Wednesday, July 6, 2011

mari kita membaja

cuba korang bayangkan macam mana lah pajero nie boleh naik atas bukit tinggi dalam kebun nie. memang kecut woo. masa dok dalam pehh berdebar jantung nie. tak tau nak cakap macam mana. dah la bukit tu tinggi. jalan pulak mak aih. tak leh nak bayang. kene pi tengok sendiri baru paham.

sebenarnya yang pergi kebun nie semalam. penat sangat sampai malas nak update. tak per kan. hari nie pon boleh update gak. memang letih badan rasa. naik turun bukit jer kerja. kalau tak bawak barang tak per la plak. nie kene bawak baja. kalau tak pikul atas badan, kene seret la maknanya.

sebelum nak membaja tu mesti kene ada alatan yang sepatutnya. bukannya apa, buat keselamatan dan ringankan kerja jer. 
 kalau tak der sarung tangan nie pon tak per. cuma licin skit la kalau nak tarik dan pikul baja. kalau ada tangan yang terluka memang pedih kalau tak pakai sarung tangan. macam kene kat diri sendiri nie lah. baja kan masin. kalau tak masin tak jadik la pokok tu. kalau benda masin kene kat tangan yang luka memang pedih tak leh nak tahan rasanya. kalau ada sarung nie tak la kene kat tangan. lagipun tak la kotor sangat tangan dalam kebun tu. 

satu lagi. masa dok membaja tu, alahai...banyak benor sarang peringat bergayut kat pokok. peringat nie sepupu sepapat ngan lebah jugak la. kalau kena kat badan memang meraung ler satu hari. kalau kita tak kacau dia, tak der nak sengat punya lah. mereka nie sengat kalau rasa terancam jer. nasib baik sempat tengok sarang peringat. kalau tak memang dah kene kat muka nie lah. masa tengok tu pon kat depan muka dah. memang lega tak bertembung. ayah guna sarung tangan nie nal buat tepuk sarang peringat. tak sengat pon kat tangan. tepok samapi mati jer la.
mesti tertanya-tanya buat paer la penyodok nie. bekas nie kitar semula jer. dari dok membazir beli penyodok baru, boleh gak jimat guna bekas yang ada kan. nie pon bekas clorox kalau tak salah. potong jer buat bekas serbaguna. bekas nie guna buat nak mengaut baja-baja tu ha. lagi senang nak membaja karang.
kasut 'boot' atau kasut keselamatan nie guna buat naik turun bukit. nak jaga kaki la katakan. pacat pon tak gigit. kalau tak nak pakai 'boot' pon tak per. guna lah kasut yang bergetah. kalau guna kasut sukan rasa macam tak sesuai sangat la dalam kebun nie. lagipun kebun nie berbukit tinggi dan curam.
 inilah baja yang kitorang guna. dok pikul atas belakang benda alah nie la. berat tau. berat sesangat. kalau nak rasa berat ke tak, pi cari kat rumah mana-mana cuba pikul sendiri. mesti mengaum dulu.
baja compound
baja compound
baja urea
baja urea
semua nie lah baja yang kitorang guna nak membaja pokok. 15 himpit guni naik turun bukit. dala satu pokok boleh taburkan baja coklat dalam 3 atau 4 bekas tadi. baja puteh pulak atau baja urea mesti tabur satu bekas jer pada setiap pokok. ini nak pastikah setiap pokok dapat khasiat gak la.giler la kalau fikir balik. rasa nak pengsan naik bukit. tak tambah lagi masa pajero turun bukit curam. dalam hati nie dok fikir jatuh gaung jer. tangan nie tak leh lepas dari dok bergantong ngan palang dalam pajero. kecut..memang kecut.
soalan cepumas. kenapa ada cd bergantung kat pokok kelap sawit nie?
ha..cuba jawab..
..
..
..
sebabnya nak halau babi hutan

kalau nak tau macam-macam ada dalam kebun nie. babi hutan, ayam hutan, peringat, lipan dan ular pon ada. cukup lengkap la bab binatang berbisa nie. kalau bernasib baik dapat jumpa lah dengan semua nie. masa kat kebun tu, Ya Allah..hancing sungguh bau air kencing babi hutan. merata lak tu. sebab tu lah letak cd tu. masa waktu malam cd tu nampak bersinar kan. nanti babi hutan tu fikir ada orang la kat dalam. andaian jer. tapi mungkin boleh pakai. sebab tu dah praktik pon. 
selamat berkebun..=))

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...