Sunday, July 31, 2011

alhamdulillah..dapat jumpa idola

alhamdulillah..seperti yang dirancang sebelumnya. dapat gak menjejakkan kaki di balai islam, lundang bagi satu forum ceramah selebriti. walau pun sampai agak sedikit lambat, tapi input yang berguna masih dapat diambil buat iktibar bagi diri sendiri. walau pada mulanya hanya ingin bertemu idola semata-mata tak salah kan kalau kita ikuti terus subjek forum yang dibincangkan.
panel jemputan yang hebat dan berkarisma
berada jauh dibelakang gara-gara lambat
 
 ketika melihat panel-panel berada di barisan hadapan nie...terasaamat kerdil tatkala mendengar syarahat yang diberikan. sememangnya imput yang dapat di sana tak dapat dibandingkan dengan apa-apa pun. tak rugi berada di sana untuk memberikan sokongan.

teringat dengan celetah wardina. dengan soalan yang 'merentap' cukup membuatkannya berfikir sejenak untuk menjawab soalan tersebut bagi tidak menyinggung mana-mana pihak. akhirnya hanya sepatah kata yang membuatkan kita sebagai penonton yang berfikir bagi jawapan beliau
apa yang telah terjadi padanya, beliau menganggap sebagai ujian dan beliau bermuhasabah diri untuk menjadi diri yang lebih baik...InsyaAllah
selain itu, dewan sedikit bergema dengan celoteh kata darai DR MAZA teringat gurau sendanya tentang aurat suara wanita. 
takkan orang luar datang memberi salam dan bertanya tentang si suami, si isteri menyambut dengan gaya tangan. bukan dengan kata-kata.
riuhan dari semua penonton membuatkan satu dewan menjadi hangat. walaupun berada di barisan paling belakang *disebabkan kelewatan sendiri*  tapi bahangnya celoteh para panel tetap menarik hati

sebelum balik sempat lagi bergambar dengan idola ... =)) 

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
terima kasih sekali lagi buat input yang berguna...;)
 pada akhir ceramah 'Bicara Selebriti' semua panel membuat persembahan. tapi sayang disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan wardina tidak dapat tonjolkan bakat beliau.

alunan gitar dari Sham Kamikaze membuatkan hati sedikit tersentuh. boleh membuatkan gugurnya air mata di pipi.

akhir sekali, puisi yang dibacakan oleh DR MAZA diiringi alunan gitar dari Sham Kamikaze

puisi ini diambil dari drmaza.com

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...