Wednesday, February 2, 2011

Syamsul pecah rekod ayah!

mula-mula nak ucap setinggi tahniah kat anak pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam, kita nie, Syamsul Yusof, yang berjaya memecahkan rekod kutipan 'box-office' yang pernah dibuat ayahnya, Sembilu 2 pada 1995 yang memperoleh RM6.3 juta selepas 40 hari tayangan. anaknya ni pula berjaya mendapat kutipan  RM7 juta dalam tempoh 20 hari melalui filem Khurafat. memang hebat betul anak beranak nie. macam nilah baru boleh naikkan industri seni negara kita. tapi, citer khurafat memang best gua cakap lu.... 
sampai dua kali aku pergi tengok ngan mamber.
pertama kali aku tengok, aku pergi ngan fuza, tikah, fatin, dan ana. biasanya kalau tengok citer hantu, aku memang takut giler. sampai kene tutup ngan tangan, tengok celah-celah jari. tapi, citer nie aku boleh tengok dengan baik sekali. mungkin sebab fuza yang dok kat sebelah aku asyik menjerit jer. hahahaha. belom sempat aku nak jerit, dia dah jerit dulu. bahagian untuk aku jerit, dia dah jeritkan. memang nak pecah kot peti suara dia aku dengar. cuak memang cuak giler. sampai keliru mana satu yang salah. banyak andaian betol sal cerita nie. alih-alih, hero sendiri yang salah. peh...terbaiklah...

kali kedua aku tengok, still gak ngan fuza dan tikah. tapi kali fuza ajak sorang lagi mamber, joe. dia antara mamber paling sporting yang pernah aku kawan. hahahaha...cool habis. ngan dia gak la boleh citer masalah atau kongsi aper-aper pon. kali ni pon, still fuza dok kat sebelah aku. tapi, dia kurang skit menjerti. mungkin kali kedua tengok kot. yang si tikah ni pulak, pertama kali dia tengok, memang takot tengok hantu. katanya tak suka part terkejut. kali kedua tengok barulah dia tengok hantu. ni pon bukan semua. tengok gak la skit-skit. time pergi tuk kali kedua ni, annoying skit la. ada beberapa budak menjerit. peh!!!!! menyirap tol la. sampai kena 'sound' satu panggung. kalau takot, tak yang la datang tengok citer hantu. buat menyemak jer. ganggu feel orang lain tol la.

aper-pon....memang berbaloi walau kitorang tengok dua kali. tak rugi dan boleh gak tambahkan nilai kutipan kat syamsul nie. hahahaha...harap-harap syamsul dapat buat citer yang lebih menarik lagi lepas nie... aku pasti tengok ag. ^^

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...