Sunday, June 12, 2011

red warriors tetap hebat



umum semua dah tahu kan keputusan perlawanan bola sepak piala FA di mana kelantan bertemu dengan terengganu...yang menjadi johannya adalah terengganu. aku dimana? semestinya di red warriors. walaupun apa yang berlaku, aku setia menjadi penyokong tegar red warriors. kalah dan menang adat bertanding. kalau semua nak menang, siapa pulak yang jadi kalah.


mesti diantara kita semua ada yang tak puas hati dengan permainan tadi ka.. percaya yang isu daudsu tadi akan berbangkit sehingga korang semua penat nak bercerita. mesti ada yang kata kenapa bola ada yang terlepas? kenapa tak goalkan jer tadi? kenapa pass pada orang lain? kenapa itu? kenapa ini?


asal tak korang pergi goalkan jer
masuk ke idak kalaupun korang ada kat bawah tadi 


cuba bayangkan korang berada dalam keadaan mereka tadi. macam mana perasaan bila korang main sampai letih, tapi orang lain cakap korang tak bagus. ada yang sakit hati ke. atau ada yang rasa dunia ni tak adil. memang macam nilah situasi bila tak berjaya kan. tapi bila menang, semua dipuji, semua dijulang. bila kalah nie, cubalah bagi semangat skit. bagi pendorong buat masa hadapan. jangan mengecilkan lagi diri pemain. jangan cuba jatuhkan maruah mereka. mesti ada sebab semua yang terjadi. 


seperti peritiwa tadi. dengar-dengar tadi tak habis-habis menyebut pasal daudsu. daudsu pun bukan sengaja nak jadi begitu. cuba tengok baik-baik. kalaupun daudsu tak berada di hadapan goal tadi, kan ada dua pemain lagi dari terengganu yang tengah bersedia nak tembak bola masuk. apa-pun boleh terjadi pada masa tu. dia pun tak sedar barangkali bola tu boleh masuk ke dalam kalau dia tanduk dengan kepala. kesian dia. tak per..kuatkan semangat daudsu. ramai lagi penyokong red warrrior dibelakang anda.

apa-pun puas hati tengok perlawanan malam nie. selama 120 minit diorang main, nampak keletihan kat muka masing-masing, red warriors masih bersemangat menuju kejayaan. tabahkan hati korang semua. mungkin bukan rezeki pada musim nie. kita tunggu pada tahun hadapan pula.


selamat maju jaya semua
harap tenaga masih penuh di dada...
gambatte!!!..=))

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...