Wednesday, July 6, 2011

bagi jer la kl dia

lawak...memang lawak. mesti korang tau kan apa menda la aku bagi tajuk. yup. betul. tak lain filem gangster. maaf lah. aku sedikit lambat tengok filem yang meletop bom bom nie. baru siap download petang tadi. terus tengok. apa jadi kan. sakit perut la.
ingat tak scene ni? bagi jer la kl kat dia....bagi jer la kal dia. 
adooiii. aku rasa nie le scene yang paling kelakar buat aku. dalam movie nie aku gelak tengok watak zizan. banyak lagi scene yang best dan rasa teruja tengok. berbaloi aku tunggu lelama download petang tadi. scene apa yang korang suka? mesti banyak kan. sama la kita.

come to papa...come to papa
lu macam masuk true fitness la bro.
true fitness kepala otak ko.
buka besar badan la..hidung lu
pakai seat belt...pakai seat belt. kalau kena saman tak larat aku nak bayar
semua tempat dia nak langgar. apa hal. sial la...tuii
susah betul kalau pakai enjin ferrari nie
eh boleh jalan dengan jalan ko la

banyak lagi la scene yang suka sangat. enjoy tu enjoy la jugak. 
pengajaran jangan lupa. banyak yang kita boleh belajar dengan movie nie.

bila senang jangan lupa mak
walau jahat macam mana pun mak tetap sayangkan anak dia
bila mak cakap jangan buat, baik jangan la.
sebabnya kata-kata mak tu adalah doa
dia tahu apa yang terbaik buat anak-anak dia

walau sejahat mana pun kita mesti ada yang baik.
kita boleh lihat masa jai bagi duit kat budak yang tidur tepi jalan
walau dia jahat tapi ada jugak hati yang suci
jangan nilai manusia dari luaran

lindungi la keluarga walau apa pun yang berlaku
ahli keluarga paling penting buat kita
kalau tak der diorang tak der tempat nak mengadu dan berlindung

sejahat mana pun seseorang, bila ada talian darah rasa sayang mesti ada
walau mereka buat jahat mana sekalipun
bila dah nama keluarga mesti lindungi sampai selamat


yang paling penting dalam movie nie 
bila orang nak bertaubat ada jer yang cucuk jarum
kalau seseorang dah rasa insaf dan menyesal mesti ada halangan
orang yang nak insaf tu mungkin akan berpatah balik
kelakar bila dengar jai sebut 'memei la'. selalu dengar dia sebut tu. rasa lain pulak. bukan tu bahasa kelantan ker atau aku silap dengar. aper pon semua pelakon mantap dan bagus dengan watak masing-masing.


'aku nie abang ko. ko nak macam sial macam mana pon aku tetap sayang ko sebab ko tetap adik aku. darah daging aku. bodoh!!! '


apa yang korang rasa bila dengar malek cakap nie kat jai. sedih kan. terus meresap dalam jiwa. darah daging dia. mestilah dia sayang. sayanglah ahli keluarga semua. sedih bila dengar kata-kata nie terucap.
p/s: semua filem shamsul yusoff memang hebat. setimpal dengan apa yang dia dapat. teruskan berjuang dan buat filem banyak-banyak. nanti nak tengok lagi..=))

2 pesanan chomel:

Ana Je La said...

zizan..ooo yehhhh!!!

ct-kama said...

hahahhaha..na dah tngok ke? best kan..glerrr r..=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...