bagaimana keadaanku pada ketika itu
adakah aku masih dalam ingatan Mu
adakah aku masih disayangi Mu

AKU TAKUT YA ALLAH
walau sebanyak mana sekalipun aku beribadah
walau sebanyak mana sekalipun aku bertaubat
dosa yang sama
TETAP aku hinggap
TETAP aku lakukan

dosa-dosa lampau sudah menjadi darah daging padaku Ya Allah
sudah menjadi makanan padakau Ya Allah
bagaimana harus aku membuangnya
jika ia adalah sarapn ku
jika ia adalah kegemaran ku
jika ia adalah teman ku

dosa-dosa lampau
dosa-dosa kini
dosa-dosa mendatang
aku sedar Ya Allah
aku amat sedar Ya Allah

bagaimana keadaanya
jika aku menjadi talam dua muka pada Mu Ya Allah
aku menjadi seperti insan yang lemah imannya
ketika aku beribadah kepada Mu
ketika itu juga aku mengkhianati Mu
adakah aku masih mendapat hidayah Mu Ya Allah

aku sedar Ya Allah
aku sedar Ya Allah
bantulah aku Ya Allah
tolonglah aku Ya Allah

janganlah Kau pesongkan kati aku
sesudah Kau memberikan hidayah pada ku

kuatkanlah iman ku Ya Allah
yang sememangnya teramat lemah
dengan godaan luar ini Ya Allah
dengan godaan dalaman ini Ya Allah

2 pesanan chomel:

aimie amalina said...

insyaAllah
moge hati kite selalu dgn Dia kan =)

ct kamaliah said...

InsyaAllah...moga kita masih lagi diberi peluang bersamaNya..;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...