Wednesday, June 1, 2011

8 Senaman Di Rumah

kalau hari-hari makan, minum, tengok tv, main tenet, buat kerja skit-skit...tapi tak bersenam memang sakit badan lama kelamaan. walau apa yang kita buat, senaman memang penting untuk tubuh badan. tak kira dalam masa panjang atau masa pendek. bak kata oranglah, kalau tak jaga badan untuk hari nie, esok belum tentu kita dapat buat kerja dengan baik. nak buat senaman? tak der duit lah nak beli alat untuk senaman. tak der masa lah nak besenam. sibuk la nak buat kerja lain lagi penting. yang nie semua banyak kali kita dengar dari orang ramai. entah-entah diri sendiri pun pernah cakap kan. kat rumah pun boleh buat senaman. tak semestinya hanya ada alat senaman yang canggih. tak perlu keluarkan duit pun kalau nak bersenam.

1. naik tangga

masa kat rumah tu rajin-rajinlah naik turun tangga yer. maksudnyer kat sini sambil kemas rumah la kot nyer. naik tangga kemas rumah bahagian atas ke naik 'tangga' cuci kipas ke. dapat jugak keluarkan peluh kat badan.

2. angkat bakul

angkat bakul kat sini bukan bermakna angkat yang berat. daripada dok lepak saja-saja kat rumah tu rajin-rajinlah angkat baju kotor dan basuh sekali yer. janganlah buat malas badan tu. badan pun tak keluar peluh. angkat bakul, pergi sidai pakaian basah, lepas tu angkat balik kat jemuran dah membakar sedikit sebanyak lemak-lemak terkumpul kat badan. sekurang-kurangnya takder la lemak-lemak degil banyak kat lengan dan paha kan..;))

3. video senaman

bagi yang cakap tak der masa nak keluar, malas nak keluar...ni cara yang paling berkesan buat senaman kat rumah. download jer video senaman yang simple kat tenet tu. dah jimatkan duit korang semua. nak lagi bersemangat, ajak jiran-jiran, atok nenek join sekali exercise depan tv ke, komputer ke. buat jer kat rumah. pastikan lapang la skit kawasan tu. kan tak pasal-pasal masa ngan buat kuak lentang tangan tu terkena lak ngan pasu cantik dan 'mahal' korang tu.

4. iklan

bagi penggemar drama kat tv yang sayang sangat nk skip dr tonton pelakon-pelakon yang kacak dan cantik tu, tak payah risaulah. korang boleh buat senaman sambil tonton tv. masa ngan iklan tu buatlah skit senaman kecil-kecilan. angkat tangan ngan bahu, angkat kaki, pusing tangan ngan kaki, betulkan urat-urat di pinggang, dah boleh dijadikan senaman tau. setiap kali iklan korang buatlah dulu sambil tunggu drama korang main.

5. bangkit tubi

senaman paling ringkas sekali yang boleh dibuat, nilah caranya. ajaklah kakak ke abang atau jiran-jiran lain join sekali. korang boleh berlumba siapa yang paling banyak buat bangkit tubi nie. nanti tak der lah bosan buat exercise. buat sekali dua jer, lepas tu tak moh eh buat lagi. sebab apa..sebab bosan la kan. kalau ada yang teman boleh buat borak sambil exercise.

6. kerusi beroda

sambil dok atas kerusi tu, boleh gak buat senaman. lebih-lebih lagi yang ada kerusi beroda kat rumah. tolak kerusi dengan kaki, buat banyak kali. boleh keluarkan peluh walau tak sebanyak korang berlari. boleh kurangkan lemah dan kecilkan di bahagian kaki dah pun nie.

7. menari

senaman kegemaran aku..apa lagi kalau tak menari. lebih-lebih lagi kalau menari dengan melihat video lagu hindustan. korang hentam jer menari cam ner pun. tak perlukan kesempurnaan pun tak per. tiru jer cara yang orang dalam video menari. dah boleh ikut kan. cari video yang ada lagu korang suka. tak kiralah video hindustan ke, korea ke, omputeh ke..korang ambik jer da tiru diorang menari. gerenti dalam masa lima belas minit dah keluar peluh kat badan...;))

8. berjalan

exercise yang paling senang boleh buat kat rumah adalah berjalan. jangan buat berat badan lak kat rumah tu. cubalah berjalan-jalan kat kawasan rumah. pergi jenguk skit kat belakang rumah tu, sambil tu leh gak korang bersihkan kawasan rumah. ada gak faedah sambil jalan kan. tak pon pergi jer rumah jira-jiran, jenguk kawasan rumah yang lain. tapi jangan plak dok pergi buat ketupat ramai-ramai. kalau macam tu gayanya baik jalan dalam rumah lagi senang. tak der la tambah dosa yang dah sedia banyak tu..;))

aper pun selamat mencuba...;))

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...