Monday, May 30, 2011

Jom Pi Kebun...

rindu nak pi kebun ni ha..kalau sebelum nie selalu gak pi kebun teman abah kait buah, letak baja, meracun rumput. bak kata semualah. skang nie dah kurang ikut abah...haish3..asal eh..malas ke tak ada masa. nak kata tak ada masa, aku asyik melepak kat depan komputer ni jer. malas la tu kot. hehehe...kebun nie kat kuala krai. kalau nak pi, bertolak lepas subuh la jawabnyer. sampai kat sana ada lah dalam kol 8 lebih. aku??? apa lagi tidur jer kat sebelah. abah yang pandu. kah3...pemalas tol aku kan.

apa yang aku tolong? macam-macam la. dari meracun rumput, semak-samun kat kebun...sampailah ke kait buah. penat ke tak kerje nie? peh....mestilah penat. nie kerjer laki sebenarnya. tapi bagi aku, semua kerja sama jer. asal nak buat ke tidak. pernah aku meracun sampai badan rasa lain macam. mana taknyer, racun tu dah masok dalam badan. sampai pening kepala, muntah...adoiii...buat kerja tak ikut peraturan la ni. 

kalau masok bab bagi pokok makan, penat giler. kene pikul baja yang dalam guni tu kat belakang. lepas tu, letak kat setiap pokok. peh...macam nak terkeluar semua pun ader gak rasa. kalau korang rasa, agaknya sekali jer kot buat kan. nak ke tak nak, kene ikut la jugak. ni plak masok bab kait buah. memang best tengok buah masak. jangan terpedaya yer. buah nie tak leh makan la. aku hanya kutip buah jer. kerje potong buah kat pokok, bagi kat abah ataupun abang aku jer. yang tu memang perlukan kudrat lelaki. pompuan bleh kot, tapi sedaya upaya lah....hehehehe...tapi masa nak bawak turun buah ke bawah...eeehhh..lupa lak nak cakap. kebun nie dalam hutan, atas bukit tinggi. jadi pokok semua atas bukit, kene bawaklah turun ke bawah kan.

masa bawak turun buah, Tuhan jer yang tahu. peenaaattt sesangat rasanya. bayangkan, dalam satu guni letak seberapa banyak buah yang seboleh mungkin. lepas tu, buanhnya plak ada duri kat hujung. leh sampai terkoyak guni kalau masok tak betul. lepas dah masokkan buah dalam guni, letakkan dalam kereta sorong. masokkan seberapa banyak guni. yang tu tak pe lagi lah. kalau tak guna kerete sorong, kene pikul atas belakang. bayangkan, dari atas bukit yang tinggi, pikul buah dalam guni yang berat. siap ada duri yang tercucuk kat belakang. peeeriittt ler gamaknya. sakit sangat. kalau tengok kat belakang, mesti ada gak yang berdarah. tapi, kalau tengok denga hasilnya..amat berbaloi..;))

jom kita tengok gambar kebun...;))

jalan masuk dalam kebun

liku-liku yang mencabar

kereta pun masuk kat jalan nie..memang joget la dalam kereta..;p

rumah kecik kat kebun

kat sana pon masak gak..;)

jom tengok kebun

pokok-pokok kat kebun


 
kelopak luar buah...bunga la kot

bunga buah...masa awal berbuah

ni lah buah nyer...buah kelapa sawit..;))


duri kat buah...peh..sakit deerrr

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...