Monday, July 18, 2011

yess...dapat pakai henna

tetiba jer rasa terdetik nak pakai henna malam nie. teringat plak yang kat umah nie ada henna kalau tak silap. yang nie pon ada yang bagi balik hadiah dari makah. apa lagi kan...membuak la rasa keingininan nie. nak buat henna macam dulu ke? alahai...tak der feel la nak buat kalau buat cam dulu-dulu.

kama memang penggemar henna..opsss silap..penggila henna. kalau boleh tak nak biar henna tak der kat tangan. nak biar ada corak jer kat tangan nie. nak soh orang buatkan, kata tak pandai. kama pon tak pandai gak. main bedal jer. asal jadi. dulu-dulu masa belajar kat matrik, selalu gak buat henna kat tapak tangan. sampai ada lecturer tegur yang kama pakai henna. bukan tak nak dengar teguran tu. tapi, dah suka sangat. nak buat macam mana. niat di hati bukan nak buat tatu ke apa. buat macam henna la kan. dah pon nama pakai henna.

kata orang lagi, kalau selalu merah kat tangan. tak beseri la nanti kalau kahwin. mmmm...yer ke? tak per la. tak berseri pon tak per. sama jer kot. asal hati bahagia. tak ke gitu? walau kama suka sangat pakai henna, tapi kama tak berapa gemar pakai inai kat kuku. tak suka tengok merah kat kuku. nampak kotor jer kat jari. *itu pendapat masing-masing, kalau ada yang suka terpulang la* 

nak buat henna biar nampak cantik mesti kene ada corak bagai kan. masalahnyer, kama mana la kreatif dalam bab melukis nie. fail terang-terang. jadi macam mana nak buat henna kat tangan nie. takkan nak letak gambar rumput kot. tak pon gambar cendawan. tapi, menarik gak tu letak gambar. nanti lain kali boleh buat lagi.

untuk dapatkan feel yang baik punya, kama tepon la pak cik ngn mak cik google nie. try tanya skit kot-kot la diorang ada cadangan nak bagi. macam biasa, pak google tak pernah nak hampakan harapan sesiapa. so, kama dapatlah skit-skit ilmu nak buat henna kat tangan.
amacam? cantik tak. daripada gambar smua nie la kama dapat buat kat tangan. biar tak seberapa pon, asalkan dapat buat. korang patut cuba gak nie. buat suka-suka.

ta da
...
...
...
hasil yang tak seberapa tapi puas hati gak sebab dapat buat dengan hasil sendiri. sampaikan nak makan guna tangan sebelah kanan jer ambik pinggan. sayang kalau terconteng. letih nak buat. rasa tak best ada gak skit sebab sempat buat sebelah jer. kalau kama nie kidal agak-agaknya dapat buat dua belah sekali. *kene bersyukurlah kama oiii*

p/s: siap tulis nama sendiri lagi kat tangan ingat tertukar tangan ke cik kama oiiii

2 pesanan chomel:

aimie amalina said...

besnye! saya juge pengemo inai..pantang jumpe pokok inai..mest nak..hahahah

ct-kama said...

kama guna inai yg dlm paket, xmerah pon. da nak hilang kt tangn nie. sedey...=((

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...