Tuesday, May 17, 2011

August Rush

sekali lagi buat kali kedua aku tonton movie AUGUST RUSH. mula-mula aku terjebak dengan movie nie masa aku terbuka sebuah blog yang aku dah lupa namanya.. kalau tak silap tahun lepas. dari situ aku rasa movie nie interesting dan menarik aku untuk mencari. lepas jer aku tengok movie nie, aku rasa ada mesej yang istimewa yang movie lain tak pernah ada selama ni. ialah...setiap movie ada kelainan dia tersendiri. walaupun AUGUST RUSH adalah sebuah movie yang betemakan music, tapi mesej kekeluargaan yang disampaikan adalah lebih kuat dan sungguh bermakna.

.........................................................................

August Rush adalah sebuah film drama 2007 yang diarahkan oleh Kirsten Sheridan dan ditulis oleh Paul Castro, Nick Castle, danJames V. Hart, dan dihasilkan oleh Richard Barton Lewis.

Pada tahun 1995, Novacek Lyla (Keri Russel) adalah pemain cello di orkestra manakala Louis Connelly (Jonathan Rhys Meyers) adalah penyanyi utama dari The Brothers Connelly. Lyla dan Louis berkesempatan bertemu dalam sebuah pesta dan telah bersama. Lyla dan ayahnya yang juga bertindak sebagai pengurus kembali ke Chicago, dan mendapati bahawa dia sedang hamil dengan Louis. Setelah bertengkar dengan ayahnya, Lyla berlari keluar menuju ke jalan  dan ditimpa kemalangan dengan kereta. Dia melahirkan seorang bayi lelaki pramatang dan ayahnya bertindak menempatkan anaknya untuk diberikan kepada orang luar. Louis yang terus menunggu Lyla di New York akhirnya menyerah kalah. 

Sebelas tahun kemudian, Evan (Freddie Highmore) tinggal di rumah anak-anak yatim di luar bandar. Evan memiliki kemampuan untuk mendengar muzik di mana-mana dia berada. Dia bertemu dengan Richard Jefferies, seorang pekerja sosial (Terrence Howard) yang memberikan kad namanya kepada Evan, dan Evan akan melarikan diri ke New York City untuk mencari keluarganya. Louis sekarang tinggal di San Francisco sejak meninggalkan bandnya. Lyla tinggal di Chicago dan juga berhenti bermain muzik. Rakannya mendorong dia untuk menyertai kembali dengan Symphony, tapi Lyla menolak. Dia mengetahui tentang anaknya setelah diceritakan oleh ayahnya dimana anaknya ditempatkan di suatu tempat di New York. 

Akhirnya, Lyla yang juga berada di New York, memutuskan untuk menyertai dalam Symphony serta mencari anaknya yang hilang. Di samping itu, Richard turut menbantu Lyla mencari Evan. Manakala Louis memutuskan untuk pergi ke New York dan kembali bersama band lamanya. Evan (yang sekarang disebut August Rush) berlindung di sebuah gereja di mana seorang pendeta yang baik hati (Mykelti Williamson) telah mendaftarkan August ke dalam Juilliard School, sebuah institusi pembelajaran bidang musik. 

"The music is all around us, all you have to do is listen."



...........................................................................

dalam apa jua keadaan sekalipun, ikatan kekeluargaan itu amat kuat dan dapat menjalinkan hubungan sesama keluarga walaupun terpisah jauh dan agak lama. biar apa jua fikiran dan tanggapan dari orang luar, kuatkan keyakinan dalam diri dan buatlah keputusan berdasarkan hati dan akal yang waras.

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...