Friday, July 8, 2011

makbul | drama tentang doa

sebuah drama yang banyak memberikan pengajaran buat kita semua. drama makbul nie bukan seperti drama-drama yang lain. bukan tentang cinta remaja atau konflik rumah tangga. ianya sebuah drama yang memaparkan erti sebuah doa yang jarang kita jumpa dalam drama-drama lain. sudah tentunya drama makbul nie adalah sebuah drama islamik yang memaparkan suasana kehidupan seorang muslim. tetapi dalam drama makbul nie ia mengajar kita menjadi seorang muslim yang sejati melalui apa? melalui doa-doa. melalui nasihat yang kita terima dari sekeliling yang masih menyayangi kita sebagai seorang manusia.

rasanya amatlah rugi kalau tak dapat menonton drama makbul nie. kalau korang tak pernah lagi menonton drama makbul nie, rasanya sempat lagi kalau nak tengok. drama nie disiarkan pada setiap hari khamis jam 9.00 malam di tv2. tapi rasanya minggu depan dah nak habis. ia ada 13 episod kesemuanya. kalau tak sempat pon boleh rasanya ushar-ushar kat internet kan.

selepas menontot drama makbul nie, akan rasa timbul dalam hati tentang apa sebenarnya yang kita buat seharian dalam keidupan kita. adakah cukup amal dan budi sesama kita? adakah kita rasa selesa dengan apa yang ada pada kita hari nie? adakah kita rasa tak perlu lagi untuk mencari ilmu-ilmu tentang dunia akhirat selepas apa yang dikecapi di dunia ini?

semua persoalan ini akan terjawab melalui drama makbul nie. akan rasa timbul dalam hati untuk berusaha ke arah lebih baik. ini adalah kerana apa? ianya adalah kerana doa. untuk doa kita dimakbulkan Allah amat sukar untuk kita jawab kan. kita tak tahu adakah doa yang diminta hari-hari itu akan diperkenankan dariNya. mungkin doa kita tak diperkenankan pada masa sekarang dan akan digunakan pada masa hadapan. kita tak tahu. kita tak boleh nak menjangkakan hal-hal yang sedemikian. oleh itu, kita perlu sucikan hati dengan sebersihnya untuk mendapatkan doa yang makbul. ia. memang tepat fikiran korang. kita tak boleh nak katakan bahawa jika hati seseorang itu suci Allah akan perkenankan dan jika seseorang itu tidak beramal soleh, doa mereka tak dimakbulkan. semua itu hanya pada Allah. hanya Allah yang mengetahui segalanya.

kita sebagai hambaNya yang serba kekurangan ini yang perlu menyucikan hati. sentiasa mengabdikan diri walau kita merakan kekurangan tentang agama. kita sebagai insan perlu mencari apa yang korong itu. apa yang tertinggal itu. semuanya akan dipenuhi dengan isi-isi yang berguna jika kita mencarinya di jalan yang benar. di jalan yang diredhai olehNya.

dengarkan lagu dari drama makbul. lagunya memang syahdu. rasa-rasanya boleh juga nak dikatakan opik versi malaysia...=))
Astaghfirullah.. Astaghfirullah..
Astaghfirullahal ‘adzhim.. Al ladzii laa illa ha illaha..
Huwal hayyul qayyuum.. Wa atubu illaik..
Amin… amin… amin… amin…

Ku bermohon pada Mu yaAllah..
Tetapkan iman ku sentiasa pada Mu
Berserah pada Mu
Sesungguhnya
Solat serta ibadahku
Hidup dan matiku
Hanyalah untuk Mu
Hanyalah untuk Mu
Ya Allah..

Laillahaillalah.. Laillahaillalah.. Laillahaillalah..

Ku bermohon pada Mu
Tiap detik ku mengharap kebaikan Mu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksaan mu yang azab sengsara

Laillahaillalah.. Laillahaillalah.. Laillahaillalah..

Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat

Amin… amin… amin… amin…

2 pesanan chomel:

Nadya O'Conner said...

nad promot blog anda di sini..:)

Miss Nadya Promote Blog Part 12

ct-kama said...

hehehehehhe....thanks nad..=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...