Friday, June 10, 2011

jom tengok up


bila malam jer mencari cerita apa yang belum tengok. cerita apa yang kene ulang lagi. kalau tak cerita pun, video yang best-best ke kan. wokeh...ambik keputusan jom tengok cartoon up. citer nie kuar masa tahun 2009 lagi. dah lama pon kan. tengok dia nyer review macam best jerk. 


macam mana? best kan. mesti korang smua dah tengok citer up. walaupun citer up pada mulanya tak banyak cakap bagi karakter utama. hanya gerak-geri watak dam bunyi musik jer dah buat aku rasa best sangat tengok up. naik meremang bulu roma aku nie. sedih pulak bila tengok dia kawen, lepas tu isteri dia meninggal. walaupun sekadar cartoon semata-mata, boleh buat 'touching' plak kat sini. pandai pengarah buat kan. paling tak munasabah bila rumah tu boleh plak terbang dengan belon. tapi, dalam cartoon semua pun boleh jadi.


yang kelakarnya bila rumah dialah satu-satunya tinggal bangunan kat situ. semua kawasan sekeliling dah dibangunkan. kesian pulak tengok dia sorang diri lepas isteri meninggal. dahlah tua, tak der sapa yang jaga. macam mana boleh terfikir nak ikat belon kat rumah pun tak tahu. macam mana plak dia gantung belon bebanyak kat situ. larat pulak dia yang dah tua tiup belon sebanyak tu. agak-agaknya lah beribu jugak lah belon kat rumah kot.


suka tengok masa dia ngan isteri. romantik sungguh kan. dalam cartoon pun sempat gak feeling. tapi betul la. memang romantis diorang suami isteri dalam up. rasanya air mata nie hampir gak jatuh bila tengok masa isteri dia meninggal. pegang balik belon biru yang isteri dia pernah buatkan sebelum ni. sayang sungguh suami isteri ni kan. kesian tengok seorang lelaki tua hidup sorang diri jer dalam rumah. tak der sapa yang jaga. makan minum macam mana? siapa yang nak uruskan diri? kalau sakit siapa yang uruskan?...=(


comel pulak tengok atok nie ngan budak kecik. serasi betul dua orang nie kan. tambah-tambah lagi  ada anjing yang comel. walau gaduh macam mana pun last-last serasi jugak. budak nie comel betul tengok. rasa nak cubit jer pipi dia. naseb dalam cartoon jer. ada-ada jer kerenah dia yang nak buat atok nie senyum. okey jugak dia ada kan. tak lah sunyi hidup atok.


nak bagi empat bintang lah sebab berjaya menyetuh hati ni walaupun ianya hanya karakter cartoon semata-mata. maksudnya kat sini, tak semestinya dengan karakter manusia jer cerita boleh berjaya. yang penting jalan cerita yang menarik. 

keep up the good work...=))

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...