Saturday, June 18, 2011

katakan tidak pada lampu tinggi

yum yum yum... hari nie dapat makan pulut durian. wow best giler. rasa kempunan pulak aih. hadus..padahal minggu lepas baru makan kan. ape la ngan aku nie. bukan nyer apa. masa musim durian ada banyak nie, kenelah makan puas-puas kan. nanti tak der durian, lagi lah kempunan. tak pasal-pasal pusing dari satu kampung ke kampung lain untuk cari durian jer. dapat plak ada yang buruk, busuk, masam dan entah ape lagi dah nak cakap.
brrupp..kenyang betoll.. nak lagi...nak lagi...nak lagi....

yang nak dijadikan cerita nyer nie bukan pasal durian. tapi pasal lampu. yer la. pasal lampu. nie bukan lampu rumah ke, lampu bilik air ke, lampu bilik tidur atau segala lampu la. yang nak citer nyer pasal lampu kereta. kalau teringat balik nie rasa naik angis pun ada. nak naik antu lagi pun ada. kejadian nie pun baru jer lepas magrib berlaku tadi. lepas pi pekena pulut durian la. maklumlah jalan gelap sangat. lampu jalan bukannyer banyak sangat. jalan pulak, aih...tak yah nak criter banyak la. jalan kampung kan. mesti ada yang tak best nak bawak laju. banyak selekoh plak tu. selekoh nyer tajam. tpi sempat plak aku buat drift kecik kat selekoh tadi. tapi slow skit la kot sebab hujan kan. pehh..lebat sungguh hujan nyer. siap kilat petir semua ada. seram pla bawak kete malam-malam dalam hujan nie.

pasal naik angin nie plak, ada la satu kete warna kuning kalau tak salah. tak nampak sangat la malam-malam dalam huan nie. aku ada la gak buat lampu tinggi kalau tak der kereta dari arah bertentangan, tapi kalau kereta dah mai, aku turunkan balik. yang aku geram nie plak, kereta kuning nie punya la tinggi dia angkat lampu. dah la kat selekoh tajam. aku yang laju nie kene perlahankan kereta gak. yang lagi naik antu nyer bila aku terpaksa berhentikan kereta dulu sebelum boleh jalan. samapilah kereta kuning tu blah, baru aku boleh pecut balik. macam mana aku nak bawak kereta kalau lampu tinggi sangat. tak nampak apa-apa kat depan. macam masuk dalam satu cahaya yang terang sangat. kalau aku maju gak, tak tau la nak jadi apa.


lepas tu, yang paling kelakarnya. abang aku sempat ajar balik kat aku. lain kali kalau ada orang buat macam tu balik, ko balas jer gak. bukak lampu tinggi-tinggi. tak pun kelipkan lampu tinggi kat dia banyak kali. baru dia rasa gak.

p/s: buat semua pemandu, bertoleransi la ketika memandu yer...=))

2 pesanan chomel:

SYiFA said...

haha.saya penah 'ter'buat lmpu tggi tu msa drive.then ada org bals balik kt saya.dia kelip 2 3 kali lmpu mcm awk kata.kekeke

btw,hello kama.ni 1st time komen kt blog awk n 1st time tegur awk :)

ct-kama said...

@syifa hahahha...kama tak sempat nak balas balik ngn lampu tinggi sebab gabra sangat..hehhehe..kama pun ada gak buat lampu tinggi kdg2...xperasn gak..hehhe

dan utk 1time pun kita tengor..nice..and follow u..=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...