Friday, June 10, 2011

red warriors dalam perjalanan...tunggu


sehari suntuk aku dalam kereta dari kelantan ke terengganu ke kelantan semula. penat memang penat la kan. tak kira lagi yang aku drive balik dari terengganu. berjam-jam dalam satu negeri jer. tengok kiri kanan semua hutan. naseb baik abah bagitau jalan kampung. boleh gak tengok skit kawasan orang lain. satu famili pergi sana sebab kitorang ada jemputan kenduri kawen sedara. kitorang nie dari pihak perempuan. kira nak 'hantar menantu' lah bahasa kampung kan. besok pon ada lagi satu. naseb baik dalam negeri sendiri. sebenarnya sedara nie kawen dua-beradek serentak dalam satu hari. hari nie hantar si adik. esok pulak hantar si kakak.

masa tengah jalan balik ke kelantan, terserempak la dengan konvoi-konvoi 'red warriors' tengah pasang bendera kat kereta. ada gak yang ngah tunggu mamber lain datang. mungkin semua nak berada dalam kumpulan kot. penuh la jalan raya malam nie. semua nak pergi tengok bola live kat stadium bukit jalil. aku macam mana? macam mana aper nyer...dok depan tv la. takpon tunggu jer update kat dalam tenet ni hah. aku nie nak kata minat bola tu bukan tak minat. aku memang suka gak tengok bola. alik-alik masa ngan nak goal. fuhh..kencang deerrr. semangat naik tetiba jer. aku nie penyokong tegar red warrior gak tau. mungkin sebab dari negeri sendiri la kot. 


aku bangga jadi penyokong red warrior. banyak kejayaan diorang dapat yang kita lihat. aku pun tumpang gembira sekaki. tapi ini tak bermaksud pada masa diorang jatuh aku kutuk kaw-kaw yer. masing-masing ada kredibiliti tersendiri. bola tu kan bulat. apa pon boleh jadi kalau tak der naseb yang menyebelahi ada rezeki menang, InsyaAllah akan menang. kalau tak ada rezeki untuk menang, usaha lagi. mungkin ada masalah yang kita sendiri tak faham kan. bak kata ummi aku, orang yang ter'over' kutuk tu tak semestinya dia sepak bola masuk. opss...jangan marah. ini hanyalah gurauan semata-mata...=))



p/s: suka tengok semua penyokong penuh kat stadium. nampak semua garang jer dalam merah. sebelum terlupa, merah memang warna kegemaran...=))

 - red warriors dalam perjalanan...tunggu -

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...