Thursday, June 2, 2011

kasih antara kita ... demi cinta ini

teringat masa minggu sebelum study week hari tu. yer la...bosan sangat. nak tengok citer tak tahu nak tengok aper. nak baca majalah, semua dah khatam banyak kali pun. alih-alih aku pargi pinjam novel ngan dak-dak nie. ada gak mamber pinjamkan untuk aku sekali. thanks korang. memang terbaik lah. okey lah...skang nie aku nak cerita pasal novel yang aku baca. sebenarnya banyak dah aku baca hari tu. dalam sehari boleh gak aku baca dua novel. nak tahu kenapa? bosan sangat la tu kan nampaknya. tapi, dua buah novel yang aku nak cerita nie memang membuatkan aku terkesan dan teringat lah....;))


novel nie memang buat aku terkesima. macam mana nya tak...sampaikan aku mengalir air mata pun. ops...dah bocor rahsia aku. malu la weh...baca novel leh nangis. bukannya apa. novel nie bukan pasal cintan-cintan sangat tau. ada lah skit-skit. kalau tak der cintan cintun bukan novel la tu kan. yang membuatkan aku terasa sangat sebab ia berkisarkan tentang kekeluargaan. jalan cerita yang digambarkan cukup menyayat hati. pengorbanan adik terhadap kakanya, pengorbanan ibu saudara kepada anak saudara kembarnya, penerimaan keluarga terhadap keadaan yang berlaku. semuanya amat memilukan aku. lebih-lebih lagi apabila baca tentang keadaan adik ngan kakak. fuhh...memang buat korang mengalir air mata...=))


novel yang kedua nie lak banyak mengambarkan tentang keislaman. yang nie bukan novel dakwah. tapi, keadaan dalam novel nie ada menceritakan seorang pemuda yang memeluk agama islam dan ingin berkahwin dengan gadis yang beragama islam. apa yang lebih menariknya, pemuda nie tetap dalam agam islam dan belajar tentang islam walaupun dia tidak bersama dengan gadis yang dicintainya. lagi best sebab novel nie berkisarkan tentang keadaan di negeri aku, negeri cik siti wan kembang. senang la skit kot nak buat aku berkhayal. novel nie banyak gak buat aku sedar tentang kehidupan. yang aku geram sangat keadaan kehidupan yang diceritakan. kalaulah aku kat tempat si gadis nie, aku rasa aku pun akan buat benda yang sama macam dia. entah-entah lebih lagi. eeee....geram tol la. opsss...teremosi lebih plak...

apa pun selamat membaca. rugi tak baca tau. dapat gak korang menelami kehidupan orang lain dan dijadikan ikhtibar..=))

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...