Monday, June 20, 2011

hantu ke apa?

wah..serius pagi nie memang aku rasa macam nak terkeluar jantung pun ada gak nie. semalam aku tidur awal gak la. dalam pukul dua lebih ngantuk sangat...mungkin aku bangun awal kot. jadi semalam aku lebihkan masa tidur ler...hahahaha...jangan ditanya yer pukul baper aku bangun plak. so, malam tadi aku tak tidur la. lepas subuh ni baru aku tidur. mungkin lepas aku menaip yer. eh..citer balik pasal tadi.

tengah aku syok tengok citer 'the mentalist' depan komputer nie, tetiba jer bunyi senduk kat dapur jatuh ke bawah. memang jatuh ke bawah kan. takkan jatuh ke atas lak. okey fine. aku terus cuak la der. bukan maknanya aku melompat dari kerusi. aku terus tengok keliling aku nie ha. maklumlah, aku sorang jer kat luar yang tak tidur lagi. ummi ngan abah dah lama tidur kat dalam bilik tu ha. aku nie memang macam nie selalu. malam berjaga, siang plak tidur. macam kelawar la katakan. masa tu dalam pukul dua pagi gak kot. tak perasan lak jamnyer.

yang naik angin lagi plak, tetiba jer elektrik kat umah nie padam. gelap gelita lah jadinya. aku sorang-sorang kat luar dalm gelap. cuba korang bayang sorang-sorang dalam gelap. nasib baik ada tepon kat tepi. aku suluh ngan tepon jer la jadinya. lama gak aku dok diam jer lam gelap atas kerusi nie. dah terniat nak masuk bilik tidur pun. baru jer nak bangun dari kerusi, elektrik dah ada semula. dalam lebih kurang dua minit kot black out kejap.
cuak...memang rasa cuak skit nie. aku terus citer kat ummi ngn abah pagi nie. hahahah...ada plak abah aku cakap dia nak masakkan untuk aku pagi nie. kot-kot la aku lapar kan. adooiii...macam-macam. aku tahu, nie mesti kerjer binatang kecik yang berkeliaran kot. paham-paham jer la kalau malam-malam kan.

2 pesanan chomel:

EYFAalias said...

hahhaa. betul2. takkan jatuh ke atas pulak mesti lah jatuh ke bawah. ehehehee. binatang yg di maksudkan tikus ke?

ct-kama said...

hahaha...bukan tikus...ummi kata mungkin cicak kot..waduh...lemah semangat kejap...=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...