Tuesday, May 31, 2011

dentist oh dentist


hari ni aku berkampung ngan ummi kat husm (hospital universiti sains malaysia). ummi dengan temu janji dia yang tiap bulan. aku plak pergi kat klinik pergigian. dah dua tahun aku tinggalkan klinik tu sorang-sorang kat situ. hari nie aku dah start 'bersama' dengannya. nasib aku memang baik, setiap kali pergi buat rawatan mesti jadi pesakit special sebab pelajar tahun akhir biasanya akan ambil pesakit untuk dijadikan bahan rujukan. kata orang pelajar nie cermat skit buat kerja. tapi aku tak kata plak yang doktor lain tak cermat. nak lulus preksa mestilah buat dengan lebih teliti kan. apa-apalah. yang penting gigi aku baik. aku tak rasa ngilu dan sakit sudah.


masa aku dapatkan rawatan nie rahang aku memang tengah sakit. sampai berbunyi rahang aku buka tutup mulut nie. nasib aku dapat doktor yang baik dan memahami. taklah aku mengerang sangat. tapi sampai skang nie rahang still sakit. tak boleh bukak luas-luas. sebabkan gigi baru dapat rawatan tadi, aku minum air pun rasa ngilu dan sengal lagi. mungkin esok baiklah skit kot.



gigi kita nie memang kene jaga elok-elok. sebabnya kita nak guna ni lama lagi. bukan sampai esok-esok jer. umur kita pun tak tahu sampai bila. jadi, apa yang ada pada diri kita jagalah dengan sebaik mungkin. kalau rasa sakit pergi buat rawatan cepat-cepat. sebenarnya gigi nie bukan perlu tunggu rasa sakit baru pergi buat rawatan. aku ada gak pernah dengar yang masa sakit, gigi tak boleh cabut. nanti kesan lagi bahay. betul ke tidak aku tak pastilah sangat. kalau ada yang tahu boleh la kita kongsi sama-sama. sekurang-kurangnya enam bulan sekali pergi lah buat rawatn gigi. cuci gigi ke, apa ke. kalau malas sangat dan takder masa, pergilah setahun sekali. kalau malas sangat-sangat, dua tahun sekali pun boleh gak rasanya. kalau malas lagi...ha...pergi klinik, soh doktor cabut semua gigi. pakai jer gig palsu yang boleh bukak tu. senang skit nak urus. masa gosok gigi buang, cuci betul-betul...=))


gigi yang aku buat rawatan tadi lebih kurang kat sisni lah. gigi aku nie dah pernah buat rawatn dua tahun lepas. lama tak pergi, ni yang aku pergi semula hari nie. nak check la sama ada gigi aku masih dalam keadaan baik ataupun tidak. kat gigi aku bahagian ni ada pecah dalam dua minggu nie. tulah yang sengal kalau minum air. tak kiralah sejuk ataupun tak. alhamdulillah...skang nie dah makin pulih sikit. esok mungkin lagi elok...InsyaAllah.


masa buat rawatan tadi, doktor ajar cara-cara gosok gigi dengan betul. bukan tak tahu cara gosok gigi. tapi ada pembetulan skit la. para doktor ada membuat penyelidikan tentang cara-cara amalan gosok gigi. memang betul, tapi ada yang perlu doperbetulkan skit. apa-pun, terima kasih semua yang terlibat. gigi tak sakit lagi.
jumpa lagi pertemuan akan datang...;))

2 pesanan chomel:

Najah Unni said...

heheehe/.... dong saeng dah pi check gigi ek..... Dr. laki ke pompuan??? heheheheh

ct-kama said...

hehehe...dr pompual unni...dapat yg baik lak tu...segar rasa mulut nie lepas buat rawatan..;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...