Thursday, June 9, 2011

asyik malam jer jadi burung hantu

entah macam mana la kehidupan aku ni kan. malam berjaga, siang aku plak tidur. bak kata ummi, nak jumpa anak sendiri pun susah. padahal dok satu rumah. macam mana lah nak jumpa. orang jaga, aku tidur. orang tidur, aku plak yang jaga. macam burung hantu. jaga malam. tak pon macam kelawar. siang tidur, malam merayap kerjenyer. aku pun tak tahu macam mana dua bula lagi nie. cutinya empat bulan. eh, bukan. dalam tiga bulan lebih gak la. tak kisah la berapa pun. yang nak cerita pasal aku. bukan pasal bulan. ni nak buat apa cuti-cuti. tak tahu langsung nak buat apa. sapa ada idea. bagi lah weh kejer skit kat aku nie. dok membuta kat rumah. nak kuar cari kerja tak der upaya. hehehe...bukan tak der upaya sebenarnya. kemalasan memberat dalam jiwa ni hah. makin hari makin menebal.

siang aku tidur. malam buat apa yer? apa lagi depan tenet la nie. bukan sepanjang siang aku tidur la. jangan salah faham pulak kat sinie. aku tidur lepas subuh. bangun dalam zohor. ada gak dalam enam jam aku tidur. tu kira okeylah skit. kalau diikutkan boleh buat aku tidur 12 jam tau. jangan main-main. apa yang tak pernah aku cuba. memang kerja gila kata orang. kata aku pulak, suka hati badan la kan. kalau nak ikut orang, susahlah jawabnya. kalau aku tutup mata maknanya aku tidur la tu. kalau aku bukak mata, hahahaha...jangan siapa yang kacau eh. aku terjah tenet dulu. dah tu memang kerja aku la kot selama tiga bulan lebih kat rumah nie. aku tengok kekawan lain ada gak pergi kerja. aku plak? asal aku tak mintak kerja eh? aku nak kerja apa? apa yang aku boleh buat? apa yang aku nak sebenarnya?


abah ada gak cakap tempat kerja yang ada kosong kat aku. aku tolak mentah-mentah. banyak plak alasan bagi kan. cajap jerlah malas. kan lagi senang tu. nak buat macam mana dah badan malas nak kerja. naik sem nie mesti banyak cerita yang budak-budak nie cakap pasal kerja. aku pulak nak cakap kerja apa? kerja tanam anggur ker? atau kerja buat peta malaysia hari-hari. sebelum cuti sem dulu, macam-macam dalam kepala otak nie fikir pasal kerja. bincang sana, bincang sini. last-last, tak kerja agak pun. semua hampeh. takder satu pun yang menjadi. macam-macam buat perancangan. banyak benda yang perlu buat. tapi, tengoklah sekarang. apa yang jadi. semua tarak. aku fikirlah sendiri!!!

2 pesanan chomel:

UpProfits said...

Owh..nih kira mcm adik beradik batman gak la..hehe

ct-kama said...

hahahah...boleh jadi sepupu sepapat gak la kot...;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...