Thursday, December 29, 2011

jom tengok k-pop stream online

tengah syok main tweeter..ternampak plak CNBLUESTORM.com nyer tweet soh tengok cnblue perform..apa lagi terus ler layan sampai ke malam.. 

untuk sesaper yg minat sangat ngan k-pop, korang leh bukak kat....

tapi ada problem skit skang sebab ramai sangat yg tengok kan
so, korang leh gak try kt sinie..

mesti best kan tengok malam nie...korang leh gak tengok schedule kt sini tok program yg seterusnya

untuk malam nie ngan berlangsungnya SBS Gayo Daejun..harap paham-paham lah yer sebab tak der usbtitle. maklumlah direct dari korea. lagi best kalau line korang guna yang kuat can streamyx ke unifii...;D

sempat lagi tengok iklan-iklan yang comel dan best...
selamat menonton...;D

Monday, December 26, 2011

alamak exam!!!

pejam-celik rupanya dah dekat ngan exam final. bukan final year yer. final sem untuk sem nie. nak tunggu final nie seminggu gak la study week...eh..study ke nie..rasanya macam apa eh. study..study...cuma....

hehehehe..study tu memang la perlu kan. kalau tak cam ner nak jawab. tapi study apa sebenarnya nie. study soklan ke study jawapan. tu yang mushkil. macam nie la..study ikut suka hati la gamaknya kan senang. tak boleh la nak paksa-paksa kan kalau tak boleh. nanti jadi apa la lepas tu. study bagai nak rak, tapi tak der apa-apa. yang penting, paham apa yang korang baca...

jom kita pakat-pakat pi study..;D

beraksi dengan DON 2

wah..rasa memang dah beraksi kat dalam panggung. apa nyer tidak, sejak dari mula citer lagi dah ada aksi. memang teruja la kan. tak der maknanya nak feeling lebih-lebih. dah la ni first time kama pi tengok wayang film hindi. dah namanya peminat SRK la kan. mesti pi tengok la DON 2 nie. mula-mula terfikir la jugak betul ke ada kuar kat sinie. mamber cakap ada nampak banner kat sana. fikir punya fikir memang la ada kan, dah SRK berlakon kan melaka. keluar punyala kat sinie. kat wayang jusco nie satu-satunya yang keluarkan wayang DON 2. jadi masa kitorang pi tengok memang ramai la bangsa india. bilik wayang pun yang kecik jer. mungkin ingat tak laku sangat kot. kat mana-mana mesti ada peminat punya la. kat luar negara siap meletup lagi. tapi tak per, asalkan dapat tengok. puas!!! memang puas hati. rasa nak pi tengok lagi!!!

masa nak-nak akhir film nie, siap terperanjat lagi kat dalam wayang tu. mana tak nya, sound effect dia memang superb la. film DON 2 nie tak rugi kalau nak tonton.*bagi sesetengah pihak la kot* sesiapa yang baru nak pi tengok, percayalah, tak rugi duit anda. kama pergi nie mungkin sebab kama peminat setia SRK kan. nasib baik ada kekawan yang comel nie sudi temankan pi tengok sekali. kalau pi tengok sorang....sob3..sob3...

cepat-cepat siapa yang nak pi tengok...memang tak rugi. nanti asyik terngiang-giang jer watak SRK. DON 2 tak macam film hindi lain yang sarat ngan lagu-lagu. dalam film nie ada dua jer, tu pun tak melarat sangat. tak la bosan kalau tengok. boleh dikatakan ala-ala 'mission impossible' versi hindi yang tak possible la kan. dalam film nie, watak SRK memang memainkan jiwa. dia boleh jadikan watak 'bad boy turns to goodly' memang superb la. ha..satu lagi, dalam film nie korang dapat tengok muka-muka pelakon tempatan lagi. ada siap boleh bercakap hindi lagi. yang kama kenal la, adi putra ngan shukri hashim. yang lain ramai lagi cuma tak kenal nama jer.

asalnya ingatkan boleh tengok pukul 8 lebih. tapi dah main plak film dia. kitorang beli yang kol 11.10 mlm punya. nak tunggu sampai boleh tengok nie dapat plak pi window shopping..opsss...bukan..shopping..ada la skit-skit buat bekalan masa depan kan. daripada buat benda lain boleh gak survey barang-barang dulu kan.

sebelum kitorang pi melayan citer DON 2 nie, sempat lagi dok ber'posing' kat depan tu. adooiiii....bila lak kan nak ambik. lepas nie mesti dah tak der banner dia.
 bersama 'poo'....comel kan..;D
 sorang lagi peneman wayang, 'ana'...si muka cute..;))
 
adoyaiii...nie nak sangat bergambar ngan SRK...tak jumpa tuan, gambar pon jadi la..
 
hahahaha...yang nie pooja soh ambik macam muka SRK tu..macam tak jadik jer..
buat tergelak ada la...
sebelum masuk dalam bilik wayang, sempat lagi posing ngan poster DON2
thanks guys sebab sudi teman tengok sekali...sayaaaaannnggg la korang

p/s: balik jer terus 'tweet' SRK sal tengok film dia..kan tak pasal tu...

Monday, December 19, 2011

keinsafan diri...bantulah hambaMu

semalaman hidup penuh bergelumang dengan dosa
sentiasa kuat bisikan berkata
"tak per..tak per..kali ni jer"

Masya Allah
sedang diliputi dengan dosa-dosa
masih lagi ingatkan pada Yang Maha Esa
tak pernah hati ini tak terfikirkan kuasaNya

tapi
masih lagi tak tertahan
mahupun menahan
dari tak melakukan dosa-dosa

besarnya dosa itu
kecilnyer dosa itu
seringkali diulang berkali-kali

"ingatlah pada Allah
nescaya kamu takut untuk melakukan dosa"

tak boleh
tak boleh
hatiku masih mengingatkanNya
sentiasa mengingatiNya
tapi masih jua melakukan hal yang sama

macam mana nie
bagaimana nie
tak tahu nak buat
tak tahu macam mana nak berfikir

adakah ku takut padaMu
ye.....sememangnya aku sentiasa takut padaMu

tapi kenapa aku sentiasa juga melakukan hal yang sama
padahal aku dah berjanji pada diri
berjanji dengan Mu

Masya Allah
janji ku padaMu aku mungkiri
inikan pula janji pada diri

Ya Allah
masih juga aku menyebutMu
tatkala dosa yang sama diulang lagi
masih jua dikejari
masih jua diingati

Ya Allah
tabahkan hati ku
jagalah imanku
jagalah hidayahku

Ya Allah
janganlah Kau pesongkan hatiku
sesudah Kau memberi hidayahMy padaku

aku bermohon padaMu
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
bantulah hambaMu

Saturday, December 17, 2011

tersirat di hari jumaat


5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody’s rushing
Got to get down to the masjid
Got to say “Salam!” to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam’s on the minbar, talking about something like “Fiqh Az-Zakat”
They’re whispering, chatting from the crowd, don’t they know that it’s haram
I stand up, you stand up, prayer’s about to start “Qad, Qaamat es-Salaah”
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don’t step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It’s Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody’s looking forward to His mercy

*indahnya di hari jumaat*
*penghulu di segala hari*




dare to grab the challenge

sejak akhir-akhir nie rajin jer badan nak pi jogging. mana taknya, berat badan dok macm tu jer. geram plak tengok. nasib baik ada fuza yang nak jogging *padahal kama yang teman dia* kadang-kadang ada gak kekawan lain yang join sekaki. semalam kitorang berdua jer. macam dating plak kan. dating sambil jogging. elokla tu. kitorang lalu kat kawasan bandar. maklumlah rumah kat pinggir bandar. jadi, nak ke tak nak rempuh jalan tu la jugak. senam plak atas jalan raya besar. kene lebih hati-hati la kan. pusing-pusing dalam satu jam la jugak. tiap-tiap hari dari pukul 6 petang sampai kol 7 malam.

rezeki semalam. sedang kitorang dating jogging yang terlebih jauh dari biasa, mana taknya dah nak sampai dataran pahlawan. terserempak plak ngan sorang uncle, ada cucu jiran dia sekali, jalan-jalan. kata dia nak pi bli tosse. mula-mula dia tanya kitorang ni masih belajar atau tak. lepas tu, tanya rumah kat mana. gerun jugak pada awalnya, tapi bila dah borak panjang, baru tau niat dia yang sebenar.

uncle nie ada sorang anak pompuan, dalam 10 tahun macam tu. anak dia hyper active skit. banyak blajar ngan sekolah private la kan. tapi, anak dia pandai. uncle nie ajar anak dia, matematik, sains ngn bahasa inggeris kat dia, boleh diterima, dan pandai plak tu belajar pada tahan atas daripada yang sepatutnya. tapi, masuk bab bahasa malaysia, anak dia lemah sangat. boleh baca, tapi tak paham apa sebenarnya maksud yang buku nak.

mula-mula uncle tu cakap omputeh ngan kitorang. kama ingat dia orang luar la kan, manalah tahi dari India, datang sini melancong. rupanya dia nak test kot kitorang boleh interaksi ke tak ngan anak dia. mereka semua cakap omputeh la. jadi uncle nak anak dia tahu bahasa malaysia. yela kan...nanti kalau anak dia belajar sejarah ngan georafi, beban kene tanggung banyak la nanti.

ayat yang uncle bagi kat kitorang memang power
"did you dare to take challenge to teach my daughter? since she was a hyper active"

berfikir sejenak kitorang. terfikir jugak kalau kitorang tak dapat handle dengan baik. uncle tu soh kitorang firm ngan anak dia. jangan terlalu friendly, nanti anak dia buat hal lain. jadi kitorang pi la popular beli buku untuk mengajar anak uncle nie. tak taula dapat ke tak sahut cabaran nie.

kami cabar diri sendiri...kalau tak cuba tak tau kan dapat ke tak.
InsyaAllah, cuba sebaik mungkin.
chayok..chayok..;))

Friday, December 16, 2011

first try on animation

main hentam keromo jer buat
cubaan pertama yang boleh dikatakan 'bolehh laa kot'
lepas nie bleh buat lagi..;))

Wednesday, December 14, 2011

Di Bawah Lindungan Ka'bah

sungguh halus penulisannya. menyentuh hati tapi sangat bermakna.
nukilan rasa dari Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA.

filem ini baik ditonton oleh anak-anak muda pada masa kini untuk mengenali apakah itu cinta yang sebenarnya. cinta yang paling suci adalah kerana Allah semata-mata. jika diizinkan olehNya kita bersama si dia, InsyaAllah akan berpanjangan jodoh bersama. titipkan rasa cinta hanya ke jalan yang diredhai olehNya. kenalilah Dia sebelum kenali 'si dia' agar dapat keredhaan daripadaNya.

sesungguhnya, pilihlah jalan ke arahNya. ingatlah kita tak pernah keseorangan. jika tiada sesiapa yang ada di sisi selain daripadaNya, ingatlah Allah sentiasa ada di sisi. tidak akan sesekali meninggalkan kita, tetapi kita yang sering meninggalkanNya.

jika mengalir air mata ketika melihat filem ini, percayalah bahawa kita amat menyayangiNya dan cinta yang mengalir dalam diri kita ini adalah datangnya daripadaNya. tak salah untuk kita mengalirkan air mata kerana makna yang tersirat daripada filem ini adalah lebih besar daripada jatuhnya air mata di pipi.

sayangilah..ingatlah...janganlah lupa...sentiasa beribadat kepada Allah s.w.t.

Monday, December 12, 2011

transformasi ke arah kebaikan

kenape tetiba citer pasal transformasi nie. yang nie nak citer yang mula-mula skali. hujung minggu lepas dah tak kerja kan. jadi ambik la peluang pergi kem yang ada kat mana-mana pon main hentam jer. terjumpa plak kem nie. namanya 'kem nadi', buat kat sungkai, perak. sebenarnya kem nie lebih sasarkan kepada warga FELDA atau lebih dikenali PERSADA. tapi tak per la kan. dapat gak timba ilmu. bak kata diorang. kami ni 'sahabat FELDA'. bolehla daripada tak der nama kan.

best sangat pergi kem kat sana. mula-mula memang la rasa geram skit. adat kem. memangla tegas skit. bila dah dekat balik semua dah jadi sayang nak tinggal. rasa nak pi sekali lagi *oppss..betol le nak pi lagi* sekali cukupla kan. kita pergi kat kem lain plak. dapat belajar benda-benda baru yang lain. tak der la statik jer ngan satu benda.

kiranya seimbang la jugak aturcara kat sana. indoor dengan outdoor semuanya best. makanan pon boleh tahan. yang best plak kat sana dalam kebun. memang banyak buah la kan. bebudak nie semua pi tibai durian sebelum balik. nak makan satu hal sebab berbau kan, nak bukak tu plak yang lambat. adooiii...bukan main susah lagi nak makan. tak per, nak sesuatu perlu lalui dengan susah dulu kan.

malaslah nak menceloteh panjang-panjang. badan sakit-sakit tak hilang lagi. pi kampus tadi pon rembat ubat kat klinik dulu...
kenangan bersama
 tak lupa pada 'pak din', juruletih kat sana
 nak makan durian bukan main susah nak bukak
 yum..yum..makan tak ingat orang belakang 
makan jangan tak makan

Sunday, December 4, 2011

dapat ke tak nie???

pepagi lagi dah bangun. padahal semalam tak tidur pun. buat assingment? yer la tu.... buat kerja gak la. kerje edit gambar-gambar dalam blog. tak pasal kan tak tidur. nak buat macam mana. dah syok sangat edit sampai tak ingat masa. tengok jer dah jam 6 pagi lebih. lepas subuh terus jer tidur. aduhaiii..ingatkan boleh tidur la sampai petang skit. tak boleh kama!!! settle kan LI dulu. masa dah suntuk dah nie!!!

dari pagi dok tengok senarai LI yang ada kat kelantan tu. bukan tak nak kat melaka. merajuk ke? tak la. takder rezeki. dah banyak hantar resume, tapi takder balasan pon lagi. baik cuba kat negeri sendiri. manalah tau rezeki lagi dekat. telepon punye telepon, entah berapa tempat dah. dalam banyak-banyak tu, ada dua tiga jer sangkut. yang tu pun kene fax, kene email. lambat lagi la nak fax. esok baru boleh kat kampus.

teringat yang kama dah hantar resume tempoh hari. telepon balik la kan. ingat pesanan lect soh follow up dengan apa yang dah hantar. sebenarnya dari pagi dah follow up, angkat jer tak. dah give up kejap tadi. tapi fikir balik, tak per kama. dugaan. sabar banyak-banyak

alhamdulillah...dapat pun sambungan. tanya la kat tempat LI tu. macam mana dengan resume yang kama hantar tempoh hari. yer la kan. dah lama hantar. terima ke tak. tapi, dia cakap dah hantar jawapan. terima pon dah. kama tanya la hantar kat mana. dia cakap hantar kat umah alamat kelantan satu, kat dekan fakulti satu. tapi, hari tu pergi tengok tak der pon.

owkey...kalau dia balas kira dah ada balasan la kan. masalah skang nie, balasan tu terima ke tak sebenarnya. nak sangat kat sana. dah la dekat kat negeri sendiri, dekat jugak ngan rumah. kan senang nak pergi kerja tu. ummi pun cakap soh doa banyak-banyak supaya dapat kat sana.

terima kasih ummi. semalam adik telepon cerita masalah LI nie, ummi bagi semangat supaya usaha lagi kat tempat tu. doa banyak-banyak, soh sembahyang hajat supaya dapat diterima kat sana. kak long pon soh hantar kat semua tempat. InsyaAllah..kalau ada rezeki. dapatlah LI kat sana. kita nantikan jawapan kejap lagi..=))

Saturday, December 3, 2011

Sang Pencerah

sebuah cerita yang patut dikongsi dengan semua masayarakat. ia menggambarkan bagaimana seorang pemuda berusaha memperbaharui pemikiran orang kampung supaya dapat menerima ajaran Islam yang sebenarnya. bukan mudah untuk beliau mengambil langkah.

cerita nie wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat, khususnya pemuda-pemudi pada hari ini. masing-masing masih lagi gelap dalam perjalanan sendiri. tertanya apakah maksud agama itu sendiri. sang pencerah banyak mengajarkan tentang apa itu agama dan mengapa kita perlu adanya pegangan agama ini.

sedih, marah, geram, gembira. semuanya bercampur gaul dalam cerita nie. apa yang disampaikan ada yang membuat kita geram, rasa marah sedikit. tapi percayalah, jika melihatnya dengan sabar akan ada hikmah disebaliknya.

sang pencerah bukan sekadar cerita biasa, tapi ianya sebuah cerita yang mengenalkan kita tentang agama. bukan sekadar agama itu perhiasan semata-mata, tetapi untuk difahami dan digunakan agama itu dengan sebaiknya. agama itu indah, tenang, nyaman jika difahami dengan baik. tapi, ia akan bertukar perit, kusut, membebankan jika ianya tak difahami dengan sebaiknya.

Tuesday, November 29, 2011

bye ... bye ... Pizza Hut

cepat jer masa dah berlalu kan. pejam celik rupanya dah dua bulan kama kerja kat pizza hut nie. seduh tetiba bila dah berhenti jad service kat sana. cukup-cukup dua bula kerjer nampaknya kama nie. bukannya apa, kerja kat sana seronok sangat. berhenti pon sebab dah nak dekat final. takut nanti tak sempat nak kejar. ada pulak yang tercicir karang. kama tak mampu nak bawak banyak benda dalam satu masa. so, buat keputusan berhenti sahaja. tapi, manager tak kasik plak kama nak berhenti. dia soh berehat jer sekejap. kalau nak masok balik pon dia tak kisah. haish3...memang rasa nak masuk balik pon. tapi tak tau la bila.

mula-mula masok kejer dulu, rasa macam nak brenti jer kejer kat sana. tapi, lama-lama sayang sangat nak berenti. nak sambung jer terus. kalau buka nak kejar masa, rasanya memang kerje lagi kot kat sana. makin lama maik best kejer kat sana. kawan kat kerja pon memang sangat 'sporting'. yang nak lagi best, manager pon satu kepala. walau dah banyak tukar-tukar manager sepanjang dua bulan kejer, tapi semua memang masuk ngan kepala budak-budak nie. nak-nak lagi, dapat manager yang paling baru sekali.

masa mula dia masuk, muka macam nak serius jer kan. masam jer memanjang. bila dah lama semua dah naik lemak. kama pon tak pernah jumpa manager macam sir nie. memang semua mamber kat sana yang dah lama kerjer pon cakap yang diorang sendiri tak pernah jumpa manager cam nie. korang pon mesti terfikir apa la yang manager nie buat. yang memang paling kelakar bila semua busy kat depan. saper-saper yang balik awal, memang maap ler. punch card kene sorok ngan manager. yangg tak leh blah, kalau kitorang dapat card, dia pergi cabut mesin punch card tu sendiri. lepas tu sorokkan mesin punch card kat mana pun kitorang tak tau.

hari last kerjer pon memang sakit perut. terkejar-kejar dalam pizza hut tu. mana taknya, sir nak simbah ngan air. ada air putih, ada jugak dia sediakan air pepsi yang lebih customer. boleh lagi dia simpan nak curah atas kitorang. adoyaiii. masa masuk dalam chiller belakang, dapat jugak sir kejar. bawak sekali ngan bekas air kat tangan. dok tunggu jer masa nak simbah. sambil tunggu tu, kama siap makan buah kat dalam lagi. tergelak-gelak ngan sir. sempat jer tangan memanjang capai buah. tapi nasib baik sir tak simbah kat dalam. tak boleh. banyak makanan kat dalam tu. nanti karang ada jugak yang nak kene jawab ngan manager atasan lagi.


sepatutnya kitorang memang balik awal kejer malam tu. sir sorokkan punch card lagi. dia bagi OT 1 jam. lepas jer 1 jam tu pon dia tak bagi jugak card. dia boleh plak letak kat dalam poket seluar belakang dia. apa lagi, bila dah menyempat, kama pergi sambar card tu. yang tambah ketawanya, sir pergi cabut sekali lagi mesin punch card. tak nak kitorang balik lagi. kama ada kejer gak yang nak kene settle sebelum balik, jadi kama letak jer card dalam poket seluar. adoyaiii...sempat jer sir rembat sekali lagi. kama apa lagi. terus tarik baju, sampai kaki sekali kene pegang..*padahal sedih ingat balik kat tempat keje*
gonna miss u all!!!
selamat tinggal pizza hut...kalau panjang jodoh kita boleh kama keje lagi kat sana. harap-harap masa kejer nanti, manager yang sama. kalau tak pon, biarlah 'sporting' macam skang nie. tak mohla garang-garang. tak best nak kejer. tak der fun. 


bye...bye...bye..pizza hut. i love you always!!!

Monday, November 28, 2011

salam maal hijrah

alhamdulillah...dapat lagi diberi peluang bernafas dalam buku baru pada tahun baru.
harap-harap apa yang berlaku pada masa lepas dapat diperbaiki dan cuba untuk tak mengulangi lagi.
apa yang terbuka dihadapan, dihadapi dengan ketenangan dan berfikiran rasional.

sama seperti tahun-tahun sebelum nie, bila berakhirnya tahun lama dan bukak buku baru, kama memang tak terlepas peluang menutup dan membuka buku baru dengan bacaan-bacaan. tapi kebiasaannya tak keseorangan, mesti ada ngan ummi kat tepi. ummi yang bacakan, kama jadi yang aminkan doa. 

tapi tahun nie, memang la kitorang sama-sama baca. bukan dalam satu tempat pun. kama berhubung ngan ummi pon melalui telefon. hantar masej sekali sebelum baca kot-kot ummi terlupa. alhamdulillah...kitorang sama-sama baca pada masa yang sama walau jarak memang jauh. satu di timur, satu di selatan. yang paling sedihnya, kama dahla baca sorang-sorang, dalam gelap gelita lagi. bertemankan cahaya langit Ilahi jer. masih lagi bersyukur, sempat habiskan bacaan akhir dan awal.

bila baca maksud yang tersirat, tak dapat nak tahan sebak di dada. mungkin air mata yang mengalir dosa-dosa yang sering kama buat walau sedar. nafsu muda. tak berfikir panjang. bila imbas kembali, MasyaAllah...apa yang dah kama buat nie. tak takut dosa ke? tak takut ke pada Yang Maha Melihat.

terkejar-kejar gak la kama nak masuk surau. maklumlah masa tu tengah kerja. tak kisah la. kama teruskan jugak keluar. masa dalam surau pulak gelap gelita. elektrik dalam surau langsung tak der. mula-mula tu adala sorang mak cik ngan anak dia. diorang pon nak baca doa sekali. tapi tak jadi sebab keadaan sekeliling makin gelap. dengar-dengar dia telefon suami nak pergi masjid. tinggal la kama sorang-sorang. kalau diikutkan seram la jugak nak dok kat dalam surau yang makin gelap. nak baca pon tergagap-gagap. bila dah lepas maghrib, lagi la makin gelap. semua bernasib baik, bertemankan cahaya langit. baca kat tepi tingkap pun jadilah. dalam hati Allah jer yang tahu. selawat banyak-banyak, moga-moga tak der apa yang berlaku dalam keadaan gelap gelita. 

alhamdulillah...masuk buku baru, harap dapat kumpul pahala baru.
apa yang dah lepas, jadikan sebagai pengajaran buat diri..=)

Saturday, November 19, 2011

Apa itu solat...

macam-macam ragam orang yang kama jumpa. luaran tak mencerminkan dalaman seseorang. sepadan dengan kata-kata 'dont judge the books by its cover'. yang kelakarnya peribadi seseorang muslim sendiri. kelihatannya seakan patuh, dan sentiasa tunduk pada Yang Esa. tetapi bila dah berkata-kata dan melihat kelakuan mereka, langsung tak mencerminkan apa yang dilihat tadi. ketawa dalam diam, tersenyum pahit tanpa berselindung. nak sebut tak kene, yer la kan. kita sendiri tak cukup ilmu. cetek lah katakan di sini. tapi, kecetekan yang ada tidaklah sampai melanggar pesanan dan ingatan dariNya.

bertanya pada seorang sahabat, untuk apa kita hidup di dunia ini jika tak bersujud padaNya. dijawabnya terus 'enjoy la puas-puas'. dibidas semula 'jika sekarang malaikat turun mencabut nyawa, adakah sempat anda bertaubat dan beribadat padaNya'. terdiam seketika dalam senyuman. masing-masing terdiam dan kama berfikir seketika. 'adakah si dia ingat pada kata-kata tadi. adakah adanya masa untuk si dia kembali semula ke pangkal yang benar'

pada hemat diri, untuk apa kita hidup jika tak beribadat kepadaNya. cukup bersyukur kita dilahirkan di bumi, apa yang mampu kita balas kepadaNya jika tidak bersujud dan mengingatiNya. bagi ingatan diri, inilah satu-satunya cara untuk meluahkan rasa amat bersyukurnya dilahirkan di bumi ini. diterimanya atau tidak ibadat itu, berserah pada Yang Esa. kita sebagai hambaNya yang kerdil perlunya sentiasa bersujud dan jangan sesekali melanggar apa yang dilarangNya.

teringat kata-kata ustaz yang mengajar dulu, kalau ada yang kata 'ah..sibuklah kow. kubur masing-masing la' bidas semula kata-kata tadi dengan 'memang la kubur masing-masing, tapi kalau kubur kow berbau busuk, dah menyusahkan aku kat sebelah ko tau tak. hidung aku yang tak tahan'. geli hati..tersenyum..atau pun berfikir. apa sebenarnya yang perlu dijawab. adakah kita yang tak pandai membidas, ataupun si dia yang ada terlalu banyak alasan untuk dibangkang. 

tapi, yang paling utamanya tanya pada diri sendiri terlebih dahulu. apakah tujuannya kita hidup? apakah cukup amaln yang kita ada sebagi bekalan nanti? enjoy!!!??? boleh...tapi mesti ada batasnya. tak salah untuk berseronok. tak salah untuk ketawa beramai-ramai. tapi perlu ada waktu untuk bersama denganNya. jika kita ada ruang yang panjang untuk berhibur dengan kawan-kawan, tak salah kan kalau sediakan sedikit ruang untuk berhibur dengan Yang Esa. 

~ walaupun diri sendiri masih dijalan yang bengkok, masih menjadi kewajipan sebagai seorang muslim untuk menegur muslim lain ke jalan yang lurus ~

~ pandainya menjawab setiap kata-kata nasihat dan teguran....tapi mampukah menjawab hal yang sama di akhirat nanti...atau lidah tiba-tiba sudah menjadi kelu ~

Friday, November 11, 2011

Sambutlah Cinta Tuhan

aku memohon padaMu
janganlah Kau pesongkan hatiku
sesudah Engkau berikanku jalan kebenaran

Wednesday, November 9, 2011

Bloglist 30 Terpantas Dari Hackers


sedang dok blogwalking tadi tetiba kama ternampak segmen hacker nie
nampak cam menarik jom kita join sesamer
boleh tambah kenalan lepas nie kan
takder rugi jer
jom...jom...jom..=))

terima kasih Ku Azhar

 
kenapa tetiba kama terima kasih kat Ku Azhar
pelik ker?
tak pelik kan..
bukan la
skang nie kama post entry khas ditujukan buat Ku Azhar
sebab dia sudi jadi follower kama yang ke-100

sebenarnya sebelum nie kama pun memang ada gak terjah blog Ku Azhar
blogwalking la katakan
banyak kama dapat info kat sana
ada gak entry yang berguna untuk blogger pertama

kama suka sangat baca kat blog Ku Azhar
sempoi..tapi boleh buat tersenyum tergelak sorang-sorang
*haish..mandrem aper nie Ku Azhar*
bahaya-bahaya....

sekali lagi terima kasih buat Ku Azhar
lepas nie korang pi la pakat serbu kat blog tuan punya nie
kama main curi jer gambar kat blog Ku Azhar
tak tau dia kasi ker tak
*kama minta izin yer Ku Azhar*
baru nak cakap yer lepas curi cik kama oiiii

p/s: hehehehe..main cikplak jer gambar-gambar..;))

Ya Allah ... saya sayang dia

Ya Allah...
tatkala aku ingatkan dia
aku sentiasa mengingatiMu
ketika rindukan dia
aku masih teringatkan Mu

Ya Allah...
aku kenali dia
keranaMu
aku kenali dia
kerana dia sayangkanMu
aku kenali dia
kerana dia sentiasa bersamaMu
aku kenali dia 
kerana dia sentiasa menyembahMu

Ya Allah...
aku sering perhatikannya
walau aku tahu Kau sering perhatikanku
aku sering mengingatinya
walau aku tahu Kau sering mengingatkan aku bahayanya mengingati dia

Ya Allah...
sering aku menilai diri sendiri
layakkah aku bersamanya
sesuaikah aku disampingnya
mampukah aku menjadi wanita yang solehah bersamanya
mampukah aku menjadi isternya
mampukah aku menjadi ibu kepada anak-anaknya
layakkah aku....
Ya Allah...
aku jahil ... dalam setiap perkara
aku buta ... untuk sentiasa melihatMu
aku pekak ... untuk sentiasa mendengar kebesaranMu
aku bisu ... untuk sentiasa menyebutMu
aku patah ... untuk sentiasa bersujud padaMU

Ya Allah...
aku tahu tarafku
aku tahu kaimananku
aku tahu kelemahanku
aku tahu keangkuhanku

Ya Allah...
jika dia untukku
jadikanlah kami bersatu
dalam keadaan yang Kau redhai

Ya Allah...
jika dia tidak layak buatku
temukanlah aku dengan orang yang layak bersamaku
orang yang dapat membimbingku ke arahMu
orang yang sentiasa menegurku tatkala aku alpa akanMu

Ya Allah...
aku berserah segalanya padaMu
aku redha dengan ketentuanMu
aku tawakkal denganMu

Tuesday, November 8, 2011

segmen kenali diriku by acuteyha : 10 artis yang menjadi idola & kesukaan (10)

sedey jer tetiba nak post entry baru hari nie. mana taknya, nie last entry untuk segmen acu. lepas nie kene godak blog-blog lain plak. apa segmen yang kama boleh join lepas nie, rembat jer terus. tapi entry yang last nie memang best. membuak-buak kama nak tulis nie. *eheh..macam banyak jer idea bunyi kan* mana ader. main hentam jer. rasa dah suka tulis jer terus.
1) SHAHRUKH KHAN
tak lain tak bukan, semua mamber rapat mesti dah tau punya. kama start suka SRK masa kecik-kecik dulu. kalau tak silap ummi yang kenalkan citer 'kuch kuch hota hain' nie kat kama. abah plak siap beli CD 'the best of shahrukh khan' lagi kat umah nie. kama apa lagi, asyik dengar jer la lagu-lagu dalam film dia. *padahal bukan dia yang nyanyi pon* film bollywood yang kama paling minat sebelum film-film negara lain. kalau dah tengok, siap teresak-esak lagi. mata dah comfirm merah nie. adoyaiii..over kan kama tengok citer. padahal citer film SRK dah ulang-ulang kali tengok. tapi still gak keluar air kat mata nie. kama suka SRK bukan sekadar film sahaja, tapi sebagai idola suami dan bapa kepada anak-anak dia. cara dia melayani keluarga semualah. memang bagus dan boleh ditiru.

2) SIMON BAKER
sweet dan gentle..itu yang boleh kama gambarkan. mula-mula kama kenal SB lepas tengok drama dia yang tengah meletop nie 'the mentalist'. korang yang belum tengok citer dia lagi patut cuba tengok, mesti melekat sama. keperibadian dia sebagai seorang suami dan bapa jugalah sebab-sebab kama suka sangat kat SB nie. macho habis tengok dia. siap boleh google pasal SB lagi. tak bosan-bosan lak tu. alamak kama..ko dah kenapa nie...

3) ROBERT DOWNEY JR
macho kan RDJ. kama suka sangat tengok dia berlekon, lebih-lebih lagi citer 'sherlock homes' ngan 'iron man'. nampak kemacholan dia terselah. tak berkedip kalau tengok film dia. siap pi download semua citer yang dia berlakon lag. masa bosan pi google, tengok perkembangan career skang nie.

4) HUGH JACKMAN
duta 'lipton' sapa yang tak kenal kan. siap menari lagi masa iklan tu. nak tergelak tengok HJ menari. comel sangat. ada satu ketika dia pi india dapat jumpa SRK. siap menari bersama SRK ngan vidya balan lagi. suka tengok diorang menari kat pentas tu. tersenyum sorang-sorang lak tengok gambar. 

5) VIN DIESEL
si botak yang kacak. wow..superb bila tengok dia berlakon dalam 'fast and furious'. geram jer tengok dia senyum. toomeeelll sangat-sangat. bila dia keluarkan suara yang lagi buat dia nampak macho tu, pehhhh...rasa nak melekat jer depan laptop nie tengok film dia ulang-ulang. padahal bukan nak tengok citer pon, tengoj wajah VD jer.

6) BAE YONG JOON
saper lah yang tak kenal ngan 'hallyu star' korea nie kan. mesti ingat balik drama 'winter sonata' yang BYJ berlakon kan. menitis air mata nie tengok. nak ulang-ulang jer rasa. sampai ke jepun BYJ popular, siap panggil 'yon-sama' lagi kat sana. banyak betul gelaran yang dia dapat kan. kalau dah senyum, meleret sampai ke telinga. nak pengsan asenyer tengok BYJ nie.

7) JOHN TRAVOLTA
masa muda dulu kama nampak JT biasa jer. ntah kenapa makin berumur dia nampak lagi cute. penangan umur kot. kama suka tengok film-film yang dia berlakon. semuanya nampak sempoi jer. suara dia yang serak-serak skit tu memang memukau skit la nak melakat kat depan computer nie. siap pi tengok citer yang dia dah berlakon sebelum nie lagi. semuanya nak tengok tuan sebenarnya, bukan film..skit-skit kot tengok citer sekali.

8) KANG JI HWAN
suka-suka tengok drama yang KJH berlakon. lebih-lebih lagi 'hong gil dong' ngan 'lie to me'. tergelak-gelak tengok drama dia. sweet sangat tengom dia ngan heroin citer tu. muka ala-ala macho skit tambah plak ngan suara yang lagi kow..memang hebat la kan. tak bosan pon tengom drama dia berlakon. asyik nak ulang-ulang ada la pulak. 

9) ANDY LAU
dah lama kama tak tengok film dia. selalu kalau tengok semua film dia banyak yang ke arah romantik kan. ada gak yang aksi. semua best la. tak kira la romantik ke, aksi ke, sejarah ker, kalau dah AL berlakon mesti superb punya. tapi naper sejak akhir-akhir nie jarang dengar pasal dia. atau mungkin kama jer yang tak ambil tahu. tak per, asalkan kalau film baru dia keluar kama terus tengok.

10) ASHRAF MUSLIM
pelakon yang kama rasa memang patut dijadikan idola. perubahan pada diri AM memang baik dan wajar diikuti. seyuman dia yang manis dan nampak sedikit manja tu memang buat cair la kan. *opss..suamai orang la kama* bertuah isteri dia kan. harap-harap rumah tangga yang bari diorang bina kekal sampai ke akhir hayat. saling membantu dan tegur-menegur ke arah kebaikan.

p/s: idola yang kama suka semua nie bukan hanya kerana rupa, tapi kama selalu menilai mereka dari segi akhlak di luar lakonan. yang mana boleh dijadikan contoh, kita boleh ambik. yang mana tak sesuai kita jadikan iktibar...=))

Monday, November 7, 2011

segmen kenali diriku by acuteyha : 10 blogger paling diminati (9)

sekarang nie kama jarang dok blogwalking. sibuk sangat sem nie. dengan kelas full seharian sampai ke malam, kalau takder kelas plak kene pi kerjer. penat skit la nie...bukan..penat banyak gak la. kalau masa yang lebih-labih tu kama suka blogwalking kadang-kadang. tapi kebanyakannya yang sama la sebab kama rasa diorang nie memang sweet sangat.

kenapa kama suka kat blogger ima eh? sebab dia come sangat. kama selalu gak stalker dia punyer blog. tengok antry dia yang comel, paling tak lupa tengok ima ngan tudung dia. comel betul kama tengok. kama perhatikan cara dia pakai tudung gak kekadang. manalahbtau kan kot-kot boleh tiru kan.

lanunsepet kama kenal rasa dah lama. blog lanun memang banyak info. kadang-kadang kalau kama pening nak ubah blog, kama tengok info kat dalam blog lanun. mesti stalker punya stalker la blog lanun. keep up good work lanun. nanti leh kama belajar lagi dengan blog lanun.

dengar jer nama dah pelik kan. maksud nama blog nie 'pelik tapi ngeri' mula-mula kam bukak blog nie, nak sampai termuntah tau. pelik-pelik tol gambar dia. takut kama rasa. tak nak dah bukak lain kali. tapi lelama rasa best lak kat petange nie. yang penting mata bukak kecik-kecik jer time tengok gambar.

blogger terkenal ben ashaari. saper yang tak kenal kan. banyak infi yang kita dapat kan kat sinie. kadang-kadang baca tajuk dia pun dah buat kama nak tergelak. ayat yang sempoi dah rasa mesra jer bila baca.

mula-mula kama kenal blog mtt masa kama join segmen dengan ben ashaari. blog yang comel nie buat kama rasa asyik nak bukak jer. entry dia pun sempoi dan best. banyak segmen yang kama tau melalui blog mtt la.

kama suka sangat tengok gambar hanis. masa show, melancong, bak kata semualah. comel-comel jer dan kama tengok cool. mana taknyer orang dia pun cool, comel gak kan.

7) SolihinZubir.com
sempoi dan sejuk jer hati. yang tu kama leh cakap. blog nie sempoi tapi dalam sempoi tu ada info yang kama rasa suka sangat. ada pengajaran, ada nasihat. bukan sekadar blog kosong sahaja. ada yang dia nak sampaikan kat kita.

8) The Chronicles Of Yaya
kechomelan cik yaya memeng buat kama rasa nak bertapak jer kat blog dia nie ha. dengan gambar-gambar yang choomeell gak. memang sesuai la ngan cik yaya kan. nanti korang blogwalking cik yaya, tentu percaya yang kama cakpa kan. tol tak cikgu yaya.

9) Solicious StoriNori
simple tapi best. blog yang macam nie la best kan. tak serabut kalau kita nak blogwalking. sempoi jer tapi cantik dan tak serabut. entry dia pun best dan nak tergelak jer. dok depan computer tersenyum sorang-sorang.

10) SRK
kama tak kira nak letak gak blog nie. acu cakap mana yang kita minat kan. ha..yang nielah kama minat. nak dikatakan kalau bukak jer computer, bukak blog, blog nielah kama mesti bukak. sebab apa yer? sebab kama suka SRK la kan. hahahaha...banyak plak tu kisah dia.

p/s: kama jadi stalker yang tak bertauliah..;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...